(Aaisyah Dhia Rana, puteri Zain Saidin dan Rozita Che Wan)

Menimang cahaya mata adalah satu perasaan yang tak dapat digambarkan oleh setiap pasangan.

Dan kerana terlalu teruja, sesetengah ibu bapa sanggup menghabiskan wang yang banyak dalam mempersiapkan barangan menunggu kelahiran bayi mereka, lebih-lebih lagi jika ianya yang pertama.

aaisyah dhia rana 2

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, ia dianggap tak masuk akal untuk membeli barangan yang tersangat mewah untuk bayi kerana sudah pasti mereka tidak langsung tahu mengenainya dan ia hanya akan digunakan untuk tempoh yang singkat.

iluminasi.com kongsikan 9 barangan bayi yang paling mahal di dunia.

8. Sarung botol FENDI - RM470

sarung botol bayi fendi

Jika anda ingin memiliki barangan mewah daripada pereka terkenal tanpa menghabiskan terlalu banyak wang, maka anda perlu pertimbangkan untuk membeli sarung botol mewah dari Fendi ini.

Sarung botol ini adalah yang termurah dalam senarai ini, sekitar RM470 sahaja. Malah, ia antara yang termurah jika dibandingkan dengan barangan bayi dari Fendi yang lain.

Namun, ia masih dianggap sebagai harga yang tidak masuk akal hanya untuk pemegang botol.

Dan walaupun ia jauh lebih mahal daripada sarung botol lain di pasaran, anda sudah tentunya membayar harga tinggi ini hanya untuk mendapatkan logo mewah Fendi.

Jika anda peminat Kylie Jenner, maka anda harus dapatkannya kerana selebriti ini juga memilikinya.

7. Sudu perak berlian - RM5,150

sudu perak berlian bayi

Sesetengah ibu bapa tersangat obses terobsesi untuk menyimpan barang-barang yang digunakan oleh bayi mereka terutamanya yang pertama kali digunakan.

Dan jika anda membelanjakan wang RM5,150 untuk membeli satu sudu, maka ia adalah wajib untuk disimpan!

Sudu mewah ini akan memastikan bayi anda dilahirkan dalam kemewahan yang tak sepatutnya. Sudu ini dicipta oleh pereka terkenal, Christofle.

Ia diperbuat daripada perak sterling dan mempunyai berlian yang tertanam pada hujungnya. Anda juga boleh memilih untuk menukar berlian tersebut kepada nilam, jika kekurangan bajet.

6. Pam susu Ameda 17803 Platinum - RM8,780

pam ameda 17803 platinum

Ramai ibu akan memberitahu anda bahawa pam adalah satu kemestian jika anda merancang untuk menyusukan anak selama yang mungkin.

Dengan itu, pasti anda tidak pasti sama ada anda perlu membelanjakan wang sebanyak banyak ini untuk memastikan segalanya berjalan dengan lancar.

Pam Ameda 17803 Platinum adalah salah satu model terbaik yang anda boleh dapatkan di pasaran yang dijual dengan harga RM8,780.

Ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan, termasuk paparan LCD yang terang, pemasa untuk mengepam dengan lebih mudah dan operasi dalam mod berbisik supaya tidak mengganggu bayi anda pada waktu malam atau semasa waktu tidur.

5. Set tuala kecil Hooded Terry - RM12,560

set tuala kecil hooded terry

Antara barangan yang penting untuk dimiliki jika anda mempunyai bayi kecil sudah tentulah tuala kecil.

Dan bayi memerlukan tuala-tuala ini dengan sangat banyak jadi adalah dinasihatkan agar anda tak membelanjakan wang yang banyak untuk sekeping tuala.

Namun sesetengah ibu bapa yang kaya berfikiran bahawa membeli tuala dengan harga RM12,560 adalah sesuatu yang masuk akal.

Tuala kecil mewah ini didakwa diperbuat daripada 100% kain kapas muslin, salah satu kain tulen dan paling lembut di dunia. Dengan ini, anda boleh memastikan bayi anda berada dalam keadaan selesa apabila dilap.

4. Patung beruang Snuffles - RM41,900

anak patung beruang snuffles

Biasanya ibu bapa tak dapat mengawal apa jenis bentuk anak patung yang mempunyai kaitan emosi dengan anak-anak mereka. Ia ditentukan oleh anak-anak itu sendiri.

Namun jika anda menghabiskan wang mencecah RM41,900 untuk satu patung beruang kepada anak anda, anda harus pastikan anak anda menyukainya.

Anak patung beruang yang diberi nama Snuffles ini diperbuat daripada bahan-bahan mewah, di mana matanya diperbuat daripada permata Tahiti dan bulunya pula daripada bulu alpaca.

Jika anda rasa Snuffles tak cukup mewah, ia juga dilengkapi kalung berlian 10 karat dengan rantai emas.

3. Kerusi bayi Swarovski Crystal - RM62,900

kerusi bayi swarovski crystal

jika anda mahukan kerusi bayi yang praktikal dan menunjukkan anda seorang yang peka terhadap fesyen, maka kerusi bayi Swarvoski Crystal ini sesuai untuk anda.

Ramai selebriti Hollywood menyediakan kerusi ini untuk anak-anak kecil mereka dan yang paling terkenal adalah pasangan Beyonce dan Jay-Z.

Pasangan ini meminta seorang pereka selebriti untuk menghasilkan satu kerusi ini untuk anak sulung mereka, Blue Ivy.

Kerana sangat sukakannya, Beyonce dan Jay-Z menghadiahkan satu unit kepada Kim Kardashian dan Kanye West apabila pasangan ini menimang cahaya mata pertama, North.

Namun, agak keterlaluan untuk menyediakan kerusi permata ini untuk anak kecil, tetapi jika anda nak fefeeling selebriti Hollywood, apa salahnya kan?

2. Puting bayi berlian - RM72,200

puting bayi berlian

Bagi kebanyakan orang, mereka akan berasa sangat beruntung jika memiliki hanya sebutir berlian tulen dalam hidup mereka.

Tapi, boleh tak anda bayangkan bagaimana rasanya jika anda memulakan hidup dengan mulut anda dipenuhi dengan berlian?

Bagi bayi yang mana ibu bapa mereka membelikan puting berlian pasti tahu bagaimana rasanya. Puting ini mempunyai berlian tiga karat yang dipasangkan pada emas putih 18K.

Ia termasuk puting silikon seperti puting biasa tetapi apa yang menarik mengenainya adalah puting ini tidak disyorkan untuk digunakan dalam mulut bayi. 

Jadi, puting ini mungkin hanya bertujuan untuk hiasan dan bukan sesuatu yang boleh "dinikmati" oleh bayi.

1. Katil Dodo Bassinet emas - RM68.4 juta

katil dodo emas

Ini mungkin tempat tidur bayi yang paling mahal pernah dihasilkan, yang dijual dengan harga RM68.4 juta. Katil bayi ini lebih kepada hasil karya seni berbanding untuk benar-benar digunakan untuk menidurkan anak anda.

Reka bentuk yang moden dan anggun ini dihasilkan daripada emas pejal 24-karat.

Ia mempunyai satu set katil penuh "Golden Line", termasuk pelindung tilam, tilam bantal, lembaran, lembaran asas dan comforter.

Ia juga dilengkapi dengan tikar Golden Line. Produk ini akan dipasang sepenuhnya semasa penghantaran, jadi anda tak perlu risau tentang apa-apa pun, melainkan daripada membayar wang yang tak masuk akal ini. 




Hakcipta iluminasi.com (2017)