Tidak dapat dinafikan bahawa industri minyak dan gas adalah antara industri yang paling menguntungkan dan dalam beberapa dekad yang lalu.

Perubahan harga minyak yang tidak menentu memberikan risiko yang tinggi, namun banyak syarikat mampu memanfaatkan ketidaktentuan ini.

Antara perkara yang terpenting dalam industri ini termasuklah nilai jenama, yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Iluminasi.com kongsikan 8 syarikat minyak dan gas paling bernilai di dunia tahun 2019.

8. Petronas 

stesen minyak petronas petrol pump 252

Jenama ASEAN yang paling berharga dalam kedudukan Jenama Kewangan Minyak & Gas 50 terbaik dunia, dan satu-satunya jenama bukan China dari Asia dalam senarai 10 teratas, Petronas menunjukkan peningkatan memberangsangkan dengan naik satu anak tangga berbanding tahun lepas.

Petronas menambah RM3.7 bilion dalam nilai jenama berbanding tahun yang merangkumi 9%, kepada RM47.1 bilion.

Petronas melalui tahun 2017 dengan kukuh, didorong oleh kenaikan harga minyak serta peningkatan kecekapan.

Dalam industri yang bergantung kepada perubahan harga komoditi seperti minyak dan gas, mengekalkan kos yang terkawal dan meningkatkan produktiviti dapat memberikan kelebihan yang sangat besar kepada sesuatu jenama.

7. ExxonMobil

exxonmobil 423

Satu lagi syarikat minyak dan gas Amerika Syarikat yang mengalami penurunan dalam nilai jenama, ExxonMobil jatuh dari kedudukan ke-5.

Lebih buruk, ia adalah syarikat yang mencatatkan kemerosotan tertinggi iaitu penurunan nilai jenama sebanyak 33%, daripada RM85 bilion kepada RM54.5 bilion.

Ia disebabkan oleh kejatuhan ramalan pendapatan dan pengurangan penilaian rizab minyak yang boleh diperolehi semula pada tahun lepas.

Ini diburukkan lagi dengan laporan kewangan syarikat tahun lepas yang merekodkan pendapatan paling rendah dalam tempoh 20 tahun

6. Chevron

chevron

Chevron Corporation adalah syarikat tenaga multinasional Amerika.

Salah satu syarikat pengganti Standard Oil, ia beribu pejabat di San Ramon, California, dan aktif di lebih daripada 180 buah negara.

Kedudukan Chevron dalam nilai jenama agak teruk dengan merosot sebanyak 18% kepada RM74.2, penurunan sebanyak RM16.2 bilion berbanding tahun sebelumnya.

Ketidaktentuan dalam industri minyak dan gas membuatkan jenama besar Amerika Syarikat ini terkeluar dari kedudukan 5 terbaik dunia buat kali pertama, digantikan oleh syarikat China dan Eropah.

5. BP

bp

BP adalah syarikat minyak dan gas multinasional British yang beribu pejabat di London, United Kingdom.

Ia adalah salah satu daripada tujuh kuasa besar minyak dan gas di dunia.

Kedudukan BP dalam penilaian jenama meningkat dari ke-6 kepada ke-5 dunia, dengan lonjakan sebanyak 13%.

Ransangan itu menaikkan nilai jenama BP kepada RM80.3 bilion, berbanding RM77.3 bilion pada tahun sebelumnya.

4. Total

total

Jenama dari Perancis ini menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam nilai jenama iaitu sebanyak 13% kepada RM86 bilion.

Ia membolehkan Total melonjak naik ke kedudukan ke-4 dunia berbanding ke-7 pada tahun sebelumnya.

Nilai keseluruhan Total meningkat sebahagian besarnya disebabkan oleh kejayaan bahagian eksplorasi dan pengeluarannya, yang meningkatkan pendapatan bersih sebanyak 86%.

3. Sinopec

sinopec 499

Syarikat induk Sinopec Limited iaitu Sinopec griuo adalah syarikat pengilangan minyak, gas dan petrokimia terbesar di dunia, yang beribu pejabat di Daerah Chaoyang, Beijing. 

Ia berada di kedudukan ke-2 dunia pada tahun 2018, namun mengalami kemerosotan sebanyak 20% dalam nilai jenama, turun kepada RM96.7 bilion pada tahun 2019.

Ini disumbangkan oleh kekuatan jenama yang semakin menjunam, daripada AA+ kepada AA.

2. PetroChina

petrochina

PetroChina yang mencatatkan peningkatan nilai jenama sebanyak 7% kepada RM127.8 bilion, melonjak satu kedudukan ke tempat kedua.

PetroChina mengatasi satu lagi jenama dari China iaitu Sinopec.

PetroChina Company Limited adalah syarikat minyak dan gas China dan merupakan syarikat tersenarai milik China National Petroleum Corporation.

Ia yang beribu pejabat di Daerah Dongcheng, Beijing, serta merupakan pengeluar minyak terbesar kedua di China.

1. Shell

shell

Shell kekal sebagai jenama minyak dan gas yang paling bernilai di dunia dengan nilainya meningkat 7% berbanding tahun lalu kepada RM161.4 bilion, menurut laporan Brand Finance.

Peningkatan nilai jenama sebanyak 7% ini didorong terutamanya oleh kenaikan harga minyak, menyebabkan peningkatan ramalan pendapatan dan oleh itu, nilai jenama yang lebih tinggi.

Kejayaan ini juga meletakkan Shell di tangga ke-23 dalam senarai jenama paling bernilai dari semua industri.

.




Hakcipta iluminasi.com (2017)