fizz fairuz dedah punca almy nadia menyepi 1

Kredit foto: Instagram Fizz Fairuz 

Aktor Fizz Fairuz menegaskan pendiriannya yang lebih selesa melihat isteri, Almy Nadia berada di rumah untuk mengasuh anak-anak mereka, Nur Afrina Arianna dan Aurora.

Jelas Fizz, keputusan itu diambil kerana dia enggan meletakkan tanggungjawab tersebut kepada pembantu rumah.

fizz fairuz dedah punca almy nadia menyepi 2

Kredit foto: Instagram Fizz Fairuz

Alhamdulilah anak saya membesar dengan sihat dan bijak di bawah jagaan Almy. Saya lebih suka Almy sendiri yang menjaga anak saya di rumah, berbanding menyerahkan tugasan itu kepada pembantu rumah. Pembantu rumah sekarang pun sukar hendak dipercayai kerana banyak kes yang membimbangkan saya. Jadi saya mahu Almy selesaikan tugasan di rumah manakala saya sahaja yang keluar bekerja.

Sumber: Astro Gempak 

Bagaimanapun, Fizz tidak menafikan keinginan isterinya untuk kembali berlakon. Namun hasrat tersebut tertangguh demi membesarkan anak-anak mereka yang masih kecil. 

fizz fairuz dedah punca almy nadia menyepi 3

Kredit foto: Instagram Fizz Fairuz

Kalau ikutkan, Almy memang hendak kembali berlakon tetapi dia pun kasihankan anak-anak masih kecil dan menyusu badan. Mungkin bila anak-anak sudah besar dia akan pertimbangkan.

Sumber: Astro Gempak

Dalam perkembangan lain, Fizz kini sedang sibuk menyelesaikan baki penggambaran filem Munafik 2 arahan pengarah Syamsul Yusof. 


tags : , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)