samurai dan pedang songsang

Samurai adalah tentera bangsawan dan pegawai kasta zaman pertengahan dan awal zaman moden Jepun. Apabila menyebut tentang samurai, ramai akan membayangkan seorang tentera dengan pakaian besi serta topeng, bersama pedang ikonik iaitu katana.

Namun, sejauh mana anda tahu mengenai samurai, dan terdapat banyak tanggapan yang salah mengenai semurai lebih-lebih lagi oleh dunia Barat.

iluminasi.com ingin kongsikan 8 tanggapan yang salah oleh masyarakat dunia terutamanya dunia barat terhadap pahlawan lagenda Jepun ini.

8. Kemahiran memanah lebih berharga

salah faham mengenai samurai

Samurai selalu dikaitkan dengan katana, iaitu antara senjata paling popular di dunia. Ramai yang beranggapan bahawa lawan pedang menggunakan pedang ikonik adalah salah satu ujian kemahiran yang terhebat.

Ramai juga yang beranggapan bahawa kebanyakan pertarungan samurai adalah menggunakan pedang dan mereka menghargai keupayaan mengalahkan lawan menggunakan pedang, melebihi kemahiran lain.

salah faham mengenai samurai 4

Namun, dalam satu temuramah Olimpik bersama atlet pemanah Jepun, sejarah ini telah terjawab. Kemahiran memanah lebih berharga daripada kemahiran lawan pedang.

Jika difikirkan secara logik, ia masuk akal kerana pertempuran jarak jauh lebih baik daripada jarak dekat. Samurai biasanya menghujani pihak musuh dari jarak jauh dengan anak panah pada sudut yang tepat bagi memastikan ia sampai dan membunuh musuh.

Jadi, kemahiran memanah adalah lebih penting kerana kemahiran bermain pedang menjadi pilihan terakhir jika perang jarak jauh tidak berhasil. Ya, memang samurai mempunyai banyak kemahiran tetapi mampu menyerang dari jarak jauh jauh lebih penting.

7. Kod Bushido

salah faham mengenai samurai 2

Sejarah Kod Bushido yang kompleks dan sentiasa berubah-rubah sukar untuk dijelaskan walaupun dalam satu artikel panjang. Namun, dari segi konsep, terdapat tanggapan salah yang jelas harus diperjelaskan.

Kod ini telah dimitoskan saban tahun dan diputarbelitkan untuk beberapa tujuan tertentu yang membuatkan ramai orang terutamanya di barat keliru dengan gambaran sebenar apa maksud bushido.

Walaupun maklumat terperinci mengenainya tidak benar-benar diketahui tetapi ramai yang mempercayai kod sebenar adalah lebih kepada ketenteraan dan mempunyai prinsip mulia, bukan seperti apa yang dipropagandakan oleh media barat.

salah faham mengenai samurai 5

Dunia Barat mengetahui tentang Bushido melalui sebuah buku awal abad ke-18 yang jelas ditulis dengan cara yang menarik oleh falsafah barat. Kekeliruan ini juga menyebabkan mereka yang tinggal di Jepun sukar untuk memahami apa sebenarnya Bushido. 

Malah orang Jepun sendiri tak tahu gambaran sepenuhnya disebabkan oleh perubahan kod ini dengan kerap. Sebagai contoh, ia disemak semula daripada idea asli iaitu daripada setia kepada tuhan menjadi setia kepada Maharaja, dan kemudiannya menjadi setia kepada negara Jepun.

Ia juga dipercayai telah diubah beberapa kali sepanjang sejarah Jepun oleh pemerintah dan pemimpin bagi memudahkan mereka. Bushido kerap kali dijadikan alat propaganda untuk mengawal tingkah laku samurai dan mengawal mitos terhadap samurai dalam fikiran orang ramai.

6. Senjata yang digunakan samurai purba

salah faham mengenai samurai 3

Ramai yang membayangkan apabila samurai bertarung di medan perang mereka akan menghunuskan katana dan membunuh musuh. Ia sudah jelas bahawa samurai akan mulakan pertarungan menggunakan busur dan panah, dan apabila ia gagal berhasil, anda akan fikir katana akan digunakan.

Tapi sebenarnya dalam pertarungan sebenar, sama seperti peperangan bersejarah Eropah, apabila harus berhadapan dengan musuh yang ramai dalam perang yang huru-hara, senjata yang berbentuk seperti tombak digunakan di barisan hadapan serangan dan pertahanan.

Jepun purba menggunakan senjata yang merupakan gabungan pedang dan tombak besar. 

Walaupun bilah pisaunya lebih kecil daripada pedang namun hujung lembing ini lebih besar memberikan kemampuan untuk melibas dan menangkis lebih daripada lembing biasa serta sesuai untuk serangan rejaman.

5. Samurai juga menggunakan senapang

salah faham mengenai samurai 7

Jika anda agak terkejut mengenai fakta bahawa samurai lebih banyak menggunakan panah dan lembing berbanding pedang katana, anda pasti tak percaya mereka juga menggunakan senjata yang agak berteknologi tinggi ini.

Ini disebabkan penggunaan senapang tidak dipercayai tidak sesuai dengan zaman tersebut. Namun, orang zaman dulu sudah mula bereksperimen dengan senapang beratus-ratus tahun sebelum ia popular dan menjadi kelaziman seperti zaman sekarang, termasuklah Jepun.

salah faham mengenai samurai 6

Senapang diperkenalkan di Jepun di pertengahan abad ke-15 dan mula bereksperimen dengan senapang flintlock dikenali sebagai Tanegashima. Walaupun ia tidaklah secanggih mana ketika itu namun Jepun mahu kelihatan hebat dan cuba menggunakannya.

Mereka menghasilkan lebih kurang 300,000 senapang ini dalam beberapa dekad selepas ia diperkenalkan. Ia menjadi penentu kepada banyak perang dan sebagai senjata yang penting.

4. Samurai ditugaskan untuk mengutip cukai

salah faham mengenai samurai 01

Kami sudah jelaskan tak kiralah sama ada kerajaan moden atau kerajaan maharaja serta pelbagai sistem feudal, semuanya telah menggubah semula kod Bushido, falsafah dan kewujudan samurai seperti yang mereka inginkan untuk tujuan tertentu.

Di ketika anda beranggapan tujuan penggubahan kod tersebut dilakukan untuk menghantar samurai ke medan perang, namun ia bukanlah seperti yang anda fikirkan. Sebelum menjadi samurai, mereka sebenarnya lahir sebagai individu berpangkat tinggu yang mulia di Jepun.

salah faham mengenai samurai 0

Ia adalah perkara normal mereka ini memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Walaupun bukan semua samurai adalah pemungut cukai namun boleh dikatakan sebahagian besar pemungut cukai berasal dari kelas samurai.

Ahli-ahli sejarah berpendapat antara salah satu sebab pemerintah Jepun bekerja keras untuk menjadikan samurai sebagai hero mitologi di mata masyarakat adalah untuk memudahkan kerja mereka seperti mengutip cukai tanpa berhadapan dengan tentangan daripada rakyat jelata.

Walaupun tidak semua samurai adalah pemungut cukai, boleh dikatakan bahawa majoriti besar, jika tidak semua pemungut cukai, akan berasal dari kelas samurai.

3. Samurai tidak suka mengendalikan wang

salah faham mengenai samurai 02

Setiap pasangan berkahwin mempunyai masalah termasuklah berkenaan siapa yang harus menentukan perbelanjaan. Biasanya sesiapa yang menyumbangkan dari segi kewangan dengan jumlah lebih banyak tak kiralah suami atau isteri, mereka akan mempunyai hak membuat keputusan yang lebih. 

Pertikaian ini tak pernah berakhir dengan baik kerana pasangan yang menyumbang lebih sedikit akan berkata mereka menyumbangkan dalam bentuk lain seperti tenaga dan sebagainya menjadikan hubungan tersebut adil.

Dan bagi samurai, pertikaian perihal kewangan adalah antara satu perkara yang mereka tak mahu hadapi bersama isteri mereka. Malah, mereka tak mahu langsung berurusan dengan wang ringgit dan memberikan tugas ini kepada isteri mereka.

Walaupun ia agak pelik, ia berkemungkinan besar mempunyai alasan yang praktikal iaitu mereka percaya mereka tak mempunyai masa mengendalikan hal kewangan disebabkan oleh tugasan lain yang lebih penting.

2. Samurai berlatih kemahiran bertarung "1 lawan 1" tapi jarang digunakan 

salah faham mengenai samuraii

Agak penting untuk membincangkan mengenai bagaimana samurai bertempur secara berhadapan tanpa menggunakan senjata untuk mengetahui dengan lebih lanjut bagaimana mereka bertarung sebagai seorang pahlawan.

Kini eksport paling popular dari Jepun selain anime dan manga adalah pelbagai jenis seni mempertahankan diri yang dihasilkan saban tahun. Mungkin disebabkan Barat yang sangat terpesona dengan seni mempertahnkan diri kita terlupa bahawa pertarungan satu lawan satu langsung tidak ditekankan dalam budaya Jepun yang mana kita percaya selama ini.

Jepun sendiri mempercayai bahawa menggunakan senjata adalah lebih mudah dan cepat serta kurang risiko berbanding bertempur menggunakan kemahiran seni mempertahankan diri. Namun masih ramai yang membayangkan samurai mempunyai kemahiran ini yang sangat hebat.

1. Permusuhan antara Ninja dan Samurai adalah tidak tepat

salah faham mengenai samurai 04

Bila disebutkan ninja, pasti anda terbayang individu yang berbalut dengan pakai hitam dan hanya mata mereka sahaja yang kelihatan disebalik topeng. Ada juga yang membayangkan seorang pembunuh yang menyelinap masuk ke dalam istana yang dikawal pada waktu malam dan membunuh pegawai berjawatan tinggi dengan pisau atau racun.

Gambaran ini adalah tidak tepat dan memberikan idea kepada orang ramai bahawa ninja adalah bertentangan dengan samurai. Ninja selalunya dianggap sebagai kelas bawahan dan juga sebagai musuh samurai. 

salah faham mengenai samurai 03

Namun, hakikat sebenar adalah ninja merupakan sebagahagian daripada samurai. Ninja biasanya dilatih daripada keluarga kelas atasan dan biasanya untuk ciri-ciri yang sangat spesifik kerana ia merupakan gaya pahlawan yang khusus.

salah faham mengenai samurai 9

Ninja sangat jarang memakai pakaian berwarna hitam dan biasanya menyesuaikan diri dengan persekitaran bagi mengintip penempatan musuh atau berpura-pura menjadi sebahagian daripada pihak musuh untuk tempoh beberapa tahun.

Pendek kata, ninja bukanlah kumpulan istimewa yang berjuang di sebalik bayang-bayang menentang samurai tetapi satu cabang ketenteraan. 


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)