Migrain adalah seperti tetamu yang tidak diundang yang datang tanpa pengetahuan anda dan sukar untuk disingkirkan.

Jika anda sering mengalami sakit kepala, pasti anda tahu betapa seksanya situasi ini.

Sudah tentu, anda boleh mengambil pil atau melakukan senaman untuk mengubati kesakitan anda, tetapi ubat-ubatan ini bersifat sementara, yang bermaksud sakit kepala anda sentiasa boleh kembali.

BESARKAN TEKS     A-  A+

makanan bantu masalah migrain 2

Sebenarnya ada perkara lain yang anda boleh lakukan, iaitu menukar gaya pemakanan anda.

Walaupun ada sesetengah makanan yang boleh memicu migrain, ada juga makanan yang boleh membina daya ketahanan anda dalam menentang dan mencegah migrain tanpa sebarang usaha.

iluminasi.com kongsikan 8 makanan yang boleh cegah sakit kepala.

1. Salmon

salmon bantu masalah migrain

Salmon adalah salah satu makanan terbaik yang membantu masalah migrain untuk beberapa sebab. Pertama, ia kaya dengan omega 3 asid lemak.

Omega 3 telah dikreditkan dengan beberapa manfaat kesihatan termasuk mengurangkan risiko kanser, mengurangkan keradangan, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan kesihatan arteri anda.

Salmon juga mempunyai profil asid lemak omega 3-6-9 yang seimbang, menjadikannya makanan anti-keradangan yang sangat baik.

Selain daripada profil kaya asid lemak, salmon juga mengandungi dengan mineral yang membantu memerangi keradangan.

Malah, salmon mengandungi jumlah vitamin B yang tinggi, termasuk Riboflavin yang mana secara klinikal ditunjukkan sebagai alat yang berguna untuk menguruskan serangan migrain yang kerap.

Untuk menerima manfaat kesihatan penuh daripada ikan ini, sasarkan untuk makan 2 atau 3 hidangan salmon setiap minggu.

2. Dark chocolate

dark chocolate bantu masalah migrain

Coklat mengandungi sejumlah besar magnesium yang dikenali sebagai "mineral penenang."

Magnesium adalah salah satu mineral yang paling biasa digunakan untuk menguruskan migrain kerana sebab yang kukuh.

Magnesium didapati dalam semua tisu badan anda, termasuk otak.

Ia adalah sangat penting untuk berehat dan tidur yang betul, tetapi tekanan menyahkan magnesium dari badan anda.

Salah satu sumber magnesium terkaya adalah dalam coklat gelap dengan sekurang-kurangnya 70% koko.

3. Udang

udang bantu masalah migrain

Udang sangat kaya dengan antioksidan yang dipanggil astaxanthin.

Astaxanthin membantu melawan keradangan pada tubuh yang seterusnya membantu badan anda menguruskan serangan migrain.

Udang juga merupakan sumber yang kaya dengan vitamin, mineral, dan asid lemak omega yang juga membantu memerangi keradangan.

4. Lobak merah dan ubi keledek

lobak dan ubi keledek bantu masalah migrain

Lobak merah dan ubi keledek sangat kaya dengan beta-karotena dan nutrien lain dengan ciri-ciri anti-radang.

Ubi keledek bukan sahaja sedap, tetapi ia juga membantu anda melawan migrain.

Kaya dengan itamin C, tembaga, mangan, pantothenic acid, niacin, potassium, vitamin B1, vitamin B2, vitamin B6, dan fosforus, memakan ubi keledek apabila anda mengalami sakit kepala akan mengurangkan kesakitan dan menenangkan anda.

5. Quinoa

quinoa bantu masalah migrain

Quinoa adalah makanan neutral lain yang selamat untuk hampir semua orang yang mengalami migrain. Quinoa adalah karbohidrat dan protein yang seimbang.

Oleh kerana ia adalah lembut bagi saluran gastrointestinal, ia adalah salah satu makanan yang membantu ketika diserang migrain.

Di samping semua manfaat kesihatan lain, quinoa membantu menghalang migrain manfaat riboflavin, magnesium dan besi yang terkandungnya.

6. Air

minum air bantu masalah migrain

Kebanyakan orang tidak minum air yang mencukupi, yang mana boleh menyebabkan dehidrasi ringan.

Dehidrasi adalah berita buruk bagi orang yang mempunyai migrain kerana ia adalah salah satu pencetus yang paling biasa.

Walaupun tidak ada jumlah minimum air yang sesuai untuk semua orang, cara terbaik untuk bermula adalah dengan meminum sekurang-kurangnya 4 liter air setiap hari.

Jika anda aktif atau sedang pulih dari serangan migrain, anda mungkin memerlukan lebih banyak lagi air.

Semasa meningkatkan pengambilan air anda, pastikan anda juga meningkatkan pengambilan garam dan elektrolit anda.

Magnesium, kalium, klorida, dan natrium dalam badan hilang apabila pengambilan air bertambah.

7. Jus lemon

jus lemon bantu masalah migrain

Mengandungi jumlah vitamin C yang tinggi, jus lemon dikenali dengan manfaat kesihatannya dan melawan migrain menjadi salah satu daripadanya.

Setiap kali anda mengalami sakit kepala yang berdenyut-denyut, masukkan sedikit lemon ke dalam segelas air, tambah 2 sudu kecil garam dan minum ramuan magik ini.

Ia akan mengurangkan keradangan dan membuat anda berasa lebih baik dalam masa yang singkat.

8. Hati dan otot jantung

hati lembu bantu masalah migrain

Daging organ haiwan berbeza daripada daging otot yang biasa kita makan kerana ia cenderung untuk kaya dengan mineral dan vitamin.

Ramai orang melihat makanan ini sebagai tidak menyelerakan, namun jika anda boleh makan atau biasa dengan organ haiwan, ia merupakan antara makanan terbaik untuk membantu masalah migrain.

Otot jantung sangat baik kerana ia adalah sumber terkaya dalam nutrien CoQ10.

Satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Neurology mendapati bahawa 50% orang yang menambahkan CoQ10 ke dalam diet harian mereka mempunyai peningkatan yang ketara dalam pengurusan migrain.

Hati adalah satu lagi organ "superfood" kerana ia mengandungi kandungan B12 yang tinggi, vitamin A, dan mineral lain yang mempunyai ciri-ciri anti-keradangan yang sangat kuat.

Rujukan:

  1. Migraine Again
  2. Makanan yang mencegah migrain
  3. Healthline



Hakcipta iluminasi.com (2017)