khabib vs conor

Ketika ini, pertarungan seni bela diri yang mendapat sambutan paling hangat adalah UFC. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perkara ini adalah kerana promosi yang dilakukan serta gabungan pelbagai seni bela diri dalam satu gelanggang.

Pertumpahan darah dalam gelanggang adalah perkara biasa membuatkan UFC dilihatkan sebagai pertarungan yang sangat bahaya dan mendebarkan.

Namun, terdapat banyak lagi pertarungan yang lebih dahsyat dan menakutkan berbanding UFC, dan ia dilakukan secara underground.

iluminasi.com kongsikan 9 pertandingan seni bela diri yang lebih ganas daripada UFC.

9. Dambe

Dambe adalah sejenis tinju jenis Afrika Selatan, di mana lawan bertarung selama tiga pusingan untuk cuba menumpaskan antara satu sama lain.

Lengan dominan mereka dibalut dengan tali keras untuk menambahkan lagi impaknya manakala lengan satu lagi diletakkan pada posisi menghala pihak lawan.

Pusingan tidak ditetapkan masa dan hanya akan berakhir apabila ia mula membosankan, pengadil menamatkan pusingan atau salah seorang daripada peninju tewas, membuatkan ia boleh berlangsung selama berjam-jam.

Kadang-kala mereka akan melilit rantai di keliling kaki untuk menguatkan tendangan dan satu ketika dulu peninju boleh merendamkan tangan ke dalam resin dan serpihan kaca.

8 . Tinju Bare Knuckle

Populariti tinju Bare Knuckle telah meningkat dengan pesat di Amerika Syarikat. Pendorong sukan ini yang juga merupakan bekas gangster percaya bahawa ia akan menjadi mainstream dan menjadi popular seperti UFC.

Pertarungan ini seperti mempunyai peraturan yang sama dengan tinju tetapi ia tidak bertahan lama.

Ini adalah kerana tumbukan tanpa sarung tangan memberikan kesan yang lebih dahsyat dan seseorang hanya dapat bertahan selepas beberapa pukulan sahaja.

Pendorong sukan ini juga percaya bahawa sukan itu sebenarnya lebih selamat daripada tinju biasa kerana mereka tidak banyak mencederakan.

6 . Jail House Rock 

JHR adalah gaya pertempuran yang dibangunkan di penjara Amerika Syarikat oleh para penjenayah.

Terdapat beberapa gaya JHR yang berbeza tetapi semuanya berkongsi konsentrasi yang sama pada penambahbaikan bercampur dengan prinsip asas.

Beberapa gaya yang berbeza adalah 53 Blok Tangan, Gaya Comstock dan Slato.

Salah satu kaedah latihan adalah dengan melemparkan dek kad di udara dan cuba mengutipnya semula sambil beberapa lelaki cuba memukul.

Beberapa pengamal JHR yang terkenal ialah Big K, Michael Duffy, dan Daniel Marks.

5 . Team Fighting Championship (TFC)

Dua pasukan yang terdiri daripada lima orang peserta lelaki masuk ke dalam satu gelanggang dan mula bertarung. Semua lelaki itu adalah pahlawan MMA yang terlatih.

Satu pasukan adalah dari Poland dan satu lagi dari Rusia. Lelaki-lelaki itu boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu.

Malah, beberapa orang peserta boleh memukul seorang lawan secara serentak jika mereka mahu namun pengadil mungkin akan meleraikannya.

Para peserta memakai sarung tangan tetapi kelihatan seperti tidak membantu kerana kebanyakan peserta biasanya akan berdarah.

4 . Pertarungan "Wall on Wall" Rusia

Pertandingan ini melibatkan kumpulan besar yang dipecahkan kepada dua pasukan di suatu tempat dan memukul di antara satu sama lain.

Tidak ada peraturan dalam pertandingan ini dan hanya melihat siapa yang akan menang. Kecederaan yang sangat dahsyat adalah satu perkara biasa dan kadang-kala kematian berlaku.

Sarung tangan tidak selalunya dipakai dan kerap kali mereka hanya menggunakan penumbuk, menendang dan mencekik lawan.

Sukan ini telah berlangsung selama beratus-ratus tahun bahkan ada yang mengatakan bahawa Peter The Great menggemari sukan ini.

Walaupun tiada peraturan, mereka tidak lagi menggunakan kayu atau cambuk.

3 . Pertarungan penjara Thailand

Di Thailand, banduan diberi peluang untuk bertarung di gelanggang untuk mendapatkan kebebasan. Ia seperti filem Undisputed 2, tetapi ini dalam dunia nyata.

Mereka berlatih dalam seni bela diri Muay Thai dan kemudian bertarung melawan tahanan lain serta orang asing yang datang untuk berlatih bagi Sukan Olimpik.

Kebanyakan pahlawan ini terdiri daripada pembunuh dan kerana kebebasan mereka menjadi pertaruhan, banduan-banduan akan bertarung dengan bersungguh-sungguh.

Banyak pahlawan dihukum penjara selama 50 tahun atau seumur hidup, jadi satu-satunya harapan untuk bebas adalah dengan bertarung sehingga menang.

Para pahlawan juga akan mendapat penghormatan yang tinggi serta ganjaran dalam bentuk wang yang akan dimasukkan ke dalam akaun bank penjara dan dihantar kepada ahli keluarga mereka. 

2 . Waru

Waru adalah satu bentuk MMA yang kejam di Jepun dengan hanya empat peraturan, tiada pukulan celah kangkang, tiada submission, tidak boleh menggigit dan memukul wajah ketika lawan berada di lantai.

Peraturan-peraturan ini membantu untuk pertarungan ini menjadi pertarungan dalam keadaan berdiri di antara dua orang yang cuba membelasah satu sama lain.

Sesetengah peserta hanya mempunyai pengalaman bertarung di jalanan dan mereka tertarik dengan peraturan tersebut serta hakikat bahawa mereka akan mendapat bayaran dengan bertindak ganas.

Nama pertandingan ini berasal dari buku komik di mana ia mendapat inspirasi. Malah, lelaki yang mempromosikan Waru sebenarnya adalah penerbit untuk filem komik itu.

1 . Shock Fighting

Shock Fighting mungkin adalah seni mempertahankan diri yang paling ganas di dunia, bukan sahaja kerana ia seni bela diri tanpa peraturan, malahan tiada hakim.

Dan perkara yang paling gila adalah peserta memakai sarung tangan yang mempunyai taser dengan aliran elektrik setinggi 3 juta Volt.

Oleh kerana tidak ada hakim, satu-satunya cara untuk menang sudah tentu sama ada membuatkan pihak lawan menyerah atau mengenakan renjatan elektrik sehingga lawan pengsan.

Sukan ini telah diharamkan di sebahagian besar dunia bertamadun dan satu-satunya tempat yang anda dapat menontonnya adalah dalam talian.


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)