Pisang adalah antara salah satu buah yang paling popular di dunia. Ia juga sangat sedap dan mempunyai banyak manfaat, kebaikan dan memberi kelebihan pada kesihatan.

Pisang (banana) mengandungi beberapa nutrien penting dan memberikan manfaat dalam pencernaan, kesihatan jantung dan penurunan berat badan.

Selain daripada berkhasiat, ia juga sangat sesuai untuk dijadikan snek kerana mudah untuk didapati dan dimakan. Namun, tak ramai yang tahu akan kebaikan pisang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

iluminasi.com kongsikan 9 fakta dan manfaat pisang yang sangat menakjubkan.

1. Mengandungi banyak nutrien penting

pisang baik untuk kesihatan

Berasal dari Asia Tenggara, ia kini ditanam di banyak bahagian yang panas di seluruh dunia.

Pisang mempunyai pelbagai warna, saiz dan bentuk. Yang paling biasa ditemui adalah Cavendish, sejenis pisang pencuci mulut. Ia berwarna hijau ketika masih muda dan kuning apabila masak.

Pisang mengandungi pelbagai jenis serat dan juga beberapa anti-oksida. Sebiji pisang bersaiz sederhana (118 gram) mengandungi:

  1. Kalium: 9% daripada RDI (pengambilan harian yang disyorkan)
  2. Vitamin B6: 33% daripada RDI
  3. Vitamin C: 11% daripada RDI
  4. Magnesium: 8% daripada RDI
  5. Tembaga: 10% daripada RDI
  6. Manganese: daripada RDI
  7. Jumlah karbohidrat: 24 grams
  8. Serat: 3.1 grams
  9. Protein: 1.3 grams
  10. Lemak: 0.4 grams

Setiap pisang mempunyai 105 kalori dan mengandungi hampir semata-mata air dan karbohidrat. 

Karbohidrat dalam pisang hijau yang muda kebanyakannya terdiri daripada kanji dan kanji tahan, tetapi apabila pisang masak, kanji bertukar kepada gula (glukosa, fruktosa dan sukrosa).

2. Mengandungi nutrisi yang menstabilkan tahap gula dalam darah

monyet makan pisang

Pisang kaya dengan pektin, sejenis serat yang memberikan isi pisang bentuk strukturnya yang lembut. Pisang tak masak mengandungi kanji tahan, yang bertindak seperti serat larut dan terlepas dari pencernaan.

Kedua-dua pektin dan kanji tahan boleh menurunkan kadar gula dalam darah selepas dimakan dan mengurangkan nafsu makan dengan melambatkan pengosongan perut anda 

Tambahan pula, pisang juga berada dalam kategori rendah ke sederhana dalam indeks glisemik (0 hingga 100), ukuran berapa cepat makanan meningkatkan tahap gula dalam darah. 

Nilai indeks glisemik dalam pisang belum masak adalah kira-kira 30, manakala pisang masak berada di kedudukan sekitar 60. Nilai purata semua pisang adalah 51.

Ini bermakna bahawa pisang tidak boleh menyebabkan peningkatan mendadak dalam kadar gula darah bagi individu yang sihat

Walau bagaimanapun, situasi ini mungkin tidak boleh diaplikasikan pada pesakit diabetes jenis 2, yang sepatutnya mengelakkan memakan banyak pisang terlalu masak dan harus memantau gula darah jika memakannya.

3. Meningkatkan kesihatan penghadaman

pelbagai jenis pisang

Serat diet telah dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan, termasuk pencernaan yang lebih baik.

Pisang bersaiz sederhana mempunyai kira-kira 3 gram serat, menjadikan pisang sebagai sumber serat yang sangat baik.

Ia mengandungi dua jenis serat utama iaitu pektin dan kanji tahan. Jumlah pektin semakin berkurangan apabila pisang semakin masak dan kanji tahan pula ditemui dalam pisang muda.

Kanji tahan terlepas dihadamkan dan berakhir di usus besar anda, di mana ia menjadi makanan untuk bakteria bermanfaat dalam usus.

Selain itu, beberapa kajian mencadangkan bahawa pektin boleh membantu melindungi anda daripada mengalamii kanser usus.

4. Bantu turunkan berat badan

makan pisang kuruskan badan

Tiada kajian yang menguji kesan pisang secara langsung terhadap penurunan berat badan. Walau bagaimanapun, pisang mempunyai beberapa sifat yang harus menjadikannya makanan yang mesra dalam pengurangan berat badan.

Sebagai permulaan, pisang merupakan makanan yang mengandungi kalori yang rendah. Walaupun rendah kalori, ia sangat bernutrisi dan mengenyangkan.

Makan lebih banyak serat dari sayur-sayuran dan buah-buahan seperti pisang berkali-kali dikaitkan dengan berat badan yang lebih rendah dan penurunan berat badan.

Malah, pisang tidak masak penuh dengan kanji tahan, jadi ia cenderung untuk mengisi perut dan boleh mengurangkan selera makan anda.

5. Membantu kesihatan jantung

pisang bantu kesihatan jantung

Kalium adalah mineral yang penting untuk kesihatan jantung terutamanya dalam pengawalan tekanan darah.

Dan walaupun ia sangat penting, kebanyakan daripada kita jarang mendapat jumlah kalium yang mencukupi daripada pemakanan. 

Pisang adalah sumber kalium yang tinggi di mana sebiji pisang bersaiz sederhana (118 gram) mengandungi 9% daripada jumlah harian yang disyorkan.

Diet yang kaya dengan kalium boleh membantu menurunkan tekanan darah dan mereka yang makan banyak kalium mempunyai risiko penyakit jantung sebanyak 27% lebih rendah.

Selain itu, pisang mengandungi jumlah magnesium yang agak tinggi, yang juga penting untuk kesihatan jantung.

6. Mengandungi anti-oksida yang hebat

pisang penuh dengan antioksida

Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber antioksida makanan yang sangat baik dan pisang tidak terkecuali.

Ia mengandungi beberapa jenis antioksidan hebat, termasuk dopamin dan katekin .

Antioksidan ini dikaitkan dengan banyak manfaat kesihatan, seperti penurunan risiko penyakit jantung dan penyakit degeneratif.

Walau bagaimanapun, ia adalah salah faham bahawa dopamine dari pisang bertindak sebagai bahan kimia yang baik dalam otak anda. 

Pada hakikatnya, dopamin dari pisang tidak menyeberangi penghalang darah-otak. Ia hanya bertindak sebagai antioksidan yang kuat dan bukannya mengubah hormon atau mood seseorang.

7. Pisang muda meningkatkan kepekaan insulin

pisang muda

Rintangan insulin merupakan faktor risiko utama bagi kebanyakan penyakit yang paling serius di dunia, termasuk diabetes jenis 2.

Beberapa kajian mendedahkan bahawa pengambilan 15 hingga 30 gram kanji tahan setiap hari boleh meningkatkan kepekaan insulin sebanyak 33% hingga 50% dalam hanya 4 minggu.

Pisang tak masak adalah sumber yang sangat baik untuk kanji tahan.

Oleh itu, ia boleh membantu meningkatkan kepekaan insulin. Walau bagaimanapun, sebab kepada kesan ini tidak difahami dengan baik dan tidak semua kajian bersetuju mengenai perkara tersebut.

Lebih banyak kajian perlu dijalankan terhadap hubungan antara pisang dan kepekaan insulin.

8. Membantu kesihatan buah pinggang

ladang pisang

Kalium adalah penting untuk kawalan tekanan darah dan fungsi buah pinggang yang sihat.

Sebagai sumber diet kalium yang baik, pisang mungkin bermanfaat untuk mengekalkan buah pinggang dalam keadaan baik.

Satu kajian selama 13 tahun terhadap wanita menentukan bahawa mereka yang memakan pisang 2 hingga 3 kali seminggu mempunyai kemungkinan menghidap penyakit buah pinggang 33% lebih rendah berbanding yang tidak.

Kajian-kajian lain mencatatkan bahawa individu yang memakan pisang 4 hingga 6 kali seminggu mempunyai risiko 50% lebih rendah untuk mengalami masalah buah pinggang.

9. Beri tenaga untuk bersenam

pisang beri tenaga

Pisang sering dirujuk sebagai makanan yang sempurna untuk atlet, sebahagian besarnya disebabkan kandungan mineralnya dan karbohidrat yang mudah dicerna.

Makan pisang boleh membantu mengurangkan kekejangan dan kesakitan otot yang berkaitan dengan senaman, yang menjejaskan sehingga 95% daripada populasi umum.

Sebahagian besar daripada penyebab kekejangan tidak diketahui, tetapi teori popular adalah menyalahkan gabungan dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit.

Walau bagaimanapun, penyelidikan memberikan hasil yang bercampur-campur tentang pisang dan kekejangan otot.

Walaupun beberapa kajian mendapati pisang membantu dalah hal ini, membantu, namun yang lain tidak melihatkan sebarang kesan.

Dengan itu, boleh disimpulkan bahawa pisang menyediakan nutrisi yang sangat baik sebelum, ketika dan selepas bersenam.

Rujukan:

1. Science Direct

2. Online Library

3. NCBI




Hakcipta iluminasi.com (2017)