Pada masa kini, sudah ratusan taman tema yang dibina di seluruh dunia. Di Malaysia juga, kita mempunyai beberapa taman tema antaranya Legoland di Johor dan Genting Skyworld Theme Park di Genting.

Pernahkah anda tertanya-tanya dimanakah taman tema paling awal di dunia? Disneyland yang cukup popular dibuka pada tahun 1966, bermakna ia hanyalah berusia sekitar 67 tahun. Namun, jangan terkejut ada taman tema dalam senarai ini yang sudah berusia ratusan tahun.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Hampir semua taman hiburan ini bermula sebagai tanah persendirian yang dibuka kepada orang ramai untuk berkelah, berkhemah dan hiburan. Hari ini, beberapa taman tema kekal sebagai tarikan pelancong yang popular untuk sejarah mereka serta beberapa roller coaster terbaik dan tertua di dunia.

5. Taman tema Hanayashiki, Tokyo - 1853

taman tema hanayashiki tokyo 1853

Taman hiburan Hanayashiki adalah yang tertua di Jepun dan yang kelima tertua di dunia. Taman kecil ini dibuka pada tahun 1853 sebagai taman bunga apabila Commodore Tentera Laut AS, Matthew Calbraith Perry, melawat negara itu pada penghujung zaman Edo.

Peralatan permainan pertama dipasang di taman tema pada tahun 1872. Selama bertahun-tahun taman ini mempunyai beberapa tarikan haiwan termasuk kelahiran kembar lima harimau pada tahun 1923 serta singa pertama yang dilahirkan di Jepun pada tahun 1931.

Satu-satunya roller coaster Hanayashiki dibuka pada tahun 1953 dan masih beroperasi sehingga ke hari ini. Tarikan paling popular di taman ini ialah Sekolah Ninjanya yang menganjurkan kursus latihan Ninja selama satu jam yang menampilkan permainan pedang, teknik melarikan diri dan seni mempertahankan diri.

4. Taman tema Lake Compounce - 1846

taman tema hiburan lake compounce 1846

Kredit gambar : LakeCompounce

Lake Compounce ialah taman hiburan tertua di Amerika Syarikat dan yang keempat tertua di dunia. Sejarah taman ini bermula pada 6 Oktober 1846, apabila seorang saintis tempatan bernama Samuel Botsford meyakinkan pemilik hartanah ini, Gad Norton, untuk membenarkannya menjalankan eksperimen berkaitan elektrik. 

Acara itu menarik orang ramai, sehinggakan Norton mendapat inspirasi untuk membuka taman itu secara rasmi kepada orang ramai. Lake Compounce pada mulanya digunakan untuk berkelah dan barbeku  bersama keluarga dan tarikan pertama telah ditambah pada tahun 1848.

Dari 1986 - 1996, taman ini mengalam banyak kerosakan dan tidak lagi menarik orang ramai. Selepas pemilikan baharu dan pengubahsuaian besar-besaran pada akhir 1990-an, taman ini bangkit semula dan masih popular sehingga kini.

3. Taman tema Tivoli Gardens - 1843

taman tema tivoli gardens 1843

Kredit gambar : NYTimes

Taman ini dibuka pada 15 Ogos 1843 oleh Georg Carstensen selepas mendapat kelulusan daripada Raja Christian VIII. Pengarang kisah dongeng terkenal, Hans Christian Andersen, adalah salah seorang tetamu pertama taman itu — keindahan taman taman itu memberi inspirasi kepada Andersen untuk menulis kisah "Nightingale".

Taman Tivoli menjadi sangat terkenal di seluruh dunia sehingga Walt Disney melawat taman itu beberapa kali untuk mendapatkan inspirasi sebelum membuka Disneyland pada tahun 1955.

Tarikan Tivoli yang paling terkenal ialah Rutschebanen (juga dipanggil Bjergbanen), roller coaster kayu yang beroperasi sejak 1914, menjadikannya salah satu roller coaster kayu tertua di dunia.

2. Taman tema Wurstelprater - 1766

sejarah taman tema

Wurstelprater, biasanya dipendekkan kepada "Prater", ialah taman hiburan kedua tertua di dunia. Sebelum dibuka kepada orang ramai pada tahun 1766, taman ini berfungsi sebagai kawasan perburuan Empayar Austria.

Tidak lama selepas Maharaja Josef II menjadikan kawasan itu sebagai ruang awam, bar snek dan restoran mula muncul, menetapkan asas untuk taman hiburan hari ini. Sekitar tahun 1895, teater dan "Venice in Vienna" telah dibina.

Semasa Perang Dunia II bahagian Prater dan kawasan sekitarnya telah rosak dan taman ini telah dibina semula dengan bantuan pihak swasta. Hari ini, tarikan paling popular di taman ini ialah Wiener Riesenrad, sebuah "Ferris wheel", yang telah menjadi salah satu pemandangan paling terkenal di Vienna.

1. Taman tema Bakken (Dyrehavsbakken) - 1583

taman tema bakken dyrehavsbakken dulu dulu 1583

Taman tema Bakken dulu-dulu. Kredit VintageNews

taman tema bakken dyrehavsbakken terkini 2022

Taman tema Bakken Kini. Kredit EuroTGuide

Dyrehavsbakken (“Bukit Taman Haiwan”), biasanya dikenali sebagai Bakken (“Bukit”), ialah taman hiburan tertua di dunia menurut Rekod Dunia Guinness. Bakken mula dibuka sekitar 1583 selepas Kristen Pill menemui mata air semula jadi yang kini dikenali sebagai Jægersborg Dyrehave atau Dyrehaven.

Pada masa itu, kualiti air di Copenhagen yang berhampiran adalah teruk dan sumber mata air di kawasan ini menarik ramai orang. Akhirnya, penghibur mula membuat persembahan untuk pelawat ketika musim bunga dan taman hiburan ini telah berkembang secara semula jadi.

Taman awal ini berada di kawasan perburuan diraja dan tidak dibuka kepada orang ramai sehingga 1756. Tarikan paling popular di taman ini ialah Rutschebanen, sebuah roller coaster kayu yang dibuka sejak 1932.

Kredit:

  1. Guinness World Record
  2. Praterwein
  3. The Culture Trip
  4. Reader's Digest



Hakcipta iluminasi.com (2017)