Dengan segala peralatan dan teknologi yang canggih pada ketika ini, pelbagai perkara dilihatkan mampu dikecapi oleh manusia. Jika dahulunya banyak perkara yang terhad, namun kini ia seolah-olah mampu dilaksanakan.
Dan para saintis bekerja keras dalam membantu memberikan yang terbaik kepada industri perubatan. iluminasi.com ingin berkongsi 8 benda pelik yang berjaya dihasilkan oleh saintis di dalam makmal.
BESARKAN TEKS A- A+
8. Kulit
Para saintis di Pusat Perkembangan Biologi RIKEN di Jepun telah berjaya menghasilkan tisu kulit dengan folikel rambut dan kelenjar sebaceous di makmal tersebut. Hasil daripada projek tersebut, mereka telah memindahkan kulit tersebut kepada tikus.
Perkembangan ini dapat membantu pesakit yang mengalami kebakaran atau mereka yang memerlukan kulit baru.
7. Gabungan embrio manusia dan khinzir
Bunyinya agak pelih dan aneh, penghasilan embrio gabungan manusia dan khinzir pertama telah berjaya dihasilkan. Dalam eksperimen tersebut, saintis daripada Amerika Syarikat telah menyuntik sel stem manusia ke dalam embrio khinzir peringkat awal.
Embrio hibrid ini kemudiannya dipindahkan ke dalam khinzir untuk menumpangkan embrio ini dan dibiarkan membesar sehingga trimester pertama kehamilan. Embrio tersebut mempunyai 0.001 DNA manusia.
6. Telinga epal
Epal adalah sejenis buah yang dijadikan makanan ruji di Malaysia, dan tiada siapa yang menjangkakan ia boleh digunakan untuk menghasilkan telinga manusia, kecuali ahli biologi Andrew Pelling.
Beliau yang merupakan seorang saintis di Universiti Ottawa bersama-sama pasukannya telah menemukan jalan untuk menghasilkan sel manusia dengan menggodam buah epal secara biologi.
Hasilnya, mereka mencipta telinga dan berjaya mengujinya ke atas tikus.
5. Zakar arnab
Seorang ahli urologi pediatrik, Dr. Anthony Atala yang mempunya pengalaman 20 tahun dalam pengkhususan bidang ini membuat keputusan untuk fokus dalam kajian zakar arnab bagi membantu bayi-bayi arnab yang kecacatan anggota pembiakan ini.
Menggunakan sel-sel arnab, beliau dan pasukannya telah berjaya menghasilkan zakar arnab, yang kemudiannya dipindahkan kepada arnab yang bermasalah.
Menggunakan sel arnab, para penyelidik telah dapat mengembangkan penis kelinci dan kemudian memindahkan mereka ke arnab. Menjadi ahli urologi pediatrik, Dr Anthony Atala mempunyai tahun pengkhususan di kawasan itu dan memutuskan untuk memberi tumpuan kepada zakar untuk membantu bayi yang dilahirkan dengan kecacatan.
4. Sperma tikus
Dalam usaha menyembuhkan ketidaksuburan bagi kaum lelaki, banyak kajian telah dilakukan. Dan terbaru, pada tahun 2016, saintis-saintis daripada Universiti Perubatan Nanjing, China telah berjaya mengubah sel stem tikus kepada sel sperma.
Sel sperma itu kemudiannya diguakan untuk proses persenyawaan telur dan menghasilkan anak-anak tikus yang sihat. Pendekatan ini membantu saintis mengkaji perkembangan sperma mamalia dengan lebih terus.
3. Pundi kencing
Sel-sel pundi kencing yang tidak berfungsi daripada 7 orang individu telah diambil oleh para saintis dari Kolej Perubatan Wake Forest University untuk kajian dalam menghasilkan tisu kantung yang nipis.
Individu-individu ini yang berusia antara 4 hingga 19 tahun mempunyai pundi yang bermasalah sejak lahir yang menyebabkan penutupan tulang belakang tidak lengkap. Disebabkan ini, mereka mengalami kebocoran air kencing, sekerap setiap 30 minit.
Organ tiruan yang berjaya dihasilkan kemudiannya dipindahkan ke dalam badan pesakit, yang mana tiada penolakan disebabkan ia dihasilkan menggunakan tisu pesakit sendiri.
2. Faraj
Dalam satu kajian pada tahun 2014 yang dijalankan oleh Institut Perubatan Regeneratif di Pusat Perubatan Wake Forest Baptist, sel-sel daripada 4 pesakit wanita telah diambil dalam menghasilkan faraj tiruan.
Kajian ini bertujuan membantu wanita yang mengalami masalah sejak lahir di mana faraj dan uterus mereka tidak berkembang sepenuhnya. Projek ini berjaya dan faraj tersebut berjaya dipindahkan kepada pesakit.
Selepas rawatan susulan, tiada masalah atau kelainan dilaporkan berlaku.
1 . Tisu otak manusia
Mungkin ini antara yang paling aneh pernah dihasilkan di dalam makmal. Kini, saintis-saintis dari University of California Los Angeles yang diketuai oleh Ben Novitch sedang menjalankan eksperimen menghasil otak manusia. Kajian itu kini bermula dan setakat ini mereka berjaya menghasilkan segumpal tisu otak manusia bersaiz 4 milimeter diameter.
Mereka yang melakukan kajian ini berharap ia mampu membawa kepada pemahaman yang lebih mendalam mengenai penyakit seperti Alzheimer.