Berbagai-bagai bahasa di dunia telah berkembang menjadi satu kepelbagaian yang begitu indah dan perkataan-perkataan yang digunakan sering kelihatan seperti ia mempunyai kaitan di antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, terdapat segelintir perkataan yang kedengaran tersangat serupa walaupun penggunaannya jauh di kawasan berbeza di seluruh dunia.
Mungkin ada sesuatu yang secara semulajadi membuatkan perkataan ini berkait rapat. Selain daripada "OK", terdapat beberapa lagi perkataan yang difahami secara meluas di seluruh dunia.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 6 sejarah dan perkataan yang sangat berkait rapat di seluruh dunia.
6. "Teksi"
"Teksi" atau "Taxi" perkataan lain yang agak baru yang telah digunakan oleh banyak bahasa. Dari istilah "taximeter cab" ("tax" dari takrif Latin Medieval untuk "cukai" atau "caj"), perkataan "teksi" yang dipendekkan menjadi satu kebiasaan di seluruh dunia.
Walaupun ia berubah dari bahasa ke bahasa, bunyinya sering disebut sebagai "tak-si" atau lebih hampir.
Di Jepun, teksi adalah birokrasi dirujuk sebagai "ippan jokyaku ryokaku jidosha" iaitu kenderaan bermotor untuk penumpang umum dan pelancong.
Pendek cerita, perkataan 'takushii" menjadi sesuatu yang biasa dari awal lagi. Ini mungkin satu perkataan yang dipopularkan di tempat lain semata-semata oleh industri pelancongan.
Walau bagaimanapun, dengan negara seperti Amerika Syarikat, Eropah, dan Jepun yang pada dasarnya menggunakan perkataan "teksi", kebanyakan negara mengimport kenderaan mereka dari negara yang menggunakan perkataan ini.
Sebagai contoh, kereta Britain dihantar ke India dan jenama seperti Toyota dan Ford menjadi sesuatu yang biasa digunakan sebagai teksi di seluruh dunia.
Dengan ini, ia menjadikan perjalanan lebih mudah dengan menggunakan satu perkataan sama bagi pelancong di mana-mana sahaja di dunia.
5. "Mama"
Perkataan "mama" membawa maksud yang sama dalam kebanyakan bahasa di seluruh dunia, atau sekurang-kurangnya sangat serupa seperti "eomma" dalam bahasa Korea atau "mami" dalam bahasa Czech.
Perkataan ini mungkin membuatkan anda terfikir bahawa ia tersangat asas dan kuat sehinggakan ia bertahan sejak awal kewujudan manusia sehinggalah ke hari ini.
Namun, kisah sebenarnya adalah lebih aneh. Perkataan ini sebenarnya muncul secara tersendiri dalam banyak bahasa yang berlainan.
Bagaimana ini boleh berlaku? Kajian mencadangkan bahawa ia dipengaruhi oleh pembangunan ucapan awal. Bunyi yang dihasilkan oleh bayi bukan lah satu siri bunyi rawak tetapi ia mengikuti satu corak.
Dalam uji kaji vokal, bayi sering mengeluarkan bunyi "ah" terlebih dahulu kerana ia adalah bunyi yang paling mudah untuk dihasilkan.
Merapatkan bibir kita untuk menghasilkan bunyi "mmmm" juga dihasilkan secara semulajadi.
Dan kedua-dua bunyi ini jika digabungkan, akan menghasilkan satu perkataan yang paling biasa, iaitu "mama", dan penjaga utama kepada bayi akan berasa bahawa dia sedang dipanggil.
Situasi ini berlaku di seluruh dunia melalui bunyi yang sama, tafsiran yang sama dan perkataan yang sama. Dan tak kiralah anda di mana di bahagian dunia, orang lain akan faham anda bercakap tentang ibu anda jika menyebut perkataan "mama".
4. "Haha"
"Haha" adalah bunyi yang paling mudah bagi kita untuk menyatakan ketawa.
Variasi onomatopoeik lain, seperti "hehe," "hee-hee," atau "ho-ho," dilihatkan tidak dapat menandingi "haha".
Dan melihat cara kebudayaan lain menulis cara ketawa melalui papan kekunci, ia kelihatan seperti semua orang di seluruh dunia menggunakan perkataan ini untuk maksud yang sama.
Namun, sudah tentu setiap bahasa mempunyai cara yang berbeza untuk menyatakan dan menaip bunyi "haha" ini.
Contohnya, bahasa Sepanyol akan menaip "jaja." Di Thailand, nombor 5 disebut sebagai "ha," oleh itu mereka sering menyatakan ketawa melalui papan kekunci dengan menaip "55555!"
3. "Gitar"
Asal-usul perkataan "gitar" sangat rumit untuk dijejak kerana ia digunakan bagi alat muzik bertali yang berbeza sepanjang sejarah manusia.
Sehinggalah pada abad ke-19, alat muzik dengan 6 tali menyerupai gitar yang kita gunakan pada hari ini dihasilkan.
Gitar moden ini berasal dari Sepanyol dan alat muzik abad pertengahan yang dikenali sebagai gitarra latina. Kebanyakan negara Eropah mengambil perkataan mereka melalui ini.
Akan tetapi, jika dilihatkan lebih ke belakang, perkataan Sepanyol ini mempunyai asal-usul dari Yunani iaitu perkataan "kithara" dan juga Arab iaitu "gitara".
Kedua-dua perkataan dan alat muzik ini mempunyai sejarah yang lebih lama dari ini. Tar adalah perkataan Hindi bagi "tali", berasal dari Parsi dan Sanskrit yang lebih kuno serta digunakan dalam pelbagai alat muzik lain termasuklah tar dan sitar.
Evolusi ini merentasi benua dan menghasilkan satu perkataan untuk sebuah alat muzik bagi kebanyakan budaya dan akhirnya disepadukan ke dalam pelbagai bahasa.
Akhirnya, kita semua menyebut "gee-ta" bagi menggambarkan alat muzik enam tali ini.
2. "Kopi"
"Kof-ee", "kahve", dan "kava". Jika anda sebut 3 perkataan ini, hampir semua bahasa memahami bahawa anda menyebut perkataan "kopi".
Ini kerana kebanyakan bahasa meminjam perkataan "kahve" dari Turki yang berdasarkan perkataan Arab lama iaitu "qahua".
Dan perkataan ini tidak jauh berubah sejak ia digunakan. Malah, bahasa Inggeris menggunakan salah satu bentuk yang paling kurang dikenali.
Kebanyakan orang Eropah mengubah "v" kepada "f" tetapi orang Belanda juga mengubah "a" kepada "o". Hal ini membuatkan hanya bahasa-bahasa seperti Inggeris, Jerman dan Afrika dengan bunyi "kofi".
Walaubagaimanapun, kesemua perkataan ini masih terikat dengan perkataan dari Turki. Populariti minuman ini tersebar dengan pantas bersama-sama perkataan ini.
1. "Coklat"
Coklat adalah satu lagi ketgihan yang menjadi tersangat popular di seluruh dunia walaupun namanya kekal tidak berubah.
Perkataan ini berasal dari perkataan Nahuatl xocolatl. Dalam budaya Aztec, biji koko ini digunakan secara meluas sebagai minuman yang dikenali sebagai cacahuatl, yang berasal dari perkataan "cacao".
Orang-orang Sepanyol mencipta istilah "chocolate" dan perkataan ini digunakan oleh kebanyakan bahasa Eropah lain termasuklah bahasa Inggeris.
Sama seperti kopi, betapa cepatnya budaya lain menggunaan perkataan "chocolate" ini membuatkan namanya tidak berubah, dengan "kedai-kedai coklat" tumbuh dengan pantas di Eropah pada abad ke-17 dan awal abad ke-18/
Produk ini menjadi sesuatu yang sangat penting dalam budaya pada ketika itu.
Disebabkan pengaruhnya yang sangat kuat, perkataan "choholate" diubah untuk penggunaan bahasa Melayu, yang masih disebut dengan bunyi yang sama tetapi ejaan yang berbeza.
Rujukan:
2. Mengapa perkataan "Mama" kedengaran serupa bagi kebanyakan bahasa
3. Cluesheet