Para saintis mendakwa bahawa tubuh kita mensintesiskan kira-kira 100 hormon dan 6 daripadanya adalah penting untuk kecantikan wanita.

Hormon-hormon ini menyumbang kepada keanjalan kulit, mengekalkan keremajaan dan juga menyumbang kepada mood yang baik.

Walau bagaimanapun, disebabkan sebab-sebab yang tidak diketahui, kadang-kadang badan kita gagal berfungsi dengan baik, tahap hormon menurun dan kelihatan tua daripada umur.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Berita baiknya ialah terdapat kaedah yang boleh dipercayai untuk memulihkan keseimbangan hormon-hormon ini. 

1. Estrogen

estrogen

Estrogen menyebabkan sel fibroblast menghasilkan kolagen dan elastin. Apabila tahap hormon ini berkurangan, kedutan berlaku, bujur muka menjadi tidak sekata dan payudara menjadi kendur.

Walau bagaimanapun, ia bukan sahaja menjejaskan kulit, malah semakin rendah tahap estrogen, lebih cepat tubuh menjadi letih.

Cara untuk meningkatkan kadar hormon estrogen dalam badan antaranya adalah melalui pemakanan. 

Tahu berasaskan soya, susu soya, nasi perang, biji rami, sayuran segar dan buah-buahan boleh membantu.

Para saintis mendakwa bahawa produk daging mengganggu pengeluaran estrogen, jadi adalah lebih baik untuk kurangkann pengambilan protein haiwan.

Cara kedua adalah melalui kosmetik, secara khususnya menggunakan krim yang mengandungi phytoestrogens.

Sebagai contoh, serum dan krim dengan akar licorice melawan penuaan kerana ia mengandungi liquiritigenin, sejenis antioksidan yang merangsang pengeluaran kolagen.

2. Hormon tumbesaran (somatotropin)

somatotropin

Orang ramai cenderung mendapat somatopause apabila usia meningkat, satu keadaan apabila tahap hormon tumbesaran dalam darah mula menurun.

Apabila tahap somatotropin berkurang, otot badan akan menurun sementara lemak dan kedutan mula muncul dalam jumlah yang berlebihan, mood semakin merosot dan ketahanan berkurangan.

Selebriti Hollywood sering menyuntik hormon tumbesaran, bagaimanapun, kaedah ini mempunyai banyak kesan sampingan yang tidak menyenangkan seperti bengkak, sakit kepala dan bahkan pertumbuhan tulang dan organ dalaman yang tidak terkawal.

Cara untuk meningkatkan hormon tumbesaran secara semulajadi adalah dengan melakukan aktiviti fizikal. Senaman seperti berjalan atau berlari, ditambah dengan senaman rintangan adalah cara yang terbaik. 

3. DHEA (dehydroepiandrosterone)

dhea

DHEA adalah hormon yang mempunyai kesan menenangkan dan anti-penuaan. Tetapi tubuh kita hanya mengeluarkannya sehingga umur 30 tahun.

Selepas itu, tona otot akan berkurangan dan kulit hilang keanjalannya.

Dengan menambahkan lemak sihat dalam diet anda boleh meningkatkan hormon ini kerana badan kita menghasilkan DHEA melaluinya.

Kekacang, ikan berlemak dan alpukat mengandungi asid lemak politaktepu yang penting.

Selain itu, masukkan protein dalam sarapan anda kerana ia membantu melawan mood tidak baik dan menstabilkan sistem saraf di permulaan hari.

4. Melatonin

melatonin

Melatonin mengawal irama harian kita. Dalam erti kata lain, ia memberitahu badan bahawa ia adalah masa untuk berehat.

Semua proses pembaharuan sel berlaku semasa tidur dan jika ia terganggu, orang akan menua dengan lebih awal.

Kekurangan melatonin menyebabkan kemunculan kedutan, keguguran rambut dan pembentukan bintik-bintik pigmen.

Makanan seperti pisang, tomato, nasi dan jagung mengandungi melatonin.

Manakala alkohol, merokok dan kafein adalah sebaliknya, dan apabila ia dilakukan, penghasilan hormon ini terhenti.

Sesetengah ubat seperti beta blocker, hypnotics, dan anti-radang mempunyai kesan yang sama.

5. Kortisol

kortisol

Tahap hormon stress iaitu kortisol menyebabkan penuaan pramatang.

Bergantung pada jenis kulit, kesan negatif kortisol dapat dilihat dengan cara yang berbeza bermula dari warna wajah yang kelabu, kering dan kulit mengelupas sehinggalah kepada kedutan kedut dan minyak serta jerawat.

Hormon ini merosakkan serat kolagen dan menjadikan kulit menggelebeh.

Cara untuk mengurangkan hormon kortiosal dan tekanan adalah dengan minum air dengan secukupnya. Makanan tambahan yang mengandungi akar mawar mengurangkan tahap kebimbangan dan kortisol.

Mendengar muzik juga merupakan satu cara yang mampun mengurangkan hormon ini, kata saintis.

6. Insulin

insulin 922

Insulin meningkatkan tahap glukosa dalam darah, dan apabila ia berada di luar kawalan, tanda-tanda awal penuaan muncul pada kulit.

Tahap gula yang tinggi membawa kepada kemunculan kedutan serta kulit menjadi kendur.

Oleh kerana peningkatan glukosa, proses yang dipanggil glycation menjadi lebih cepat daripada yang sepatutnya pada usia tertentu yang membawa kepada pemusnahan kolagen dan elastin.

Kulit anjal kemudian menjadi rapuh dan dehidrasi. Bagaimana anda melindungi kulit daripada gula berlebihan?

Rujuk doktor untuk mengetahui tahap gula di dalam badan anda. Selepas berunding dengan pakar, anda boleh mula merawat masalah ini.

Krim dan serum dengan retinoid (vitamin A dan derivatifnya) merangsang pengeluaran kolagen. Produk kosmetik ini harus mengandungi vitamin C dan E, dan teh hijau yang mana semuanya berfungsi sebagai antioksidan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)