eminem raj rap dunia

Memang tak dapat disangkal, Eminem merupakan Raja Rap Dunia yang menggarkan industri muzik dengan gaya rapnya yang tersendiri dan sangat pantas. Walaupun dikenali di seluruh dunia, namun Eminem merupakan seorang yang agak pendiam dan perahsia.

Hidupnya sebelum menjadi terkenal bukanlah semudah yang disangka, beliau terpaksa mengharungi susah payah sejak kecil. iluminasi.com ingin berkongsi 8 fakta menarik dan pelik mengenai Eminem.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Dibuli teruk ketika zaman kanak-kanak

eminem ketika kecil

Zaman kanak-kanak Eminem adalah antara yang paling hitam dalam hidupnya. Ketika Eminem berusia 9 tahun dan bersekolah di Dort Elementary School, beliau menjadi mangsa buli yang teruk. Beliau sering dipukul sehingga bibirnya pecah dan berdarah.

Pada tahun 1982, beliau dibuli dengan lebih dahsyat apabila dibaling bebola salji yang berat pada mukanya, dan kemudian dipukul dengan teruk sehingga mengalami kehilangan penghilatan sementara dan trauma otak.

Ibunya kemudian menyaman pihak sekolah kerana tak mampu untuk memberikan perlindungan secukupnya kepada anaknya.

2. Ditawarkan watak filem Elysium

filem elysium pada asalnya ditawarkan kepada eminem

Bagi anda yang pernah menonton filem sains fiksyen, Elysium, lakonan Matt Damon, watak tersebut sebenarnya ditawarkan kepada Eminem terlebih dahulu. Beliau dikatakan berminat pada awalnya, namun kemudian menolak disebabkan oleh tidak bersetuju dengan jalan cerita filem tersebut. 

Sebabnya adalah watak Eminem mahu filem tersebut dilakonkan di kampung halamannya iaitu di Detroit.

3. Saman Universal Music

eminem saman syarikat universal music

Di awal kemunculan dan sebelum iTunes menjadi terkenal, Universal Music Group mengaut keuntungan dengan memotong royalti iTunes artis-artis atas alasan kos termasuklah kos pembungkusan pada muat turun digital. Ia dilihatkan sebagai satu penipuan, namun diikuti oleh para artis kerana ia tiada pilihan.

Perkara itu berlarutan, sehinggalah Eminem menyaman syarikat tersebut. Saman tersebut berlaku apabila FBT Production menyedari Universal Music sepatutnya meletakkan muat turun digital di bawah pengaturan "lesen", kerana Universal Music tak melakukan apa-apa pembungkusan yang boleh menyebabkan kerosakan ketika muat turun.

Eminem dianggap sebagai hero kerana menamatkan penipuan yang dilakukan ke atas artis-artis lain.

4. Cipta rekod dunia

Antara salah satu lagu Eminem yang paling terkenaal, Rap God yang dikeluarkan pada Oktober 2013 telah diiktiraf sebagai lagu dengan perkataan paling banyak di dunia oleh Guinness Book of World Records.

Lagu berdurasi 6 minit 4 saat tersebut terdiri daripada 1,560 patah perkataan , dan dinyanyikan secara purata sebanyak 4.28 perkataan dalam sesaat.

5. Tidur di rumah ketika menang Anugerah Grammy

eminem tak hadir ke anugerah grammy yang mana beliau memenangi anugerah

Pada tahun 2003, Eminem telah memenangi Academy Award bagi kategori Best Original Song melalui lagu "Lose Yourself. Beliau juga merupakan penyanyi rap pertama yang memenangi Anugerah Oscar bagi lagu rap.

Namun, disebabkan tidak yakin bahawa beliau akan memenangi anugerah tersebut, Eminem bukan sahaja tidak menghadiri majlis anugerah tersebut, malah beliau sedang tidur di rumahnya di Michigan, ketika majlis sedang berlangsung.

6. Disaman ibu sendiri

eminem pernah disaman ibunya

Ibu beliau, Deborah Matthers telah menyamannya sebanyak USD10 juta disebabkan kenyataan fitnah yang dibuat oleh Eminem di dalam album Slim Shady LP dengan mengatakan ibunya hisap lebih banyak ganja daripadanya.

Namun, mahkamah hanya mengarahkan Eminem untuk membayar saman sebanyak USD 1,600 sahaja.

7. Tak pandai gunakan komputer

eminem seorang yang tidak sukakan teknologi

Walaupun merupakan antara selebriti paling berjaya dalam sejarah muzik, namun Eminem tidak mengikut peredaran teknologi seperti orang lain. Ketika telefon pintar mula menjadi kegilaan bermula tahun 2011, Eminem masih menggunakan telefon bimbit biasa jenis "flip". Beliau kemudiannya bertukar menggunakan blackberry. 

Eminem juga dikatakan hanya menggunakan e-mel untuk berkomunikasi dan jarang menggunakan media sosial. Beliau hanya membuat panggilan telefon kepada mereka yang rapat sahaja. Hal-hal teknologi tidak membuatkan Eminem gusar, malah lebih suka hidup seperti yang disukainya.

Beliau berkata dalam satu temuramah di mana jika beliau pandai menggunakan komputer, beliau hanya akan menghabiskan masa menggunakannya dan membaca komen-komen mengenai dirinya, yang hanya akan membuatkan beliau gila. 

8. Cita-cita menjadi pelukis komik

bercita cita untuk menjadi pelukis komik ketika kecil

Siapa sangkat "Raja Rap" ini langsung tidak pernah mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang penyanyi rap. Malah, Eminem bercita-cita untuk menjadi seorang pelukis buku komik sejak berada di bangku sekolah. 

Walaupun hajatnya tidak kesampaian, tetapi beliau tetap mempunyai karya animasi iaitu The Slim Shady Show series dan video "Mosh"

9. Warna rambut dan mata sebenar

eminem sebenarnya tidak berambut perang dan bermata biru

Mungkin ada yang tahu, dan mungkin juga ramai tak tahu. Disebabkan Eminem kerap kali kelihatan berambut perang atau blonde, ramai yang tida mengetahui bahawa rambut sebenarnya adalah berwarna hitam. Selain itu, mata Eminem yang berwarna biru disebabkan pemakaian kanta lekap. Mata




Hakcipta iluminasi.com (2017)