Mengumpul koleksi adalah salah satu hobi yang paling menarik di dunia. Setiap daripada kita mempunyai minat tersendiri yang unik, membuatkan pengumpulan koleksi menjadi bertambah menarik.

Ada yang gemar mengumpulkan pakaian seperti kasut, aksesori seperti jam tangan malah mengumpul kereta mewah. Namun, terdapat mereka yang mengumpul perkara pelik.

iluminasi.com kongsikan 8 koleksi objek yang paling pelik di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Koleksi tandatangan selebriti

koleksi paul schmelzer

Paul Schmelzer merupakan seorang pengumpul tanda tangan, tetapi bukan jenis biasa yang dilakukan oleh orang ramai.

Dia meminta para penulis, seniman, ahli politik, dan bintang filem terkenal untuk menandatangani barangan bukan dengan nama mereka tetapi menggunakan namanya sendiri.

Koleksi ini mempunyai lebih daripada 70 autograf, termasuk satu oleh Noam Chomsky dan satu lagi oleh Dan Castellaneta, suara Homer Simpson.

2. Koleksi zakar mamalia

koleksi zakar sigurdur hjartarson

Pada tahun 1997 seorang lelaki di Iceland, Sigurdur Hjartarson, memutuskan untuk membuka sebuah Muzium untuk menunjukkan dunia koleksi eksentriknya.

Apa yang mengejutkan adalah muzium ini memaparkan objek yang sangat aneh, iaitu 143 zakar dari 41 jenis mamalia.

Sigurdur Hjartarson masih menunggu penderma terakhir untuk melengkapkan koleksi ini, iaitu zakar manusia.

3. Koleksi Pikachu terbesar di dunia

pikabellechu

Seorang wanita yang dikenali sebagai Pikabellechu memegang rekod dunia Guinness kerana mempunyai koleksi Pokemon terbesar di Dunia.

Dia mempunyai semua jenis dari kereta hinggalah ke patung bagi setiap watak binatang tersebut.

Tidak menghairankan, dia juga merupakan individu yang kerap menghadiri konferens dan dianggap sebagai pakar Pokemon.

Pikabellechu juga menghasilkan kostum sendiri untuk dipakai dalam acara Pokemon, acara kanak-kanak, konvensyen dan acara berkaitan media lain.

4. Koleksi sabun

koleksi sabun carol vaughn

Seorang pesara dari Birmingham, United Kingdom mengumpul lebih daripada 5,000 ketul sabun dari seluruh dunia.

Carol Vaughn, 65 tahun, telah mengumpul sejumlah sabun yang sangat mengagumkan semenjak tahun 1991 dan tidak mempunyai rancangan untuk menghentikan minatnya ini.

Pengumpulannya bermula sebagai cara untuk meluangkan masa ketika dia menjaga ibunya dan sekarang telah melihat dia membina koleksi sabun terbesar di dunia. 

5. Koleksi helaian rambut selebriti dan tokoh ternama

koleksi rambut selebriti oleh john reznikoff

John Reznikoff adalah pemilik koleksi yang sangat iaitu mengumpulkan rambut selebriti dan tokoh sejarah.

John mempunyai koleksi helaian rambut yang paling terkenal di dunia termasuk rambut Abraham Lincoln, Edgar Allan Poe, Albert Einstein dan Marilyn Monroe.

Malah, dia juga mampu menjual sedikit daripada koleksinya. Pada tahun 2007, sebuah syarikat bernama LifeGem mencipta berlian dari helaian rambut Ludwig van Beethoven yang merupakan salah satu daripada koleksi John Reznikoff.

6. Koleksi pemanggang roti

koleksi pemanggang roti jens veerbeck

Jens Veerbeck, 40 tahun, memiliki koleksi pemanggang roti yang unik yang mengandungi lebih daripada 600 model, termasuk satu bernilai RM18,800 dari tahun 1920-an.

Dia kini telah membangunkan muzium pemanggang dalam talian untuk mempamerkan beratus-ratus reka bentuk yang disimpan di loteng yang diubahsuai di apartmennya di Essen, Jerman.

Walaupun hobinya agak mahal, sesetengah model yang jarang ditemui mampu mencecah RM8,000 setiap satu dan mempunyai lebih daripada dua kali ganda dalam nilai.

7. Koleksi mainan Happy Meal terbesar di dunia

luke underwood

Koleksi Luke Underwood yang berjumlah 7,000 unit barangan promosi dipercayai adalah yang terbesar di dunia dan menarik perhatian para pembida dari seluruh dunia.

Koleksi barangan Happy Meal yang jarang ditemui ini menampilkan satu-satunya set 101 Dalmations yang lengkap di dunia dan bersertakan beg asalnya, termasuk dengan beratus-ratus kotak Happy Meal, mainan dan poster.

Kanak-kanak berusia 11 tahun itu kemudiannya menjual set koleksinya dengan harga RM40,000.

8. Koleksi Scalextric terbesar di dunia

scalextric

Pada akhir tahun 2008, seorang lelaki menjual model Scalextric terbesar di dunia iaitu lebih daripada 1,000 unit kereta, litar perlumbaan sejauh 4 kilometer dan aksesori yang tidak terkira banyaknya.

Koleksi itu termasuklah dengan Bugatti Type 59 yang jarang ditemui dan Ferrari Berlinetta GT250 kuning serta 1,000 model Scalextric yang lain.

Lelaki ini memperoleh Scalextric pertama pada tahun 1957, ketika jenama itu dilancarkan dan telah menambah koleksinya selama setengah abad yang lalu.

Lelongan koleksi ini berjumlah RM532,000.

Rujukan:

1. OD

2.




Hakcipta iluminasi.com (2017)