Sumber Foto: telegraph.co.uk

Meskipun menjadi destinasi pelancongan yang paling popular di dunia, masih ramai tidak tahu akan status sebenar Hong Kong. Adakah ianya sebuah negara bebas, ataupun sebahagian daripada negara China?

Jawapannya adalah tidak semudah yang kita sangkakan. Jawapan rasmi kepada persoalan ini adalah ya, Hong Kong adalah sebahagian daripada negara China. Ia merupakan sebuah negara dengan dua sistem berbeza.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, secara tidak rasmi, Hong Kong boleh dikatakan sebagai sebuah negara yang berdiri di atas kaki sendiri. Bagi memahami lebih mendalam tentang hubungan Hong Kong dan China, mari kita selami sejarah di antara keduanya. 

Pengasingan Hong Kong Daripada China

peperangan opium pegasingan hong kong daripada china

Sumber Foto: youtube.com

Setelah tewas dalam Peperangan Opium pada tahun 1860 (bermula 1839), China terpaksa menandatangani sebuah perjanjian dengan British bagi menyerahkan Pulau Hong Kong dan sebahagian daripada Bandar Kowloon untuk selama-lamanya. 

Pada tahun 1898, British telah mengadakan perundingan dengan China bagi mendapatkan tanah yang lebih luas di Hong Kong.

Perjanjian tersebut dipersetujui oleh China kerana perjanjian tersebut menyatakan British hanya menyewa Hong Kong daripada China untuk tempoh 99 tahun, berbanding perjanjian sebelum ini yang memberi hak kekal kepada British. 

Perjanjian penyewaan berkenaan tamat pada tahun 1997, pada ketika mana British memulangkan kembali Hong Kong kepada China sebagai sebuah Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) iaitu Hong Kong Special Administrative Region (HKSAR). 

Bagi tujuan rasmi, Hong Kong diletakkan sebagai sebahagian daripada negara China. Namun, Hong Kong ditadbir sebagai sebuah negara bebas. 

Hong Kong Mempunyai Nilai Mata Wang Sendiri

mata wang hong kong dollar china yuan

Sumber Foto: scmp.com

Hong Kong dan tanah besar China menggunakan mata wang yang berbeza. Selepas penyerahan kepada China, Hong Kong dibenarkan untuk terus menggunakan mata wang terdahulu iaitu Hong Kong Dollar.

Mata wang Hong Kong Dollar diikat dengan U.S. Dollar di bawah Linked Exchange Rate System. Berbanding Hong Kong, negara China menggunakan yuan sebagai mata wang yang sah. 

Hanya peniaga-peniaga tertentu di Hong Kong sahaja yang menerima yuan dalam perniagaan, dan penggunaan mata wang ini adalah agak terhad di Hong Kong. 

Hong Kong Mempunyai Sistem Undang-Undang Sendiri

polis hong kong sistem perundangan hong kong

Sumber Foto: scmp.com

Hong Kong juga mempunyai sistem undang-undang yang berbeza daripada China. Sebelum penyerahan kepada China, Hong Kong mengamalkan undang-undang British. Selepas penyerahan, Hong Kong mengekalkan undang-undang tersebut. 

Namun, bagi hal-hal berkaitan tanah dan kekeluargaan, Hong Kong akan merujuk kepada model undang-undang China. 

Sebagai sebahagian daripada sistem perundangannya, Hong Kong mempunyai polis mereka sendiri. Pihak berkuasa China tidak mempunyai hak untuk menangkap sesiapa di Hong Kong. Mereka perlu memohon waran tangkap antarabangsa bagi tujuan tersebut. 

Hong Kong Mengawal Immigrasi & Passport Sendiri

passport hksar hong kong

Sumber Foto: immd.gov.hk

Hong Kong mempunyai kuasa dan kawalan terhadap immigrasi dan passport rakyat mereka sendiri. Terdapat sempadan antarabangsa antara Hong Kong dan China. Rakyat China perlu mendapatkan permit bagi melawat Hong Kong, dan sebaliknya. 

Pelancong yang mendapat visa akses penuh ke Hong Kong tidak boleh melancong ke China sesuka hati, mereka juga perlu memohon visa bagi melawat negara Tembok Besar tersebut. 

Rakyat Hong Kong mempunyai passport mereka sendiri, iaitu passport HKSAR.  

Penggunaan Bahasa di Hong Kong & China

dialek bahasa cina hong kong cantonese china mandarin

Sumber Foto: csstoday.com

Mungkin daripada segi adat resam, Hong Kong dan China berkongsi daripada nenek moyang yang sama. Bahasa rasmi yang digunakan di Hong Kong adalah Cantonese dan bahasa Inggeris. 

Walaupun penggunaan Mandarin semakin meningkat, masih ramai rakyat Hong Kong yang tidak boleh bertutur dalam dialek berkenaan. Di tanah besar China, Mandarin digunakan secara meluas.

Hong Kong Mempunyai Kerajaan Dengan Kuasa Terhad

chief executive hong kong carrie lam dan presiden china xi jinping

Sumber Foto: scmp.com

Mungkin perbezaan paling ketara antara Hong Kong dan China adalah dari segi pengaruh falsafah pentadbiran. Tanah besar China dikuasai oleh komunis, manakala Hong Kong mengamalkan demokrasi yang terhad. 

Keduanya berkongsi presiden yang sama sebagai ketua kerajaan persekutuan, iaitu Presiden China. Namun, keduanya mempunyai ketua kerajaan masing-masing.

Hong Kong diperintah oleh Chief Executive sebagai ketua HKSAR, manakala China diperintah oleh Presiden China. 

Walaupun mempunyai parlimen mereka sendiri, ahli parlimen Hong Kong dipilih melalui undi popular dan sebahagian calonnya perlu mendapatkan kelulusan Beijing. Calon tersebut mestilah mempunyai latar belakang perniagaan dan badan polisi. 

Chief Executive juga dilantik oleh Beijing. Kebelakangan ini, beberapa bantahan oleh rakyat Hong Kong telah diadakan bagi memaksa Beijing memberikan mereka lebih hak mengundi secara demokratik.  

Disebabkan hal ini, telah wujud ketegangan antara kerajaan Hong Kong dan China.

Rujukan:

  1. tripsavvy.com
  2. investopedia.com
  3. kraneshares.com



Hakcipta iluminasi.com (2017)