Perasan atau tidak, kini pelayar internet, aplikasi mahupun sesetengah laman web sudah menyediakan pilihan yang membolehkan pengguna untuk menukar kepada "dark mode" ketika menggunakan pelayar, aplikasi atau halaman tersebut.

Antara alasan popular yang menjadikan "dark mode" atau "mod gelap" semakin menjadi pilihan adalah mengurangkan pancaran cahaya biru yang berbahaya kepada mata dan mengurangkan penggunaan elektrik atau bateri pada perkakasan atau peranti elektrinoik anda. Tepatkah dakwaan ini?

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebab pertama adalah benar. Idea di sebalik mod gelap ialah ia mengurangkan cahaya yang dipancarkan oleh skrin peranti sambil mengekalkan nisbah kontras warna minimum yang diperlukan untuk kebolehbacaan. Walau bagaimanapun, ada juga yang tidak bersetuju dengan dakwaan ini.

Bagi alasan penjimatan bateri pula, jawapan mudahnya dakwaan ini kurang tepat. Penjimatan elektrik atau bateri ini tidak berlaku untuk semua perkakasan atau peranti elektronik sahaja.

Memahami mekanisma paparan LCD, LED dan OLED

perbezaan lec lcd oled

Untuk menjawab soalan ini, mari kita semak secara ringkas mekanisme kerja paparan yang berbeza yang terdapat di pasaran  (LCD, LED dan OLED) keranna kadar penjimatan tenaga mod gelap bergantung pada jenis paparan yang digunakan.

1. LCD

Liquid Crystal Displays  (LCD) terdiri daripada pemasangan berbilang lapisan. Yang pertama ialah lampu latar, yang bertanggungjawab untuk memberikan pencahayaan pada skrin paparan. Ia terdiri daripada susunan Cold Cathode Fluorescent Tubes  (CCFL) yang bersinar secara sekata dan berterusan apabila dihidupkan.

Lapisan seterusnya terdiri daripada polarizer dan cecair kristal. Polarizer dan cecair kristal diapit oleh elektrod pada kedua-dua belah. Jumlah cahaya yang melalui polarizer dan lapisan kristal boleh dikawal dengan menggunakan voltan pada elektrod.

Kristal itu mengorientasikan semula diri mereka mengikut medan elektrik dan beberapa cahaya terkutub. Tahap voltan yang berbeza-beza mengubah orientasi kristal, yang kemudiannya mengubah polarisasi cahaya, yang seterusnya mengubah jumlah cahaya yang melalui polarizer ke skrin paparan.

2. LED Display

Light Emitting Diode  (LED) hanya mempunyai satu variasi daripada LCD iaitu lampu latar (backlight). Daripada mempunyai CCFL, lampu latar terdiri daripada berbilang LED untuk setiap piksel (biasanya tiga LED setiap piksel, satu merah, satu hijau dan satu biru).

LED ini dikawal oleh litar kompleks yang membolehkan pewarnaan terpilih dan pencahayaan setiap piksel. Kecerahan dikawal oleh kristal cecair dan polarizer dalam cara yang sama seperti dalam LCD.

3. OLED

Organic Light Emitting Diode  (OLED) adalah yang teknknologi terkini yang ditawarka di pasaran. Tidak seperti paparan LCD/LED, di mana piksel memerlukan lampu latar, paparan OLED menggunakan semikonduktor sebatian organik yang memancarkan cahaya boleh dilihat apabila arus elektrik disalurkan.

OLED ini sangat kecil sehingga piksel individu boleh diterangi terus, yang menghilangkan keperluan untuk lampu latar dan panel LCD.

Perbezaan Dark Mode bagi LCD, LED dan OLED

penjimatan bateri dark mode

Mod Gelap berfungsi secara berbeza pada paparan berbeza. Paparan LCD-LED menggunakan lampu latar yang bersinar pada keamatan (intensity) yang berterusan. Untuk menggelapkn paparan, arus elektrik memanipulasi kristal supaya cahaya terhalang. Ini memerlukan tenaga.

Sebaliknya, paparan OLED melaksanakan mod gelap dengan hanya mematikan OLED tertentu, yang menjimatkan elektrik. Jelas sekali bahawa mod gelap pada skrin OLED menjimatkan elektrik, tetapi tidak semestinya benar untuk paparan LCD-LED.

Pengurangan tenaga dalam paparan OLED dalam mod gelap bergantung pada kecerahan paparan dan Antara Muka Pengguna (UI) aplikasi. Kecerahan paparan bergantung pada keamatan piksel yang diterangi.

Intensiti ditakrifkan sebagai jumlah tenaga yang dipancarkan secara normal (iaitu, cahaya jatuh pada sudut tegak (perpendicular) dengan permukaan) per unit luas permukaan per unit masa. Lebih besar keamatan cahaya, lebih besar tenaga dan lebih besar tenaga yang digunakan.

Memandangkan antara muka aplikasi tidak boleh ditukar oleh pengguna, kecerahan skrin ialah pembolehubah yang berkaitan untuk mod gelap. Oleh itu, daripada penjelasan ini jelaslah bahawa mod gelap memang menjimatkan tenaga, tetapi hanya pada peranti atau perkasan elektronik yang menggunakan paparan OLED.

Kredit:

  1. FORBES
  2. Penn State University
  3. Business Insider



Hakcipta iluminasi.com (2017)