gula gula

Credit : omaralattas

Gula-gula sememangnya disukai ramai, tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa. Setiap orang pasti ada gula-gula kegemaran mereka sendiri tetapi ramai bersetuju secara keseluruhannya ia memang sesuatu yang sedap dan menyelerakan.

Namun, terdapat beberapa jenis gula-gula yang dianggap pelik oleh kebanyakan orang walaupun ia merupakan hidangan enak dalam sesetengah budaya. Berikut adalah senarai beberapa gula-gula yang menarik ini. Anda boleh menilai sama ada ia benar-benar menarik atau aneh.

1. Karamel Kambing

karamel kambing hokkaido

Credit : mikesblender

Di Hokkaido, Jepun, "Genghis Khan" adalah sebuah hidangan tempatan yang terdiri daripada daging kambing cincang barbeku. Hidangan tradisional ini disediakan dengan daging kambing yang dipanggang di bahagian atas kuali, dikelilingi dengan pelbagai jenis sayuran.

Ia kedengaran seperti satu hidangan yang menyelerakan. Akan tetapi, adakah ia akan mempunyai keenakan yang sama sekiranya dihasilkan dalam bentuk gula-gula?

Pada tahun 2002, pemilik Sapporo Gourmet Foods telah menghasilkan Gula-gula Karamel Genghis Khan. Pada asalnya ia dijual dalam bentuk sos tetapi tidak mendapat sambutan ramai. Mereka kemudian memutuskan untuk menghasilkan semula produk itu dalam bentuk gula-gula.

Gula-gula ini mempunyai perisa seperti kari kambing dengan sedikit rasa manis. Setiap gula-gula aneh ini datang dalam 18 bungkusan berbeza, sesuai untuk dijadikan sebagai hadiah kepada rakan dan keluarga. (sumber)

2. Salsagheti

salsagheti

Credit : mymexicancandy

Salsagheti mungkin kedengaran seperti satu hidangan pasta tradisional yang menyelerakan. Akan tetapi, ia sebenarnya jaluran gula-gula pedas yang berasal dari Mexico. Tidak seperti spaghetti, salsagheti mempunyai rasa masam manis dan biasanya dimakan menggunakan tangan sahaja.

Gula-gula berperisa tembikai ini disaluti serbuk cili, asam jawa dan gula batu. Gula-gula ini juga dijual bersama satu paket sos asam jawa yang berfungsi sebagai sos salsa. Apabila sos dicurahkan ke atas salsagheti, ia akan kelihatan seperti rupa spaghetti yang sebenar.

Selain Mexico, gula-gula ini juga terkenal dan boleh didapati di beberapa negara lain juga. Ia sering dimakan pada majlis hari jadi dan beberapa jenis jamuan lain. Siapa sangka salsagheti akan menjadi begitu terkenal seperti ini. (sumber)

3. Coklat Lidah Kucing

katzenzungen

Credit : sweetsfienddiary

Salah satu coklat yang popular di Czech Republic ialah Kocici Jazycky yang bermaksud "Lidah Kucing". Ia bukanlah nama yang begitu menyelerakan untuk sesuatu manisan. Mujurlah kerana manisan ini sebenarnya adalah bar coklat bersusu yang manis dan hanya berbentuk lidah kucing.

Coklat berbentuk lidah kucing ini kali pertama dihasilkan ialah pada tahun 1892 di Vienna, Austria. Populariti coklat ini mula melonjak pada tahun 1920-an dan 1930-an di Czech Republic. Ia juga popular di beberapa lagi negara Eropah yang lain seperti Jerman dengan jenama Katzenzungen dan Perancis dengan nama Langues de Chat, yang membawa maksud sama.

Biskut dan coklat lidah kucing ini biasanya dibuat secara tradisional di rumah. Namun, terdapat banyak coklat ini yang dijual di pasaran di mana kebanyakannya memaparkan gambar kucing pada kotak pembungkusan. (sumber)

4. Botan Rice Candy

botan rice candy

Adakah anda suka makan gula-gula tetapi terlalu malas untuk membukanya dari plastik pembungkusannya? Botan Rice Candy adalah salah satu jenis gula-gula yang menggalakkan anda untuk makan bersama-sama kertas yang membungkusnya. Ia adalah gula-gula lemon atau limau yang dibungkus dalam kertas nasi yang boleh dimakan.

Botan Rice Candy ini didatangkan dalam bentuk kotak yang menarik. Setiap kotak juga dilengkapi dengan pelekat atau sticker bagi menarik minat kanak-kanak. Antara pelekat yang diberikan termasuk gambar ninja, anjing, arnab dan juga tupai. Walaupun gula-gula ini tidaklah beigu manis tetapi apa yang menarik mengenainya ialah kertas pembungkusnya yang boleh dimakan.

gula gula udang

Bagi kanak-kanak yang lahir pada tahun 1980-an dan 90-an di Malaysia, anda mungkin pernah merasai 'gula-gula udang' yang terkenal kerana ia juga dibaluti oleh kertas beras yang boleh dimakan. (sumber)

5. Bar Coklat Perisa Keju dan Bawang 

tayto cheese and onion milk chocolate

Credit : dailyedge

Tayto adalah sebuah syarikat makanan ringan Ireland yang menghasilkan kerepek dan makanan ringan lain sejak tahun 1956 lagi. Syarikat itu menghasilkam beberapa perisa kerepek yang lazat untuk dimakan.

Salah satu produk paling terkenal yang dihasilkan oleh syarikat itu ialah kerepek kentang Tayto perisa keju dan bawang. Beberapa tahun yang lalu, Tayto memutuskan untuk memperkenalkan produk terbaru mereka di pasaran iaitu bar coklat berperisa kerepek keju dan bawang. 

Bar coklat edisi terhad ini begitu unik, menyebabkan ramai pengulas makanan ringan membuat liputan mengenai manisan ini. Kebanyakan ulasan yang diberikan agak negatif, menyatakan rasa keju dan bawang terlalu sedikit dalam bar coklat itu.

Walaupun ramai yang mengkritik bar coklat keluaran Tayto ini, kini mereka tidak perlu risau kerana penghasilannya sudah ditamatkan. Mereka boleh kembali menikmati kerepek berperisa keju dan bawang yang sebenar semula. (sumber)

6. Musk Stick

musk stick

Credit : abc.net

Gula-gula yang kelihatan seperti ubat gigi dan mempunyai bau seakan-akan minyak wangi ini dinamakan Musk Stick atau Batang Kasturi. Gula-gula ini begitu diminati oleh penduduk di Australia dan New Zealand tetapi mungkin tidak digemari oleh orang lain.

Gula-gula ini pada dasarnya adalah silinder merah jambu yang diperbuat daripada gelatin dan gula pasir dengan intipati seperti kasturi. Gula-gula ini akan larut secara perlahan dalam mulut. Ramai orang mengaitkan Musk Stick ini dengan bau minyak wangi yang sangat kuat.

Walaupun mempunyai rasa dan bau yang agak pelik, tetapi gula-gula ini tetapi diminati selama hampir satu abad di Australia. Pasaraya Woolworths sahaja telah menjual sebanyak 24 juta Musk Stick setiap tahun. Jika gula-gula ini tidak menepati cita rasa, anda mungkin boleh menggunakannya sebagai pewangi udara. (sumber)

7. Percy Pig

percy pig

Credit : mirror

Gula-gula ini dihasilkan oleh syarikat British, Mark & Spencer. Gula-gula Percy Pig adalah gula-gula 'gummy' yang terkenal di seluruh United Kingdom. Walaupun kelihatan enak, tetapi terdapat campuran aneh dalam gula-gula Percy Pig ini. Percy Pig yang kelihatan seperti kepala khinzir ini sebenarnya diperbuat daripada gelatin khinzir.

Gula-gula Percy Pig hanya dijual di kedai serbaneka Marks & Spencer sahaja. Antara perisa gula-gula Percy Pig yang paling diminati ialah Raspberry. Namun, Marks & Spencer juga menghasilkan beberapa lagi perisa dan produk seperti Veggir Percy, Phylizy Pig Tails, Percy Pig and Pals, dan Globetrotting Percy. (sumber)

8. Gula-gula Likuoris Garam

salmiakki

Credit : millakontkanen

Tidak semua gula-gula perlu berasa manis. Kebanyakan orang di bahagian Eropah Utara sukakan salmiakki atau salmiak iaitu sejenis likuoris garam hitam. Likuoris adalah bahan berwarna hitam yang diperoleh daripada akar tumbuhan kekacang dan digunakan dalam pembuatan gula-gula.

Rasa tajam dan bergaram gula-gula likuoris ini diperkenalkan kepada kebanyakan kanak-kanak di Findland, Scandinavia dan Belanda. Salmiakki adalah likuoris lembut yang dicampur dengan ammonium klorida, ditambah untuk memberikan rasa asin yang berbeza.

Likuoris garam ini biasanya dijual dalam bentuk keras dan lembut dan sering digunakan sebagai perasa untuk pelbagai benda seperti ais krim, soda dan minuman keras. Terdapat pelbagai produk gula-gula likuoris garam, bermula daripada rasa asin sederhana sehingga kepada yang kuat. (sumber)

9. Gummy Serangga Bercahaya

Jika anda ingin mencuba gula-gula yang bukan sahaja enak tetapi juga menyeronokkan untuk dimakan, maka ini adalah jawapannya. Bugs Lightning adalah gula-gula gummy yang boleh bercahaya. Namun, anda tidak perlu risau kerana tidak ada sebarang serangga yang digunakan dalam pembuatan gula-gula gummy ini.

Gula-gula ini hanya unik dalam bagaimana ia berfungsi sahaja tetapi tidak dalam bahan-bahan membuatnya. Setiap beg gummy Bugs Lightning ini mengandungi gula-gula gummy kecil berbentuk serangga dan sepasang penyepit khas yang disertakan bersama.

Letakkan gula-gula ini pada hujung penyepit dan gula-gula berbentuk serangga ini akan bercayaha. Ia mungkin merupakan salah satu gula-gula paling pelik dan terbaik pernah dijual di pasaran. Ia bukan sahaja digemari kanak-kanak malah juga golongan orang dewasa. (sumber)



Hakcipta iluminasi.com (2017)