Geisha adalah salah satu imej yang paling ikonik yang dikaitkan dengan Jepun. Jika ada satu perkara yang kebanyakan orang Barat boleh beritahu bahawa mereka tahu mengenai Jepun, ia adalah pelacur wanita yang mengecat muka menjadi putih.
Namun, terdapat satu masalah, iaitu tanggapan ini adalah sangat tidak benar. Geisha bukan seorang pelacur dan mereka tidak semestinya menutup muka dengan cat putih.
BESARKAN TEKS A- A+
Malah pada satu ketika, mereka ini bukanlah wanita. iluminasi.com kongsikan 9 fakta mengenai geisha yang disalah tanggap dan dipercayai ramai.
1. Geisha awal adalah dari kalangan lelaki
Geisha dari kalangan wanita pertama tidak wujud sehingga tahun 1751 dan apabila ia berlaku, ia dianggap sebagai sesuatu yang sangat aneh.
Dia digelarkan sebagai "geisha wanita" kerana sehingga saat itu, setiap geisha yang wujud adalah dari kalangan lelaki. Geisha lelaki sudah wujud selama beratus-ratus tahun.
Secara teknikal, mereka ini tidak digelarkan sebagai geisha sehingga tahun 1600-an, tetapi idea itu telah wujud selama lebih dari 500 tahun.
Sejak abad ke-13, terdapat lelaki-lelaki yang melakukan apa yang dilakukan oleh geisha iaitu menghiburkan tuan-tuan lelaki mereka dengan menyediakan teh, menyanyi, menceritakan cerita kelakar dan membuat tuan mereka berasa seperti orang yang paling penting.
Menjelang tahun 1600an, lelaki-lelaki ini mula memanggil diri mereka sebagai dengan panggilan geisha dan bekerja di rumah pelacur kelas tinggi istana.
Mereka akan menghiburkan para tetamu dan memastikan tetamu gembira ketika mereka menunggu giliran mereka. Sehingga pertengahan abad ke-18, barulah wujud geisha wanita.
Namun, geisha wanita masih jarang pada ketika itu.
2. Geisha bukan pelacur
Walaupun apa pun yang anda pernah dengar atau baca, namun geisha tidak menjual tubuh badan mereka. Malah, mereka dilarang secara jelas daripada tidur dengan pelanggan mereka.
Geisha telah diupah untuk menghiburkan pelanggan lelaki ketika mereka menunggu giliran mereka dengan pelacur sebenar, pelacur kelas atasan yang dikenali sebagai oiran.
Mereka akan memainkan muzik, menari, dan bermain-main dengan lelaki supaya mereka tetap terhibur ketika mereka menunggu. Matlamat mereka adalah untuk memastikan lelaki tidak beredar dan membuat mereka berasa seperti penting.
Mereka membiarkan lelaki membayangkan diri mereka sebagai seorang yang gaga yang boleh menggoda wanita cantik dan bukannya jenis yang membayar untuk seks. Tetapi mereka tidak pernah tidur dengan pelanggan-pelanggan tersebut.
Sesetengah rumah pelacuran bahkan mengharamkan geisha daripada duduk terlalu dekat dengan lelaki kerana takut mereka mencuri pelanggan oiran. Ia adalah sesuatu yang sangat diberikan perhatian.
Pada abad ke-19, moto geisha adalah:
"Kami menjual seni, bukan badan,", "Kami tidak pernah menjual diri, tubuh badan kami, untuk wang," kata seorang geisha. "Bukan itu tujuan kami lakukan; Itulah yang dilakukan oleh wanita lain,".
3. "Geisha" bermaksud "artis"
Geisha adalah artis, malah itulah maksud sebenar perkataan geiko. Ia adalah kombinasi dari perkataan "seni" dan "anak" atau, sebagai terjemahan yang lebih mudah: "artis."
Geisha bekerja sangat keras dengan bakat artistik mereka. Mereka akan menghabiskan masa bertahun-tahun latihan dalam muzik dan tarian dan ia berterusan.
Tidak kira berapa umur seorang geisha, dia masih perlu berlatih bermain instrumennya setiap hari. Banyak di antara mereka memainkan alat musik bernama shamisen dan ada yang menghasilkan muzik mereka sendiri.
Mereka terkenal dengan menghasilkan lagu-lagu "melankolis" yang ditulis dan menghasilkan tarian anggun yang penuh dengan simbolisme kompleks.
Ia mengambil masa bertahun-tahun untuk mahir dalam apa yang mereka lakukan. Pada zaman kegemilangan geisha, mereka akan memulakan latihan ketika mereka berumur enam tahun.
Rumah-rumah geisha mempunyai sekolah sendiri yang mengajar seni dan setiap gadis baru akan diberikan seorang mentor peribadi yang akan melatih untuk bertahun-tahun lamanya.
Secara purata, seorang gadis dijangka akan menghabiskan lima tahun atau lebih dalam latihan sebelum dia dibenarkan memanggil dirinya geisha.
4. Pelacur menggelarkan diri mereka geisha untuk menarik perhatian lelaki asing
Ada sebab kebanyakan daripada kita pada hari ini beranggapan seorang geisha sebagai pelacur. Dengan tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di Jepun pada akhir Perang Dunia II, pelacur berbondong-bondong cuba menarik perhatian mereka.
Dan apabila tentera-tentera tersebut bertanya, mereka akan mengaku bahawa mereka adalah geisha. Namun, mereka bukan geisha sebenar tetapi mereka hanya tahu bahawa fantasi eksotik geisha Jepun akan memikat orang asing.
Dan pada akhir WW2, gadis-gadis Jepun sangat bermasalah segi kewangan sehingga mereka sanggup tidur dengan musuh hanya untuk mendapatkan wang bagi membeli makan malam.
Ratusan ribu gadis Jepun tidur dengan tentera Amerika sebagai pertukaran wang.
Menjelang tahun 1949, dianggarkan 80 peratus tentera Amerika yang ditempatkan di Jepun meniduri gadis Jepun, biasanya dengan pelacur yang memanggil diri mereka sebagai "gadis geisha".
5. Geisha yang anda gambarkan adalah gadis bawah umur
Gambaran yang muncul dalam minda kita ketika kita cuba membayangkan geisha adalah seorang gadis berpakaian kimono dan dengan hiasan di rambutnya serta seluruh wajahnya ditutupi dengan cat putih.
Namun, ia gambaran ini bukanlah seperti geisha sebenar. Geisha akan memakai cat putih pada muka hanya untuk majlis-majlis khas, tetapi secara amnya, mereka tidak kelihatan begitu berbeza seperti mana-mana gadis lain.
Gadis-gadis yang berjalan-jalan dengan cat putih di wajah sepanjang hari adalah "maiko", golongan bawah umur yang merupakan pelatih yang berlatih untuk menjadi geisha.
Gadis-gadis muda ini kelihatan seperti apa yang kita gambarkan tentang geisha. Cat putih dan hiasan yang mereka pakai sebenarnya merupakan lambang kepada "tidak berpengalaman".
Semakin berpengalaman seorang geisha, semakin ringkat penampilannya. Dan apabila seorang geisha itu dianggap antara yang terbaik, dia tidak lagi memakai cat putih pada muka lagi.
Hari ini, wajah wajah putih ini kelihatan sangat ikonik sehingga anda mungkin dapat terserempak dengan geisha moden yang berpakaian seperti maiko.
6. Shirabyoshi, geisha versi wanita yang berpakaian seperti lelaki
Sebelum geisha lelaki wujud, terdapat satu lagi kumpulan yang dikenali sebagai shirabyoshi yang boleh dianggap sebagai versi awal geisha.
Geisha awal ini adalah wanita tetapi mereka melakukan yang terbaik untuk memastikan pelanggan mereka tidak dapat menyedarinya. Ini kerana mereka berdandan sebagai lelaki.
Shirabyoshi adalah penari wanita yang yang kelihatan seperti geisha. Mereka memakai solekan putih, bercerita, membuat pertunjukan, memainkan muzik, dan menghiburkan tetamu.
Mereka pada dasarnya bertindak seperti geisha, apa yang berbeza adalah mereka melakukan semua ini dalam keadaan berpakaian sebagai samurai lelaki.
Tiada siapa yang 100% yakin mengapa wanita-wanita ini bertegas untuk berpakaian seperti lelaki, tetapi teori yang paling popular adalah ia adalah apa yang samurai suka.
Pada ketika itu, kebanyakan samurai menjadikan remaja lelaki sebagai kekasih dan dipercayai bahawa gadis-gadis ini berpakaian sebagai lelaki hanya semata-mata kerana ingin menarik perhatian dan minat samurai lelaki.
7. Geisha yang semakin berusia dilihat semakin menawan
Tidak semua geisha dari kalangan mereka yang muda. Geisha akan lebih dihormati apabila semakin berusia dan pada zaman kegemilangannya, geisha yang paling popular berusia sekitar lima puluh dan enam puluh tahun.
Geisha percaya mereka hanya menjadi lebih cantik ketika mereka semakin tua dan semakin tua seseorang wanita itu lebih tua seorang wanita, mereka akan makin memperlihatkan wajah tanpa sebarang solekan.
Walaupun seorang geisha muda masih memakai cat muka putih dalam acara-acara khas, namun sebaik sahaja mencapai usia 30 tahun, dia akan dibenarkan untuk tidak lagi mengecat muka.
Ketika ini, keindahan semulajadi geisha akan terserlah. Geisha akan bersara jika mereka menikah, tetapi jika mereka mahu kekal dalam perniagaan, mereka dialu-alukan untuk melakukannya selagi mereka inginkan.
Geisha tertua yang masih bekerja hari ini, Yuko Asakusa, berusia 94 tahun dan telah bekerja sebagai geisha sejak berusia 16 tahun. Dia biasanya disewa oleh para ahli politik dan ahli perniagaan yang sangat kaya.
8. Latihan menjadi geisha tersangat ketat sehingga diharamkan pada hari ini
Sehingga kini masih wujud geisha tetapi ia tidak sama seperti dulu. Pada zaman dahulu, kehidupan geisha biasanya bermula dengan keluarga miskin yang menjual gadis ke rumah geisha dan latihannya akan bermula ketika dia berumur enam tahun.
Kini, ada sekitar 250 geiko dan maiko yang bekerja di Kyoto berbanding dengan 2,000 orang yang bekerja tempat yang sama seabad yang lalu. Walaubagaimanapun, geisha moden sangat berbeza dengan geisha lama.
Mereka tidak memulakan latihan sehinggalah mereka berusia sekurang-kurangnya 15 tahun, mereka tidak bekerja berdekatan dengan pelacur dan mereka tidak melalui sisem latihan yang sangat ketat.
Sesetengah rumah geisha hari ini hanya menawarkan latihan selama sehari. Pada tahun 1998, sesetengah ibu bapa mahu memasukkan anak-anak mereka ke dalam sistem latihan klasik, tetapi ia tidak berlaku.
Hari ini, ibu bapa yang menjual anak mereka akan dipenjarakan, tidak lagi dibenarkan seperti zaman dahulu.
9. Geisha lelaki masih wujud sehingga kini
Asal usul geisha, iaitu dari kalangan lelaki masih wujud. Malah pada hari ini, masih terdapat perniagaan yang berkembang pesat bagi geisha lelaki di mana sejumlah besar lelaki masih menawarkan perkhidmatan sebagai geisha.
Menurut statistik, terdapat sehingga 7,000 geisha lelaki bekerja di daerah Kabuki-Cho di Tokyo.
Kemunculan semula geisha lelaki bermula pada tahun 1960-an, ketika pasaran terhadap permintaan oleh wania kaya yang mencari cara untuk mengisi masa lapang terbuka.
Ada beberapa kelab hari ini di mana wanita boleh menyewa "geisha lelaki" dirujuk sebagai hosuto (gambar di atas).
Mereka biasanya tidak mempunyai bakat artistik seperti geisha masa lalu, tetapi mereka masih boleh minum dengan wanita, memuji mereka, dan membuat mereka berasa istimewa.