Oleh pada 20 Apr 2018 kategori

Industri penyediaan makanan pada masa kini telah menjumpai formula untuk membuatkan makanan mengeluarkan cahaya jika dimakan dalam suasana gelap. Ia dipanggil sebagai makanan neon ataupun "glow in the dark".

Walaupun kelihatan agak pelik untuk dimakan, namun rasa dan tekstur makanan tersebut tiada bezanya hanya warna yang berbeza. Jika anda mencari kelainan untuk menyediakan makanan pada waktu malam, ini merupakan makanan yang sesuai untuk anda.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Minuman yang bercahaya dalam gelap mudah dilakukan, namun menghidangkan ia bersama dengan makanan yang bercahaya dalam gelap merupakan satu cabaran untuk melaksanakannya. Di bawah ini terdapat senarai makanan yang "glow in the dark" yang pernah dihasilkan.

Idea makanan ini bagus untuk kanak-kanak atau remaja yang inginkan kelainan ketika menyambut hari lahir. Berikut adalah senarai makanan glow in the dark yang pernah dihasilkan.

1. Mee Neon

mee udon bercahaya

Hidangan yang berasal dari Jepun ini sangat pelik kerana mee tersebut mempunyai warna hijau dan merah jambu bersama dengan aksesori tambahan berupa hirisan tauhu yang berwarna biru. Mee Neon ini juga dikenali sebagai Mee Udon Elektrik kerana ia dihasilkan dalam keadaan berwarna-warni dan akan mengeluarkan pancaran cahaya seperti lampu neon jika dinikmati dalam keadaan gelap.

Mee ini menggunakan bahan asas iaitu tepung gandum dan ia akan dicelup dengan cecair khas yang dikenali sebagai cecair pendaflour yang menjadi agen sebagai pewarna tiruan. Cecair yang digunakan untuk menghasilkan cahaya pada mee tersebut dijamin tidak memberi kemudaratan pada manusia.

Ciptaan ini masih di peringkat awal dan memerlukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebelum ia dikomersialkan keserata dunia.

2. Glonut

glonut

Sebuah syarikat bakery di Australia mengikuti trend terkini apabila menjadikan hidangkan mereka benar-benar bersinar. Bakery Black Star Pastry telah mencipta Glonut iaitu donat yang bersinar di bawah cahaya UV. Jadi bagaimanakah syarikat Black Star mencipta Glonut?

Icing dibuat dengan bahan riboflavin (vitamin B), yang secara semulajadi bersinar di bawah cahaya UV. Dan mengikut pembuat roti, riboflavin juga benar-benar selamat untuk dimakan. Syarikat Black Star kini telah memperluaskan menu yang ringan termasuk kek, bola donat mini, coklat putih dan minuman madu dengan semua menu tersebut  hanya menggunakan produk berasaskan makanan semulajadi.

3. Ais Krim Neon

ais krim neon

Ais krim ini mempunyai warna kuning fluorescent yang akan bercahaya jika berada dalam gelap. Bahan yang digunakan sangat mengejutkan iaitu menggunakan protien obor-obor yang menjadikan ia bercahaya. Protein yang diekstrak dari obor-obor akan menyebabkan ia akan menjadi lebih bersinar mengikut suhu pada lidah seseorang. 

Charlie Francis merupakan seorang usahawan dari British yang mengasaskan syarikat ais krim neon  yang bernama Lick Me I Delicious. Francis mendapat idea setelah membaca kajian mengenai obor-obor. Beliau bekerja dengan seorang saintis dari China untuk mencipta semula ubat protein jeli dalam bentuk sintetik. Dianggarkan harga satu senduk ais krim neon ini dijual pada harga $225.

4. Kek Percikan Neon

kek percikan neon

Kanak-kanak pasti akan suka kek ini kerana ia mampu mengeluarkan sinaran dibawah lampu UV. Kek ini sangat popular di Eropah disebabkan oleh keunikannya yang dapat mengeluarkan cahaya serta sinaran. Percikan icing berwarna itu akan membuat kek mengeluarkan cahaya di bawah sinaran UV.

Apa rahsianya? Mereka menggunakan serbuk icing fluorescence yang boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek. Warna fluorescence dihasilkan oleh Riboflavin (Vitamin B) iaitu pewarna makanan debu neon yang boleh dimakan. Terdapat 15 warna yang menakjubkan yang boleh dicampurkan bersama-sama untuk mewujudkan palet warna yang menyerlahkan lagi kek tersebut.

Serbuk icing fluorescence ini perlu dibancuh bersama cecair khas sebelum dihias di atas kek supaya kelihatan cantik.

Harap-harap lepas ni tak muncul resepi baru seperti rendang ayam crispy glow in the dark pula!




Hakcipta iluminasi.com (2017)