Jenis pengambilan makanan adalah antara faktor terpenting dalam menentukan sama ada seseorang itu kelihatan lebih muda atau lebih tua daripada usianya.
Tak kiralah berapa kerap anda bersenam sekalipun, anda akan kelihatan lebih tua daripada usia jika anda tidak mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang.
Di zaman moden ini, terdapat terlalu banyak makanan yang sangat tidak sihat yang menjurus kepada penuaan yang cepat.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 8 makanan yang mempercepatkan penuaan dan buatkan anda kelihatan lebih tua daripada usia.
1. Gula memusnahkan protein dan lipid
Gula bertanggungjawab menaikkan berat badan, menghasilkan kedutan, membuat kulit anda kendur dan membahayakan kesihatan anda secara umum.
Makan terlalu banyak gula akan memulakan proses yang disebut glikasi di mana apabila anda memakan banyak gula yang anda boleh proses akan membuatkan glikos terikat pada protein dan lipid.
Proses ini merosakkan kolagen kulit anda kerana protein ini bertanggungjawab ke atas ketegangan kulit, sekaligus menggalakkan perkembangan kedutan.
2. Lemak trans melemahkan aliran darah ke kulit
Lemak trans boleh ditemui dalam makanan segera, makanan yang digoreng (deep fried), marjerin, makanan ringan dan macam-macam lagi.
Bukan sahaja makanan ini meningkatkan risiko penyakit jantung, tetapi juga mengeraskan arteri atau menyekat pembuluh darah.
Ini akan melemahkan aliran darah ke kulit dan menyebabkan penuaan serta kedutan pramatang.
Jangan percaya pada paket dengan label yang mengatakan, "Tiada lemak trans" kerana produk di dalam mungkin masih mengandungi lemak trans.
3. Alkohol membina toksin
Minum alkohol secara kerap akan menjejaskan hati anda. Apabila hati anda berfungsi dengan baik, toksin dikeluarkan secara semulajadi melalui badan anda.
Tetapi jika toksin ini terbina di dalam hati anda dan tidak dipecahkan dengan betul, ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit anda, seperti jerawat, warna kulit pudar dan kedutan, kehilangan kolagen, hilang keanjalan, kemerahan, dehidrasi dan bengkak.
4. Pengambilan lemak sihat yang kurang
Tak semua lemak yang menjejaskan kesihatan. Lemak sihat atau lemak baik adalah penting untuk kesihatan anda dan keremajaan kulit anda.
Antara kelebihan lemak baik adalah ia mengurangkan keradangan pada kulit, menggalakkan pertumbuhan rambut dan membina membran yang kuat yang mengurangkan kehilangan air dalam sel kulit.
Berikut adalah contoh makanan yang mengandungi lemak sihat yang perlu diambil bagi mengekalkan kulit yang sihat:
- Salmon
- Biji Chia
- Alpukat
- Badam
- Germa Gandum
- Sayuran berdaun hijau gelap
- Kekacang
- Minyak kelapa
- Telur Omega 3
5. Garam mengekalkan air berlebihan dalam badan
Garam yang berlebihan boleh didapati dalam banyak produk popular seperti keju, pizza pepperoni, kerepek, keropok, bijirin dan macam-macam lagi.
Garam menyebabkan tubuh mengekalkan air dan membawa kepada rupa "bengkak".
Ia juga menyebabkan sel-sel mengecut dan menyebabkan berlakunya dehidrasi. Air yang tidak mencukupi membuatkan kulit berkedut, mengakibatkan penuaan yang cepat.
6. Daging yang diproses menyebabkan dehidrasi
Makanan atau daging yang diproses sangat menjadi kegilaan kebanyakan orang, seperti sosej, burger, nugget dan sebagainya, yang mana mengandungi garam yang tinggi dan pengawet.
Pengambilan daging yang diproses menyebabkan dehidrasi dan mencetuskan keradangan. Selain itu, produk ini mengurangkan vitamin C dalam badan, yang penting untuk pembentukan kolagen.
Cuba untuk tukar daging yang diproses dengan ayam atau daging segar.
Sekiranya ia terlalu sukar untuk anda mengelak daripada makanan sebegini, cuba untuk kurangkan dan tambahkan sayuran dalam hidangan.
7. Kentang goreng menyerap mineral penting dari badan
Siapa yang tak sukakan kentang goreng kan? Kentang hampir serta-merta dipecahkan menjadi gula apabila masuk ke dalam badan kita.
Makanan yang digoreng dalam minyak pada suhu tinggi melepaskan radikal bebas dan ini menyebabkan kerosakan sel pada kulit.
Jika anda ingin menikmati kentang anda dengan cara yang paling tidak berbahaya, cuba untuk memanggang kentang anda.
8. Kopi dan minuman berkafein buat kulit anda kering
Kafein adalah diuretik, yang membuatkan anda mengeluarkan cecair dan menghasilkan kelembapan dalam badan anda.
Dan apabila ini berlaku, ia menjadikan kulit anda kelihatan kering dan rapuh.
Namun, ada penyelesaian jika anda seorang yang gemarkan kopi. Tambah satu gelas air untuk setiap cawan kopi yang anda minum.