Bukan semua atlit terkenal memfokuskan diri mereka pada satu jenis sukan sahaja, malahan ramai di antara mereka sebenarnya mempunyai kebolehan dalam pelbagai jenis sukan.
Berikut adalah 5 atlit terkenal yang sebenarnya mempunyai bakat besar dalam sukan lain.
1. Le Bron James adalah seorang pemain ragbi
BESARKAN TEKS A- A+
LeBron James kini adalah salah seorang pemain bola keranjang Amerika paling dikenali ramai. Dianggap sebagai wajah NBA paling popular, karier James dalam sukan bola keranjang cukup gemilang. Begitupun, semuanya bermula selepas dia memilih untuk meninggalkan satu lagi sukan yang cukup dekat dengan dirinya - ragbi Amerika. Bermain sebagai seorang penerima dan mendapat pengiktirafan antara pemain terbaik ketika zaman sekolah tinggi, James menamatkan karier selepas cedera pada pergelangan tangan. Ketika itu, ramai pihak menyangkakan James akan menjadi seorang bintang terkemuka NFL. (rujukan)
2. Michael Jordan merupakan pemain besbol yang bolehlah
Pemain terbaik NBA yang tidak ada tolok bandingnya, Michael Jordan merupakan pemain yang kerap menjadi perbandingan kepada mana-mana pemain bola keranjang. Melakukan persaraan kali pertama ketika berada di kemuncak NBA untuk bermain besbol pada 1993 bagi menghormati kematian ayahnya seorang peminat tegar besbol, Jordan menyertai pasukan Chicago White Sox.
Kemudian dia berpindah ke pasukan Birminghams Barons dan membuat kemunculan bersama Scotssdale Scorpions sebelum kembali beraksi dalam sukan bola keranjang pada tahun 1995 ekoran tunjuk perasaan liga Major League Baseball. (rujukan)
3. Michael Phelps adalah seorang golfer
Pemegang rekod pemenang pingat emas Olimpik terbanyak dunia ini juga memang rekod pukulan putt terpanjang di dunia yang pernah direkodkan, ketika siaran langsung. Semasa kejohanan Dunhill Links pada tahun 2012, Phelps melakukan pukulan putt sejauh 159 kaki itu menjadikan dia menjadi pemegang rekod bagi sukan golf pula.
Mempunyai nilai handicap 12, Phelps kini berazam menjadikan nilai handicapnya pada kadar 5. Sebagai perbandingan, kebanyakan pemain professional mempunyai nilai handicap +4. Tiger Woods pula pada zaman kemuncaknya dianggarkan mempunyai nilai handicap +13. Untuk menilai keupayaan Phelps, nilai sebenar handicap Phelps haruslah dibaca sebagai -12 berbanding Woods +13. (rujukan)
4. Dwayne 'The Rock' Johnson merupakan bintang ragbi kolej
Kita mungkin lebih mengenali beliau sebagai salah seorang bintang filem ternama ketika ini ataupun sebagai antara penggusti paling berkarisma yang dilahirkan dalam WWE, namun The Rock memulakan karier sebagai atlit sebagai seorang pemain ragbi Amerika hampir 25 tahun lalu. DIgelarkan sebagai salah seorang bakat paling dikejar, beliau menyertai University of Miami pada bahagian pertahanan dan memenangi kejohanan NCAA Divisyen 1 bersama pasukan kolejnya. Masa depan cerah dalam sukan tersebut musnah selepas kecederaan tulang belakang ketika tahun akhir beliau, The Rock terkeluar daripada senarai pemain yang akan terpilih menjadi professional bagi senarai draf NFL tahun 1995.(rujukan)
5. Hakeem Olajuwon adalah seorang penjaga gol pasukan tempatan
Pemain legenda bola keranjang NBA ini yang tersenarai sebagai salah seorang daripada 50 pemain terbaik liga NBA, merupakan seorang penjaga gol bola sepak ketika zaman mudanya. Mempunyai ketinggian setinggi 6 kaki 7 inci membuatkan beliau terpilih sebagai penjaga gol di negara asalnya Nigeria. Hakeem dipilih untuk menyertai pasukan bola keranjang Muslim Teachers College pada usia 15 tahun tanpa mempunyai kemahiran dalam sukan bola keranjang dan hanya terpilih berdasarkan ketinggiannya. Tuah menyebelahi beliau selepas belajar sedikit demi sedikit tentang sukan tersebut sehingga mengecapi pelbagai kejayaan yang tak pernah dia duga selama ini. (rujukan)