paus narwhal miliki gading unik 256

Seperti kebanyakan haiwan yang bergading, ikan paus ini mempunyai kualiti yang sangat megah.

Pada zaman pertengahan, gading yang panjang dan lurus ini sering diberikan kepada keluarga diraja, dianggap sebagai tanduk "unicorn."

Pada abad ke-16, sebilah gading narwhal bernilai RM53,500 telah diberikan kepada Ratu Elizabeth.

Hari ini, narwhal masih menarik perhatian manusia dan gadingnya kekal sebagai salah satu perkara paling misteri tentang haiwan ini.

iluminasi.com kongsikan 6 fakta menakjubkan tentang gading ikan paus narwhal.

1. Ia sebenarnya gigi narwhal

gigi narwhal kelihatan seperti gading

Walaupun ia kelihatan terletak di tengah-tengah kepala narwhals, gading ikan ini sebenarnya adalah gigi depan kiri yang berlebihan yang menonjol dari bibir atas.

Gigi depan kanan narwhals adalah lebih kecil dan biasanya kekal di dalam mulut.

Namun apa yang masih membingungkan adalah walaupun kebanyakan gigi termasuk gigi manusia, mempunyai bahagian luar yang keras dan dalaman yang sensitif, gigi narwhals adalah sebaliknya.

2. Tumbuh panjang dan boleh dibengkokkan

gading ikan narwhal

Gading narwhal tumbuh sepanjang kehidupan haiwan ini dan boleh mencapai panjang yang luar biasa. Setakat ini gading yang paling panjang pernah diketahui pada narwhal adalah sepanjang 3 meter.

Walaupun gading ini secara keseluruhan adalah lurus, namun jika dilihat dengan lebih dekat gading ini sebenarnya berputar ke arah kiri. 

Lapisan teras yang kuat dan lapisan luar yang lembut itu menghasilkan gading yang kuat dan fleksibel. Ia boleh membengkok dengan ketara tanpa patah.

3. Fungsinya masih tidak diketahui dengan jelas

paus narwhal 30

Sejarah mempunyai banyak penjelasan untuk gading narwhal yang menakjubkan ini.

Salah satu teori adalah ia boleh digunakan sebagai senjata, walaupun tuntutan ini tidak mempunyai bukti yang mencukupi.

Satu lagi teori menunjukkan bahawa ia adalah aksesori untuk mencari pasangan dan menegaskan dominasi, seperti bulu merak atau tanduk rusa.

Tetapi teori yang paling baru, yang dihasilkan oleh Martin Nweeia, seorang pengajar klinikal di Harvard School of Medicine dan pasukannya, menunjukkan ia berfungsi sebagai sejenis sensor alam sekitar.

Menurut penyelidikan Martin, gading itu berliang dan penuh dengan saraf, membawa rangsangan luar seperti tekanan air, suhu, dan kemasinan, dan menghantar maklumat kembali ke otak.

Untuk menguji teori ini, Martin memasangkan sejenis "jaket" pada haiwan ini yang melindungi gading narwhal dari faktor persekitaran.

Kemudian, para penyelidik mengepam jaket tersebut penuh dengan sampel air yang berbeza-beza kadar kemasinannya untuk meniru pelbagai jenis ais laut.

Mereka mendapati bahawa tahap kemasinan yang berlainan menyebabkan kadar denyutan jantung narwhal turun naik, menunjukkan bahawa haiwan ini dapat merasakan perubahan dan mempunyai reaksi fizikal terhadapnya.

Tetapi tanpa apa sebab wujudnya gading ini, hasil kajian ini mencadangkan bahawa narwhal boleh menyalurkan air ke dalam gadingnya untuk mengukur kepekatan garamn dalam air laut.

4. Tak semua narwhal mempunyai gading

narwhal tanpa gading

Dalam kalangan haiwan yang memiliki gading, gading wujud pada kedua-dua jantina jantan dan betina.

Bagaimanapun, dalam kalangan haiwan ini, hanya spesis jantan dan kira-kira 15% spesis betina sahaja yang memiliki gading.

Perkara ini sudah tentu membingungkan para penyelidik.

Jika benar dakwaan bahawa gading narwhal adalah satu mekanisme pancaindera alam sekitar, seperti yang dicadangkan oleh kajian terbaru, kenapa sifat evolusi seperti ini tidak diwarisi oleh spesis betina juga?

Ini mungkin memberi lebih banyak bukti kepada teori bahawa gading itu adalah aksesori untuk menarik perhatian dan mewujudkan dominasi di kalangan lelaki.

5. Kulit narwhal kaya dengan vitamin C

kulit narwhal kaya vitamin c

Sebenarnya, jumlah vitamin C yang terkandung dalam 1 gram kulit narwhal adalah sama dengan jumlah vitamin C dalam 1 gram buah oren.

Kulit Narwhal adalah sumber utama vitamin bagi penduduk Inuit di Artik. Menurut BBC, adalah diragukan sama ada Inuit akan bertahan hidup di beberapa bahagian di Artik tanpa kewujudan narwhal.

6. Tiada ikan narwhal yang berada dalam tawanan

paus narwhal2

Tidak seperti saudara dekat haiwan ini iaitu paus beluga, narwhal tidak mampu hidup dalam penawanan.

Pada tahun 1960-an dan 70-an, beberapa cubaan untuk menangkap dan menjaga ikan ini melihatkan semua haiwan ini mati dalam beberapa bulan sahaja.

Malah, semua narwhal yang terkurung dalam tahanan telah mati. Mungkin sesetengah haiwan sememangnya tidak dicipta untuk ditangkap oleh manusia. 

Rujukan:

1. Sport Diver

2. MF

3. World Wild Life



Hakcipta iluminasi.com (2017)