chocolate

Terdapat banyak sebab mengapa coklat membuatkan orang gembira . Cuba anda fikirkan ketika anda kali terakhir menikmati sekeping coklat. Adakah ia membuat anda rasa gembira? Kemungkinan jawapan anda ialah ya dan kemungkinan juga tidak. Coklat membuatkan anda gembira kerana rasanya yang enak dan Ia membuatkan anda lupa seketika keadaan dan kesibukan hidup di sekeliling anda. 

chocolate1

Tetapi penjelasan yang sebenarnya mengapa coklat membuat kan orang gembira adalah kerana bahan kimia yang terkandung di dalam coklat tersebut. Terdapat lebih daripada 300 bahan kimia semula jadi yang terdapat di dalam coklat, dan sebahagian daripada mereka boleh memberi kesan kepada otak manusia melalui pelepasan neurotransmitter tertentu. Neurotransmitter adalah sesuatu yang boleh diumpamakan seperti ini; mereka menghantar isyarat berulang-alik antara neuron. neurotransmitter tertentu boleh mempengaruhi emosi anda dan cara anda rasa.

gembira

Sekiranya kita makan coklat, ia akan mengeluarkan beberapa neurotransmitter yang mempunyai kesan positif kepada perasaan manusia (berperana unutk membuatkan kita gembira). Salah satu daripadanya adalah phenylethlyamine, yang menyebabkan kecerdasan dan tahap keseronokan, meningkatkan kadar nadi, dan membuat anda bahagia. Phenylethylamine kadangkala dipanggil "ubat cinta", kerana ia menimbulkan perasaan seperti seorang yang sedang dilamun cinta. Satu lagi neurotransmitter, serotonin, berperanan untuk meningkatkan keterujaan anda. Satu bahan kimia yang menyebabkan pelepasan serotonin ke dalam otak adalah tryptophan, yang terdapat dalam coklat.

coklat1

Salah satu lemak di dalam coklat adalah anadamide, yang dinamakan bersempena perkataan Sanskrit yang bermaksud "kebahagiaan". Anandamide mengaktifkan reseptor yang menyebabkan pengeluaran dopamine.Dopamine menyebabkan seseorang berasa gembira. 

fountain rental

Akhir sekali, memakan coklat akan merembeskan hormon endorfin ke dalam otak. Endorfin merupakan hormone untuk mengurangkan stress dan juga rasa sakit.

Semua sebab-sebab dan bahan kimia yang terkandung di dalam coklat ini bergabung untuk membuatkan anda berasa gembira!


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)