Oleh pada 27 Feb 2018 kategori

Bagi manusia, tempoh kehamilan biasa adalah sekitar 40 minggu. Dan bagi haiwan pula, tempoh kehamilan adalah berbeza-beza. Ada yang memerlukan beberapa minggu dan ada yang mengambil masa bertahun-tahun. 

iluminasi.com ingin berkongsi 8 tempoh kehamilan haiwan yang luar biasa.

1. Gorila

tempoh kehamilan gorila adalah 8 5 minggu

DNA gorilla adalah sangat serupa dengan manusia, iaitu 95 hingga 99% bergantung kepada apa yang diambil kira. Jadi tak hairanlah jika haiwan ini mempunyai tempoh kehamilan yang hampir sama dengan manusia iaitu 8.5 bulan.

2. Gajah

purata tempoh kehamilan gajah hampir 2 tahun

Bagi haiwan yang bertubuh besar, adalah logik bagi seekor gajah untuk hamil bagi tempoh yang lama. Tersangat lama.

Purata tempoh hamil seekor gajah adalah lebih daripada 2 kali ganda tempoh kehamilan manusia iaitu di antara 85 hingga 100 minggu, iaitu hampir 2 tahun (22 bulan).

Ini membuatkan ia sesuatu yang normal bagi gajah betina untuk tidak melahirkan lebih daripada 4 zuriat ketika jangka hayatnya.

3. Zirafah 

purata tempoh kehamilan zirafah antara 14 hingga 15 bulan

Mungkin tempoh kehamilan sebenarnya tidak bergantung kepada saiz tubuh haiwan itu sendiri. Ini kerana zirafah yang bertubuh langsing mempunyai tempoh kehamilan lebih lama daripada badak sumbu, iaitu 14 hingga 15 bulan.

Seekor bayi zirafah boleh mencapai berat 68 kilogram dengan ketinggian 183 sentimeter. 

Dan tahukah anda zirafah melahirkan bayi dalam keadaan berdiri jadi ia adalah normal bagi bayi zirafah untuk jatuh dari ketinggian 6 kaki ketika dilahirkan.

4. Badak air

purata tempoh kehamilan badak air adalah 8 bulan

Walaupun dalam kategori haiwan bertubuh besar, namun tempoh kehamilan badak air idaklah selama berbanding gajah. Malah, tempoh kehamilan badak air lebih singkat berbanding manusia, iaitu 8 bulan. 

5. Tikus

purata tempoh kehamilan tikus di antara 19 hingga 21 hari

Tikus adalah antara haiwan yang paling tidak disukai lebih-lebih lagi jika ia hadir di dalam rumah kita. Bagi haiwan perosak ini, tempoh kehamilannya agak menakutkan iaitu hanya 19 hingga 21 hari.

Malah, ia boleh melahirkan 3 hingga 14 bayi tikus dalam satu-satu masa. Jadi, pastikan rumah anda bebas daripada haiwan ini.

6. Paus pembunuh

purata tempoh kehamilan paus pembunuh adalah 17 bulan

Hampir dua kali ganda tempoh kehamilan manusia, Paus pembunuh mengambil masa 17 bulan untuk melahirkan bayinya. Tak peliklah kalau bayi paus yang baru lahir ini seberat 120 hingga 160 kilogram, dengan panjang 259 sentimeter.

7. Landak

purata tempoh kehamilan landak adalah 16 minggu

Bagi landak, ia mempunyai tempoh kehamilan paling lama dalam keluarga tikus, iaitu 112 hari atau 16 minggu. Namun, bayi landak dilahirkan dengan duri-duri yang lembut, dan ia hanya akan menjadi keras selepas dilahirkan. Jadi ia tidak mencederakan ibu landak ketika melahirkan.

8. Opossum

purata tempoh kehamilan opossum di antara 12 hingga 13 hari

Bagi opossum, haiwan ini mempunyai tempoh kehamilan yang tersangat singkat. Malah, opossum merupakan mamalia dengan tempoh kehamilan paling singkat iaitu 12 hingga 13 hari. Tempoh kehamilan singkat ini masuk akal jika dibandingkan dengan jangka hayat opossum pula di antara 2 hingga 4 tahun.


tags : , , , , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)