Oleh pada 13 Mar 2018 kategori

siapa lebih hebat mike tyson atau muhammad ali 8

Bagi mereka yang tidak meminati sukan tinju sekalipun pasti mengenali nama-nama lagenda sukan ini. Antara yang paling terkenal sepanjang zaman adalah Muhammad Ali dan juga Mike Tyson. 

Terdapat terlalu banyak perbalahan mengenai tajuk berkenaan kedua-dua lagenda ini iaitu siapa lebih hebat, Muhammad Ali atau Mike Tyson? Terlebih dahulu anda perlu tahu kedua-duannya tidak pernah bertarung.

Faktornya bukanlah mereka hidup di zaman yang berbeza. Pertarungan terakhir Muhammad Ali adalah pada 1981 manakala debut Mike Tyson adalah pada 1985. Perbezaan masa tak lah begitu jauh, namun mengapa mereka tidak bertembung?

Segala kemahiran yang dimiliki Muhammad Ali pada pertembungan terakhir jelas sudah merosot dan beliau menunjukkan tanda-tanda penyakit Parkinson. Jika perlawanan di antara mereka dicadangkan sekalipun, amat diragui Muhammad Ali akan lulus ujian fizikal untuk bertarung.

siapa lebih hebat mike tyson atau muhammad ali 13

Penyokong Muhammad Ali biasanya terdiri daripada golongan tua yang akan mengatakan beliau tersangat pantas bagi Mike Tyson. Penyokong Mike Tyson pula terdiri daripada golongan muda yang akan mempertahankan Mike Tyson dengan mengatakan tumbukan beliau yang sangat dahsyat.

Jadi, jika mereka hidup pada era kegemilangan yang sama, siapa akan menang? Jom kita lihat siapa lebih hebat.

1. Gaya tinju

siapa lebih hebat mike tyson atau muhammad ali 2

Gaya tinju adalah membuatkan sesebuah pertarungan itu menarik. Peninju dengan tumbukan dahsyat mampu menumbangkan mana-mana lawan sahaja. Peninju yang penyabar mampu menumbangkan peninju yang lebih banyak mempertahankan diri.

Muhammad Ali mencipta gaya sendiri dan seringkali melanggar peraturan. Beliau tidak menggunakan tangan untuk menghalang tumbukan tetapi mengelak ke arah belakang. Beliau melontarkan pelbagai jenis tumbukan daripada sudut yang sangat sukar. Beliau sangat suka menyerang kepala lebih daripada badan.

Ali lebih gemar berdiri menggunakan jari dan seakan menari-menari sambil menunggu peluang melepaskan tumbukan ke kepala. Bayangkan anda bertarung dengan lawan yang apabila anda mendekatkan diri, beliau berdiri menggunakan jari kaki, ke belakang dua langkah dan tiba-tiba melepaskan 3 tumbukan kuat tepat mengenai muka anda.

Pasti anda akan tergamam.

Berbeza pula dengan Mike Tyson. Beliau biasanya akan bergerak ke hadapan dengan niat jahat. Beliau akan mendekati sambil menggunakan tanganmenutup badan dan mukanya. Kawalan tersebut kemudiannya dilepaskan dan ketika itulah serangannya sampai.

Jika anda menyerang beliau, anda akan menerima pukulan dan ia sangatlah kuat. Mike Tyson selalu berkata matlamatnya adalah untuk menumbuk kepala lawannya.

Kelebihan : Muhammad Ali

2. Kekuatan

siapa lebih hebat mike tyson atau muhammad ali 6

Muhammad Ali mempunyai penumbuk yang sangat efektif. Daripada 37 KO yang beliau lakukan dalam kariernya, 12 daripadanya dianggap sebagai KO sempurna. 36 daripada kemenangan Ali berlaku selepas pusingan ke-7, 18 daripadanya berhasil dalam pusingan terakhir.

Bagi Mike Tyson pula, matlamatnya adalah untuk "membunuh" lawannya secepat yang boleh. Setiap tumbukan yang dilepaskan beliau seperti peluru. 41% daripada pertarungan Mike Tyson tamat dalam pusingan pertama dan 12% pada pusingan kedua.

Kelebihan : Mike Tyson

3. Kepantasan

siapa lebih hebat mike tyson atau muhammad ali

Dalam tinju, kepantasan diukur dengan dua cara iaitu kepantasan tangan dan kaki. Kepantasan tangan mengukur betapa laju peninju itu mampu melepaskan tumbukan. Kepantasan kaki pula mengukur betapa laju peninju itu bergerak dalam gelanggang.

Jadi, dari segi kepantasan memang tak syak lagi Muhammad Ali jauh meninggalkan Mike Tyson. Muhammad Ali mempunyai kepantasan yang sangat jarang bagi saiz badannya. Tangannya juga pantas namun tidak dapat menandingi kepantasan kakinya.

Walaupun Muhammad Ali lebih laju, namun ia memihak kepada Mike Tyson.

Kelebihan : Mike Tyson

Kepantasan Mike Tyson dalam gelanggang mempunyai tujuan. Muhammad Ali bergantung kepada kepantasan kakinya sebagai pertahanan utama, namun kelajuan tersebut telah membawa padah beberapa kali.

Sebagai contoh Muhammad Ali menerima padah ketika menentang Max Schmeling, Joe Frazier, Ken Norton dan Oscar Bonavena. Sesiapa yang memberikan tekanan yang cukup mampu mengalahkan kelajuan kaki Ali.

Mike Tyson berlawan dalam gaya berdiri tradisional jadi beliau tidak membazirkan pergerakkan seperti Muhammad Ali.

4. Pertahanan

siapa lebih hebat mike tyson atau muhammad ali 9

Walaupun seorang lagenda tinju hebat, namun pertahanan Muhammad Ali dikatakan agak teruk. Tangannya sering tidak berada dalam posisi mempertahan, dan hanya bergantung kepada naluri sahaja ketika bertahan.

Kecenderungan untuk menyerang kepala dan keengganan untuk mempertahankan diri buatkan beliau mudah diserang.

Pertahanan Mike Tyson juga tidak sehebat mana namun beliau tidaklah seperti Muhammad Ali yang sentiasa membiarkan mukanya terdedah.

Kelebihan : Mike Tyson

5. Dagu

siapa lebih hebat mike tyson atau muhammad ali 4

Dagu Mike Tyson dalam gelanggang seperti tidak wujud kerana sangat jarang diuji. Namun apabila diuji, beliau tewas. Beliau pernah KO akibat tumbukan pada dagu oleh Lennox Lewis, TKO oleh Evander Holyfield dan KO paling terkenal dalam sejarah Mike Tyson oleh Buster Douglas.

Bagi Muhammad Ali pula, dagunya menjadi "punching bag" beberapa kali. Satu-satunya KO akibat tumbukan dagu adalah ketika bertarung dengan Larry Holmes ketika usianya 38 tahun.

Kelebihan : Muhammad Ali

6. Stamina / Ketahanan

siapa lebih hebat mike tyson atau muhammad ali 12

Tyson merupakan seorang peninju hebat yang mana hanya 18 perlawanan (32%) melepasi pusingan ke-4. Peminatnya berpendapat tumbukan yang dahsyat membuatkan beliau berjaya mengalahkan lawan dengan cepat namun disangkal oleh Tyson sendiri.

Tyson memberitahu beliau mempunyai masalah paru-paru membuatkan beliau tak mampu bertarung lama. 48 pertarungan atau 85% daripada seluruh perlawanan Ali melepasi pusingan ke-4, dan kebanyakannya mengambil masa yang lama.

Kelebihan : Muhammad Ali

7. Psikologi

siapa lebih hebat mike tyson atau muhammad ali 7

Bagi kedua-dua peninju ini, psikologi adalah faktor utama mereka. Muhammad Ali menggunakan psikologi sebagai senjata dan Tyson pula sebagai tongkat, kerana amat sukar bagi beliau untuk mengalahkan lawan yang tidak takutkannya.

"Saya berjalan dalam gelanggan dan mata saya tepat pada lawan, mencari tanda ketakutan dalam matanya," kata Tyson.

Ali biasanya mengganggu psikologi lawan dengan ejekan sebelum perlawanan, sajak dan gurauan.

Kelebihan : Muhammad Ali

8. Kekalahan

siapa lebih hebat mike tyson atau muhammad ali 0

Sehebat mana sekalipun seorang peninju, pasti akan ada kelemahan. Kedua-dua lagenda ini mempunyai beberapa kekalahan mudah di penghujung karier mereka. Tyson tewas kepada Danny Williams dan Kevin McBride ketika mana beliau sudah patut bersara.

Ali kalah kepada Larry Holmes dan Trevor Berbick dengan sebab yang sama.

Sepanjang karier mereka, Ali mengalami 3 kekalahan sah iaitu kepada Ken Norton, Joe Frazier dan Leon Spinks. Manakala Tyson pula mengalami 4 kekalahan sah iaitu kepada Evander Holyfield sebanyak 2 kali, Lennox Lewis dan Buster Douglas.

Kelebihan : Muhammad Ali

9. Hati

siapa lebih hebat mike tyson atau muhammad ali 5

Seperti sukan lain, tinju juga memerlukan peninju itu bertarung sepenuh hati. Bagi Mike Tyson, beliau tidak pernah menunjukkan dari segi ini. Beliau sering patah semangat apabila dilihatkan seperti tidak mempunyai peluang.

Muhammad Ali pula digelar pahlawan sebenar yang berhati besar, dan ada juga yang mengatakan beliau berlebih-lebih. Ketika bertarung dengan Ken Norton, dagu Ali pecah pada pusingan pertama namun bertahan sehingga ke pusingan ke-7.

Kelebihan : Muhammad Ali

Kesimpulan

Jadi, berdasarkan 9 faktor terpenting dalam tinju ini, 6 daripadanya berpihak kepada Muhammad Ali dan 3 kepada Mike Tyson. Secara teori dan atas kertas, Muhammad Ali kemungkinan besar akan mengalahkan Mike Tyson. 

Tapi realitinya tiada siapa akan dapat tahu.

Sumber : Bleacher


tags : , , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)