Oleh pada 09 Mar 2017 kategori

Bila kita bercakap tentang Asia, selalunya benda pertama yang terlintas di kepala adalah budaya, agama dan alam semulajadi. Tapi tahukah anda, Asia juga mempunyai taman tema dan taman hiburan yang gah dan boleh dibanggakan? Berikut kami pilih 8 daripada senarai taman hiburan terbaik di rantau Asia bagi tahun 2016 menurut laman web TripAdvisor:

#1 Universal Studios Singapore

Kalau berkunjung ke Singapura, anda mesti datang ke taman tema Universal Studios Singapore (USS) ini! Kebiasaannya pengunjung sudah beratur panjang walaupun taman tema belum dibuka. Jadi, anda disarankan untuk membeli tiket masuk secara online untuk mengelakkan daripada membuang masa. Anda juga boleh membeli Pas Ekspres untuk menaiki setiap tarikan yang ada tanpa perlu beratur.

uss singapore

USS merupakan satu-satunya taman tema Universal Studios yang mempunyai roller coaster dengan trek berpasangan iaitu Battlestar Galactica yang tertinggi di dunia.

battlestar galactica universal studios singapore uss

#2 Hong Kong Disneyland

hong kong disneyland toy story

Udara yang sejuk di Hong Kong sering menjadikan perjalanan menaiki rides di Disneyland suatu pengalaman yang menyamankan. Jika anda ingin berkunjung ke sini, elakkan hujung minggu kerana dikhuatiri keadaan mungkin sesak. Anak-anak pasti gembira apabila bertemu karakter-karakter Disney yang terkenal seperti Mickey Mouse dan rakan-rakan serta karakter daripada animasi Toy Story.

anda boleh bertukar menjadi iron man di disneyland hong kong

Mulai tahun ini, Disneyland Hong Kong akan mula menambahbaik bilangan tarikan yang terdapat di sini. Terbaru, penambahan tarikan daripada karakter Marvel iaitu Iron Man telah membuatkan ramai pengunjung teruja!

#3 Ocean Park, Hong Kong

ocean park hong kong

Di sini anda boleh belajar sambil berhibur bersama-sama anak tentang habitat flora dan fauna di samping berseronok menaiki segala rides yang ada. Ia seolah-olah sebuah zoo yang sangat besar namun mempunyai tarikan yang tersendiri. Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan menarik ikan lumba-lumba dan akuarium.

naik roller coaster dengan pandangan menakjubkan di ocean park hong kong

Anda juga boleh menaiki roller coaster dan menikmati pemandangan Hong Kong yang sungguh menakjubkan. Jangan tutup mata!

#4 Tokyo DisneySea

Tokyo DisneySea adalah unik berbanding taman tema Disney yang lain kerana ia membawa anda masuk ke satu dunia ajaib yang lain melalui lautan. Namun taman hiburan ini adalah sangat sesak terutama sekali pada hujung minggu. Jika anda ingin datang, sila beratur siap-siap sebelum waktu operasi bermula!

jumpin jellyfish disneysea tokyo

Taman tema ini dikatakan yang tercantik dengan hasil seni bina dan pemerincian berwarna-warni di setiap sudut. Oh ya, jangan lepaskan peluang bawa anak menaiki gondola di sini dan juga berjumpa dengan karakter Ariel si Ikan Duyung! 

venice di tokyo disneysea

#5 Universal Studios Japan

hogwarts di usj universal studios japan osaka

Taman tema ini terkenal dengan tarikan Harry Porter dan istana Hogwarts. Anda boleh beli jubah dan tongkat sakti Harry Potter sebagai cenderamata kenangan untuk dibawa pulang.

takut dengan ikan jerung di usj osaka

Semua tarikan dan rides di sini juga pasti akan membuatkan anda rasa berbaloi datang!

#6 Tokyo Disneyland

Tokyo Disneyland merupakan taman tema Disney yang pertama dibina di luar Amerika Syarikat. Taman hiburan yang telah mula beroperasi sejak tahun 1983 ini menempatkan pelbagai karakter menarik Disney beserta puluhan rides yang boleh 'mencabut' jantung anda buat beberapa ketika.

snow white di tokyo disneyland

Sekiranya anda punya bajet lebih, bolehlah menginap di hotel bersebelahan sahaja untuk pengalaman yang lebih seronok di sini.

tokyo disneyland hotel

#7 Everland, Korea Selatan

Salah satu taman tema terkenal di Korea Selatan, Everland merupakan satu tarikan pelancong yang mesti dikunjungi sekiranya anda melawat negara ini. Ia sesuai untuk semua peringkat umur tidak kira anak kecil mahupun orang dewasa, pasti semua terhibur apabila datang ke Everland.

pergilah ke everland resort mana tahu boleh jumpa oppa till jannah

Di sini juga terdapat safari dan pertunjukan haiwan seperti anjing laut dan panda. Taman ini yang dibina atas tapak seluas 247 ekar memang tak akan boleh dihabiskan dalam masa satu hari. Dan kalau anda berani, bolehlah menaiki roller coaster dengan trek kayu ini. Nampak ngeri tapi setakat ni selamat. Hehe.

naik roller coaster kayu di everland korea selatan

#8 Legoland, Malaysia

legoland malaysia

Kalau pergi Johor, memang seronok sebab ada banyak tempat menarik untuk bawa anak-anak. Legoland Malaysia mula dibuka pada tahun 2012 dan pada tahun berikutnya, taman tema air bersebelahan pula dibuka kepada orang awam. Ha, ada dua taman tema terus sekaligus. Kalau nak datang sini, seelok-eloknya beli pas untuk dua hari kerana satu hari memang tak puas.

ride di legoland boleh dinaiki oleh anak kecil sesuai untuk semua peringkat umur

Seperti biasa, kalau dah sebut Lego, mestilah seluruh taman berkonsepkan permainan Lego. Apabila anda mula-mula masuk, anda akan melalui tarikan bangunan-bangunan replika seluruh dunia yang dibina menggunakan Lego. Nampak real sangat!

lego duplo untuk anak anak kecil 91

Kemudian jangan lepaskan peluang menaiki semua rides dan buat pelbagai aktiviti yang ada di Lego Duplo!

Anda dah pergi taman tema yang mana satu?


tags : , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)