Pasti anda pernah mendengar teori bahawa hampir semua wang di dunia dikawal oleh keluarga terkaya.
Sesetengah daripada mereka membelanjakannya terhadap perkara yang mereka mahu sesuka hati manakala yang lain pula lebih suka hidup sederhana dan tenang.
Namun terdapat satu persamaan dalam kalangan mereka semua, iaitu status sosial mereka dan kedudukan mereka dalam masyarakat dikelilingi oleh banyak misteri.
BESARKAN TEKS A- A+
Sesetengah orang berfikir bahawa puak-puak ini mengawal presiden semua negara dan seluruh dunia. iluminasi.com kongsikan 9 keluarga yang mengawal dunia dan juga kehidupan kita.
1. Keluarga Rockefeller
Tiada siapa yang mengetahui jumlah sebenar wang yang dimiliki oleh keluarga ini namun mengikut sumber yang berbeza, ia dianggarkan berjumlah di antara RM4 hingga RM12 trilion.
Keluarga Rockefeller menjadi terkenal disebabkan oleh John Rockefeller, bilionaire pertama di dunia.
Pada akhir abad ke-19, keluarga ini menguasai 90% daripada keseluruhan pasaran minyak di Amerika Syarikat. Hampir semua syarikat minyak moden di AS bermula dengan Rockefellers.
Kedua-dua peperangan terbesar di dunia hanya memberikan manfaat kepada keluarga Rockefeller. Mereka membantu kedua-dua pihak Jerman dan Kuasa Allied.
(David Rockefeller)
Kini, selain daripada perusahaan bank dan minyak, keluarga Rockefeller melakukan amal dan menjana wang melalui mata wang kripto.
Ahli teori konspirasi percaya bahawa ahli-ahli keluarga Rockefeller adalah pengerusi kerajaan dunia rahsia dan mereka memegang kepercayaan dan idea "Golden Billion" (merujuk kepada orang kaya di negara maju, atau Barat).
2. Keluarga Morgan
Beberapa teori politik percaya bahawa keluarga Morgan menentukan perjalanan politik Amerika Syarikat dan mengawal semua bank di dunia.
Orang pertama dalam keluarga Morgan iaitu John Pierpont Morgan memulakan empayar kewangan pertama di Amerika Syarikat.
Dia menjual senjata semasa Perang Saudara dan hampir didakwa disebabkannya. Dan pada tahun 1907, John menghentikan keruntuhan sistem perbankan.
J.P Morgan juga merupakan pengasas kepada J.P. Morgan Chase & Co, bank terbesar di Amerika Syarikat dan bank kedua terbesar di dunia dari segi jumlah aset, dengan jumlah RM10.5 trilion.
Ia adalah bank paling bernilai di dunia dari segi permodalan pasaran. Malah sehingga kini, keluarga Morgan adalah salah satu keluarga yang paling berpengaruh di dunia dalam bidang perbankan. J.P Morgan
Mereka mempunyai cawangan bukan sahaja di AS tetapi juga di Eropah. Sesetengah anggota keluarga ini juga mengawal syarikat General Motors dan General Electric.
3. House of Saud
House of Saud adalah dinasti diraja yang telah memerintah Arab Saudi sejak tahun 1932.
Ketua keluarga ini adalah Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud dan jumlah anggota keluarga dalam dinasti ini adalah sekitar 25,000 orang.
Ketua keluarga memiliki kekuatan politik mutlak dan anggota keluarga dilantik memegang jawatan dalam jabatan dan ketenteraan yang penting.
(Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud)
Ahli keluarga ini juga boleh mendapatkan apa-apa pekerjaan yang mereka mahukan di dalam negara.
Malah, mereka juga menguasai kira-kira 20% daripada rizab minyak global dan memiliki kekayaan sekitar RM5.84 trilion.
4. Keluarga Rothschild
Keluarga Rothschild adalah salah satu keluarga terkaya di dunia pada zaman Napoleon. Dinasti ini dimulakan oleh Mayer Amschel Rothschild.
Di Jerman, Mayer Amschel telah menubuhkan sebuah perniagaan perbankan yang besar dan mencipta empayar kewangannya sendiri.
Selepas kematiannya, Amschel meninggalkan wasiat kepada pewarisnya di mana dia menyatakan pandangannya tentang bagaimana empayar ini patut dikawal dan keluarga Rothschilds telah mengikuti peraturan ini selama lebih daripada 200 tahun.
(Lord Jacob Rothschild)
Terdapat banyak teori dan khabar angin yang berbeza yang menyelubungi keluarga ni. Sesetengah orang mengatakan bahawa mereka mengawal semua wang di dunia dan semua institusi kewangan.
Pendapat lain mengatakan keluarga Rothschild menaja dan menggalakkan kebanyakan peperangan. Jumlah wang yang dimiliki keluarga Rothschild dianggarkan berjumlah sekitar RM8 trilion.
Mereka membuat pelaburan, mengawal perdagangan dan perbankan, serta memiliki beberapa ladang anggur dan syarikat yang menghasilkan minyak dan gas.
5. Keluarga Baruch
Jumlah kekayaan yang dimiliki oleh keluarga Baruch adalah lebih rendah berbanding keluarga Rothschild dan Rockefeller tetapi mereka mempunyai pengaruh yang lebih luas.
Bernard Baruch, orang yang memulakan keluarga ini, merupakan penasihat bagi 5 presiden Amerika Syarikat dan kawan rapat kepada Sir Winston Churchill.
Dia adalah orang yang mengilhamkan istilah "Perang Dingin" dan mengawal penciptaan bom atom. Sesetengah orang berpendapat dia adalah individu yang mencipta kerajaan dunia.
Maklumat mengenai pewaris empayar Baruch adalah sangat terhad. Dia mempunyai 2 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.
Anak lelakinya, Bernard Baruch Jr. meninggal dunia pada tahun 90an. Tiada maklumat mengenai cucu-cucu Bernard. Sesetengah orang percaya bahawa mereka sengaja bersembunyi dan mereka masih mengawal kerajaan AS.
6. House of Windsor
House of Windsor adalah keluarga diraja Britain. Kini, ia diketuai oleh Ratu Elizabeth II yang berusia 92 tahun. Dia adalah ketua Gereja dan Panglima Angkatan Tentera British.
Selain Great Britain, Ratu Elizabeth II adalah raja yang memerintah 15 negara bebas. Mana-mana ahli politik pasti cemburu terhadap penarafan Queen dan ia bukanlah sesuatu yang menghairankan.
Semua ahli keluarga diraja hidup sederhana, berkhidmat dalam tentera, dan melakukan kerja amal.
7. Keluarga Murdoch
Keluarga Murdoch mula membina empayar mereka di Australia. Keith Murdoch adalah seorang wartawan politik di salah satu syarikat akhbar Melbourne.
Ketika Keith mencapai jawatan sebagai seorang editor, dia telah berjaya meningkatkan penjualan akhbar itu dan kemudian menjadi CEO.
Rupert, anak kepada Keith juga merupakan seorang wartawan. Sebaik sahaja mereka menguasai semua media terkemuka di Australia, mereka menubuhkan News Corporation.
Kini, keluarga Murdoch merupakan pemiliki kepada 20th Century Fox, Fox News, Myspace, dan Dow Jones. News Corporation pernah disaman kerana mengintip panggilan telefon keluarga diraja, selebriti, serta menyogok polis dan pasukan khas.
8. Keluarga Oppenheimer
Keluarga ini memiliki sebahagian besar rizab emas dunia. Orang pertama dalam keluarga itu, Ernest Oppenheimer, berpindah ke Kimberley, Afrika Selatan di mana dia menjadi datuk bandar dan kemudian menjadi ketua salah satu syarikat berlian.
Tidak lama kemudian, Ernest memonopoli pasaran berlian dunia. Kini, empayar berlian tersebut dipimpin oleh cucu Ernest, Nicky Oppenheimer.
Keluarga ini menghasilkan dan menjual bukan sahaja berlian tetapi juga emas, besi, platinum, dan mineral industri.
9. Keluarga Pritzker
Keluarga imigran Yahudi dari Ukraine ini berpindah dari Kiev ke Chicago pada 1881. Pritzkers memiliki Hayat Corporation, syarikat perhotelan yang menjual hotel dan lawatan pelancongan ke pusat peranginan.
Syarikat ini memiliki 777 buah hotel di 54 buah negara. Keluarga Pritzker memiliki anugerah seni bina mereka sendiri dan kini tinggal di Chicago di mana mereka membuka sekolah seni bina mereka.
Keluarga Pritzker juga merupakan kumpulan yang menentukan rupa bentuk bandar Chicago.