Beberapa minggu lepas, akhbar New Strait Times telah mengeluarkan satu laporan mengenai statistik jumlah populasi penduduk di Malaysia yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia. Dalam statistik yang dikeluarkan itu, penduduk Malaysia pada tahun ini adalah sekitar 32.4 juta orang.

Antara statistik penting yang menarik minat ramai tentunya ratio antara jumlah lelaki dan wanita di Malaysia. Walaupun ramai yang menjangka golongan wanita lebih ramai daripada lelaki, statistik tersebut menunjukkan jumlah lelaki sebenarnya melebihi kaum wanita sebanyak anggaran 1 juta orang.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Di Malaysia, terdapat kira-kira 16.7 juta lelaki sementara terdapat 15.7 juta wanita. Oleh itu, ratio antara lelaki dan wanita adalah 107 lelaki bagi setiap 100 orang wanita. Baiklah, bagaimana pula dengan lelaki atau wanita di peringkat global?

Populasi Lelaki dan Wanita di Peringkat Global

pekerja asing 497

Hari Populasi Dunia biasanya disambut pada tarikh 11 Julai setiap tahun. Sehingga April 2017, anggaran populasi penduduk di bumi adalah 7.5 bilion. Menjelang 2023, populasi manusia di seluruh dunia dianggarkan mencecah 8 bilion manusia.

Pihak Kesatuan Eropah (UN) mengganggarkan terdapat kira-kira 3,776,294,273 juta lelaki dan 3,710,295,643 juta wanita. Secara rationya, terdapat 102 orang lelaki bagi setiap 100 orang wanita. Ratio ini adalah penurunan daripada beberapa tahun sebelum ini dimana pada tahun 2011, ratio antara lelaki dan perempuan adalah 107 orang lelaki bagi setiap 100 orang wanita.

Penurunan ratio ini adalah dijangka dan pada masa hadapan tidak mustahil bahawa golongan wanita akan lebih ramai daripada lelaki. Jika anda perasan, ratio populasi lelaki dan wanita antara Malaysia dan global adalah tidak sama. Perbezaan ini juga dapat dilihat di negara lain yang mempunyai perbezaan geografik dan lokasi demografik.

Secara umumnya, negara-negara di Timur Tengah dan Amerika Utara mempunyai lelaki yang lebih ramai daripada wanita. Sementara itu, India pula memiliki 48 juta lelaki melebihi jumlah wanita sementara di China pula, terdapat lebihan 42 juta lelaki melebihi wanita.

Di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) pula, ratio antara lelaki dan wanita adalah 274 orang lelaki bagi setiap 100 orang wanita. Dalam erti kata lain, jumlah lelaki di UAE adalah lebih dua kali ganda melebihi jumlah golongan wanita. Apakah faktor yang menyebabkan lebih ramai lelaki berbanding wanita di China, India dan UAE ini?

Negara dengan jumlah wanita lebih ramai

populasi wanita

Menariknya,, terdapat juga beberapa negara di dunia ini dimana jumlah wanita adalah lebih banyak daripada lelaki. Antara negara dalam kategori ini adalah Russia, Latvia, Ukraine dan Armenia. Di Russia, ratio antara lelaki dan wanita adalah 87 orang lelaki bagi setiap 100 orang wanita.

Sementara itu, di Latvia dan Ukraine pula rationya adalah 85 orang lelaki bagi setiap 100 orang wanita. Secara keseluruhannya pula, terdapat lebih ramai wanita berbanding lelaki bagi kategori umur atas 60 tahun memandangkan wanita kebiasaannya mempunya jangka hayat yang lebih panjang daripada lelaki.

Secara purata, jangka hayat bagi seorang wanita adalah 71 tahun sementara jangka hayat bagi seorang lelaki adalah 67 tahun. Secara umumnya pula, setiap negara dan lokasi demografik mempunyai faktor unik yang mempengaruhi ratio jumlah lelaki dan wanita di sesuatu negara tersebut.

Kepelbagaian faktor yang mempengaruhi populasi lelaki dan wanita

askar russia

Perbezaan antara populasi lelaki dan wanita antara negara dan negara lain dipengaruhi oleh pelbagi faktor antara faktor saintifik, faktor kemanusia, peperangan dan lain-lain. Negara seperti India dan China contohnya lebih gemar memiliki anak lelaki.

Oleh itu, adalah normal bagi wanita yang mengandung untuk menggugurkan kandungan mereka sekiranya didapati bayi yang dikandung itu mempunyai jantina perempuan. Kajian yang dilakukan oleh National Academy of Science pada tahun 2015 menunjukkan bahawa purata bayi berjantina lelaki dilahirkan hanya sedikit lebih tinggi daripada bayi yang berjantina perempuan.

Sementara itu, jumlah golongan lelaki yang jauh melebihi wanita di UEA ini dikatakan kerana faktor penghijrahan pekerja lelaki dalam jumlah yang besar ke UAE. Kebiasaannya, mereka yang berhijrah ini akan meninggalkan isteri dan keluarga di negara asal mereka. 

Sementara itu, terdapat juga beberapa negara yang mempunyai jumlah wanita lebih ramai daripada lelaki seperti Latvia, Lithuania, Armenia, Russia, Belarus dan Estonia. Selain faktor wanita mempunyai jangka hayat lebih panjang daripada lelaki, perbezaan ini juga dikaitkan dengan pembabitan negara-negara ini dengan peperangan pada masa dulu.

Kredit:

  1. World Atlas
  2. United Nations
  3. Department of Statistics Malaysia



Hakcipta iluminasi.com (2017)