Oleh pada 17 Oct 2017 kategori

Apabila kami menyiarkan artikel berkenaan haiwan-haiwan yang dilarang umat Islam membunuhnya, kami diajukan banyak soalan dalam ruangan komen yang bertanyakan tentang haiwan apa yang boleh dibunuh jika perlu. Panduan untuk mengetahui 5 jenis yang dibenarkan ini berpandukan kepada hadis berikut :

Daripada `Aisyah R.Anha, Rasulullah SAW telah bersabda: "Khams fawasiq (haiwan perosak yang lima) yang perlu dibunuh meskipun di dalam keadaan berihram; kala jengking, tikus, burung ‘kite’ (burung pemangsa seakan helang), burung gagak dan anjing ganas."

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada juga pendapat yang mengatakan hukumnya sunat membunuh binatang yang disenaraikan kerana mendatangkan kekotoran, jijik dan mengganggu namun kami tak dapat pastikan kesahihan pendapat ini.

Walaupun begitu, harus diingatkan kaedah kita membunuh binatang-binatang ini ada caranya, berdasarkan hadis : "Allah SWT telah menetapkan ihsan pada setiap perkara. Sekiranya kamu membunuh maka perelokkanlah bunuhan tersebut. Sekiranya kamu menyembelih haiwan maka perelokkanlah sembelihan tersebut dan setiap dari kalian perlu menajamkan pisau dan berikan kerehatan pada sembelihan (bagi mengurangkan kesakitan)." - Riwayat Muslim (1955)

1. Tikus

tikus berkeliaran

Satu perkara yang perlu kita sedari, penggunaan perangkap seperti jerat yang mengurung tikus yang kemudiannya dijemur supaya tikus itu mati, merupakan berlawanan dengan hadis di atas. Cara terbaik untuk membunuh tikus yang telah diperangkap, adalah dengan memukulnya.

2. Kala jengking

kala jengking besar

Ada di kalangan admin Iluminasi yang pernah mengalami kejadian kala jengking menyorok dalam kasut yang hendak dipakai. Jika terjumpa kala jengking, bunuhlah kala jengking itu dengan segera menggunakan pukulan dengan kayu.

3. Burung gagak/burung 'kite'

sekumpulan gagak berbincang

Burung gagak banyak didapati di kawasan-kawasan yang kurang dijaga kebersihannya dan mengerumuni bangkai atau sampah. Walaupun banyak operasi menembak gagak dilakukan, populasi gagak tetap bergantung dengan tahap kebersihan sesuatu kawasan itu. Burung kite pula berkemungkinan besar membabitkan burung-burung yang digelarkan birds of prey seperti burung hering yang makan bangkai haiwan lain.

4. Anjing yang ganas

anjing lepak tepi jalan

Berdasarkan hadis yang disebutkan di atas, ternyata cara terbaik untuk mematikan seekor anjing yang tidak mampu dikawal adalah dengan melakukan suntikan pelali yang mematikan sistem tubuh badan anjing tersebut.

Walaupun begitu anjing selalu menjadi isu di negara kita kerana ramai tidak mempedulikan undang-undang sedia ada, sehinggakan mereka menyalahkan pihak berkuasa apabila terdapat kes anjing dibunuh oleh kerana tidak berdaftar atau berlesen. Sebenarnya negara kita mengamalkan undang-undang pelesenan anjing yang agak ketat dan kami berharap agar semua dapat patuh dan mengikuti undang-undang tersebut bagi melindungi kita semua.

Kena fahami had dan larangan dalam membunuh

operasi tembak gagak

Apa yang penting adalah kita menjaga ihsan kita pada haiwan tersebut dan memastikan tidak berlakunya penyeksaan ketika membunuhnya. Memukul, menembak dan menggunakan racun yang disuntik merupakan kaedah-kaedah terbaik bagi membunuh haiwan-haiwan ini secara pantas dan cepat.

Teknik-teknik lain seperti membakar, menjemur sampai mati, mengikat, memotong kepada beberapa bahagian seperti yang kerap berlaku pada kala jengking dan lipan atau menyeksanya perlahan-lahan sehingga mati merupakan perbuatan yang ditegah.

Nota : Jika ada kesilapan atau kekurangan dalam tulisan ini, sila nyatakan dalam ruangan komen agar kita sama-sama dapat berkongsi ilmu dan menambah baik apa yang kita mampu pelajari.

Rujukan

Irsyad al-Fatwa ke 180

VOA Islam




Hakcipta iluminasi.com (2017)