Kredit foto: Instagram Aliff Syukri

Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan lagu Abang Nak Tegur nyanyiannya berada dalam pencalonan awal program hiburan Muzik-Muzik.

Berita itu dihebahkan Aliff ketika diwawancara menerusi Facebook Secara Langsung Sinar Harian.

Aliff menzahirkan harapan untuk membawa pencalonan lagu itu ke peringkat Anugerah Juara Lagu.

"Saya baru dapat tahu yang lagu ini dapat pencalonan baru Muzik-Muzik. Harapan moga-moga dapatlah ke AJL (Anugerah Juara Lagu) pula," katanya.

Menurutnya, secara keseluruhannya beberapa versi video muzik lagu itu yang dimuat naik ke laman Youtube telahpun meraih 13 juta tontonan.

"Alhamdulilah, lagu Abang Nak Tegur setakat ini apabila dicampur-campur kesemuanya sudah mencapai 13 juta tontonan," dedahnya.

Aliff berkata, isu lagu itu dibenci oleh segelintir netizen tidak menghalangnya untuk berada di carta trending.

"Walaupun ada yang tak suka, tapi lagu ini dah trending," katanya.

Mengulas tentang kemampuan untuk menyanyi secara live nanti, Aliff akui tidak tertekan kerana dia bukanlah seorang penyanyi.

"Betul saya yang menyanyi sendiri. Saya pun tak ada istilah nak buktikan apa-apa sebab saya tahu saya bukan penyanyi.

"Saya cuma nak cuba bidang baru. Saya nak nak jadi bukan sahaja boleh jual jamu tetapi saya boleh jadi penghibur.

"Alhamdulilah, setakat ini memang banyak show saya yang masuk. Terima kasih KRU," katanya lagi.

Sumber berita: Sinar Harian




Hakcipta iluminasi.com (2017)