Sejak dahulu lagi, satu masalah besar menghantui sebahagian daripada manusia di mana mereka mengalami masalah keguguran rambut.
Dengan industri keguguran rambut yang dianggarkan bernilai hampir RM12 bilion, tidak hairanlah ramai orang telah mencipta rawatan pelik dan menarik untuk mengatasi masalah kekal ini.
Dari Mesir kuno hingga manusia moden, banyak yang telah mencuba dan gagal untuk membendung masalah ini. Dan walaupun rawatan-rawatan ini tidak berhasil, anda harus akui bahawa ia sangat kreatif.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 9 rawatan masalah botak yang paling pelik di dunia.
Mungkin penyembuh yang aneh ini tidak berfungsi, tetapi anda harus mengakui mereka kreatif.
9. Xervac
Bagi lelaki botak di Amerika Syarikat pada tahun 1930-an, mereka tidak perlu bimbang kerana adanya Xervac keluaran Crosley Corporation.
Penciptanya iaitu Dr. Andre Cueto telah menghabiskan beberapa tahun membuat kajian tentang masalah kebotakan dan membuat kesimpulan bahawa rambut gugur disebabkan oleh kekurangan aliran darah di kulit kepala.
Pengguna peranti Xervac akan memakai helmet seperti helmet basikal di atas kepala, yang dipasangkan dengan paip pada peranti yang bersaiz besar.
Xervac kemudiannya akan melakukan kitaran sedutan dan tekanan berselang-seli untuk meningkatkan aliran darah ke kulit kepala yang dikatakan akan membuatkan tumbuhnya rambut baru.
Dan disebabkan oleh peranti ini tidak lagi digunakan, kita boleh membuat kesimpulan bahawa langsung tidak berfungsi seperti yang diharapkan.
8. Tahi burung merpati
Hippocrates sering kali dianggap sebagai bapa perubatan moden. Nama beliau dikaitkan dengan Sumpah Hippocratic, yang menggesa para doktor untuk "tidak membahayakan".
Walaupun legasi beliau terus hidup sehingga kini, namun penawarnya untuk masalah botak adalah sebaliknya.
Dibelenggu oleh masalah botak yang dialami sendiri, Hippocrates mencadangkan satu rawatan yang terdiri daripada tahi burung merpati, candu, beetroot, lobak pedas dan herba-herba untuk menyembuhkan keguguran rambut.
Walaupun ramuan ini mempunyai bau pelik, ia dikatakan membantu sedikit dalam masalah ini, namun tiada bukti menyokong hal ini.
7. Laurel Wreath
Salah seorang tokoh yang paling berpengaruh dalam sejarah dunia, Julius Caesar, sangat malu dengan masalah botak yang dihadapinya.
Ahli biografi Roman, Suetonius melaporkan bahawa masalah botak Caesar adalah kecacatan yang sangat mengganggu beliau kerana para pengkritik menggunakan perkara ini untuk mengejek Caesar.
Ini adalah kerana kepala botak dianggap sebagai hodoh pada zaman itu.
Oleh itu, kekasih Caesar iaitu Cleopatra telah mencipta satu penawar menggunakan tikus yang dihancurkan dan gigi kuda.
Apabila ia gagal berhasil, Caesar mula memakai "laurel wreath" untuk menyembunyikan kebotakannya. Laurel wreath ini dihadiahkan kepada beliau atas kejayaannya dalam peperangan.
Teknik Caesar ini kemudiannya digunakan oleh penghibur terkenal iaitu Elton John, yang menggunakan topi-topi aneh untuk menutup kepala botaknya di atas pentas.
6. Air mani lembu jantan
Digunakan di salun-salun di seluruh Amerika Syarikat dan United Kingdom, sperma lembu jantan dianggap sebagai satu rawatan botak yang sangat berpotensi.
Menurut teori ini, air mani lembu jantan adalah sangat tinggi protein yang akan membantu merangsang pertumbuhan rambut.
Rawatan ini mungkin sangat menggelikan bagi sesetengah orang, namun mereka yang terdesak sudah pasti sanggup menjalaninya.
5. Thermocap
Thermocap, satu lagi rekaan aneh untuk membantu lelaki yang mengalami masalah botak, telah dipasarkan oleh Allied Merke Institute di New York pada tahun 1920-an.
Berdasarkan siri eksperimen oleh saintis-saintis Perancis, institut itu mendakwa bahawa folikel rambut tidak mati tetapi sebaliknya menjadi tidak aktif, menunggu untuk dihidupkan semula.
Pengguna yang botak dan yang mudah ditipu sanggup memakai topi ini selama 15 minit sehari untuk membolehkan lampu biru pada peranti ini untuk merangsang pertumbuhan rambut baru.
4. Headstand
Dalam yoga, headstand iaitu posisi di mana anda berdiri menggunakan kepala adalah raja segala posisi disebabkan oleh pelbagai manfaat.
Dan salah satu daripadanya dikatakan adalah pencegahan keguguran rambut.
Dengan menterbalikkan badan, ahli yoga percaya bahawa akan berlaku peningkatan aliran darah ke kulit kepala, yang menghalang keguguran rambut.
Bagi mereka yang tidak dapat atau tidak sanggup untuk melakukan headstand, banyak syarikat kini menawarkan "meja songsang".
Peranti ini membolehkan anda untuk melakukan posisi terbalik ini bagi jangka waktu yang lama. Sama seperti cara yang lain, cara ini tidak mempunyai bukti jika ia berhasil.
3. Sos cili pedas
Walaupun agak membahayakan, penawar ini sekurang-kurangnya mempunyai tempat dalam dunia saintifik.
Dalam satu kertas kajian yang diterbitkan dalam Korean Journal of Dermatology, para saintis menyatakan bagaimana capsaicin (bahan aktif dalam cili) membantu menumbuhkan semula rambut dalam kadar yang lebih pantas ke atas tikus.
Malangnya, tiada bukti yang mencadangkan bahawa cara ini berhasil ke atas manusia.
Jika anda tertanya-tanya dan ingin mencuba, anda boleh melakukannya tetapi harus berhati-hati kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan.
2. Air kencing lembu
Dalam perubatan India tradisional, air kencing lembu masih digunakan sehingga ke hari ini untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Dikenali sebagai gomutra, air kencing lembu dianggap sebagai berkesan dalam rawatan keguguran rambut.
Untuk kesan maksimum, air kencing ini mestilah datang dari lembu dara dan harus didapatkan serta diminum sebelum terbitnya matahari.
Walaubagaimanapun, doktor-doktor tidak bersetuju dengan cara ini kerana meminum air kencing boleh menyebabkan jangkita penyakit, ruam, atau kedua-duanya bagi manusia.
Dan jika anda tidak mempunyai akses kepada lembu di kawasan berdekatan, tiada masalah.
Ini kerana pada tahun 2009, sebuah syarikat India telah mengeluarkan minuman ringan yang mengandungi 5% air kencing lembu.
1. Pengasian
Dan rawatan paling menakutkan bagi masalah keguguran rambut telah dicadangkan oleh ahli fizik Greek yang terkenal iaitu Hippocrates, yang mencadangkan bahawa pengasian boleh membantu merawat masalah ini.
Teori beliau bermula apabila Hippocrates meneydari bahawa sida-sida (lelaki yang dikasi untuk berkhidmat bagi fungsi sosial tertentu) tidak pernah mengalami keguguran rambut.
Walaubagaimanapun, Hippocrates tidak sanggup untuk menguji idea ini dan meneruskan cara rawatan menggunakan najis burung merpati.
Pada tahun 1960, satu kajian telah menyokong teori Hippocrates apabila ia mendapati bahawa tiada perkembangan masalah botak pada lelaki bagi mereka yang telah menjalani proses pengasian.
Walaupun ia mungkin dapat membantu masalah botak, sanggupkah anda melakukannya?
Rujukan:
1. Independent
2. Belgravia