Pada masa kini, minuman Coca-Cola kebanyakannya hanya dijual dalam tin aluminium. Satu ketika dahulu, minuman ini dibotolkan dalam botol kaca dengan rekabentuk yang cukup unik dan ikonik. Malah, Coca-Cola sudah banyak kali mengeluarkan tin dan botol kaca edisi khas yang menjadi buruan pengumpul botol minuman jenama ini. 

Walaupun 99% rekabentuk botol Coca-Cola dihasilkan secara besar-besaran, generik dan umum, sebilangan kecil botol telah menjadi barang koleksi. Banyak faktor mempengaruhi nilai botol ini termasuklah bentuk, ukuran, cetakan dan variasinya. Bagi botol yang belum dibuka, harganya lebih tinggi.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Botol dengan sejarah yang unik seperti botol yang ditarik awal daripada pasaran atau yang tidak pernah keluar dari fasa reka bentuk boleh menjadi sangat berharga jika keadaannnya masih baik. Berikut adalah 7 botol Coca-Cola paling jarang yang menjadi buruan pengumpul.

7. Botol Coke 1915

coca cola 1915

Syarikat Coca-Cola Bottling Company diambil alih oleh Asa Candler setelah penciptanya, Dr. John Pembroke, meninggal dunia. Pada tahun 1899, beliau menandatangani perjanjian dengan peguam Thomas dan Whitehead untuk mula mengedarkan minuman itu ke seluruh Amerika Syarikat.

Salah satu usaha pertama mereka adalah pembinaan kilang membotolkan minuman Coke di Tennessee pada bulan November 1899 yang akhirnya menghasilkan botol ini. Botol antik ini yang tidak dilabel dan tidak dibuka dijual di eBay pada tahun 2019 dengan harga $2,375, dibuat di kilang pembotolan di Jellico, Tennessee.

6. Botol Peringatan Sukan Olimpik Seoul

coke sukan olimpik seoul

Olimpik Musim Panas 1988 adalah penganjuran temasya Olimpik terakhir semasa musim Perang Dingin kerana Soviet Union dan Jerman Timur sudah tidak lagi wujud pada edisi berikutnya. Walaupun begitu, ianya tidak begitu kompetitif seperti penganjuran edisi tahun 1980. 

Salah satu cenderamatanya adalah botol Coke peringatan yang dijual dalam kotak kadbod tinggi. Ia mempunyai corak lukisan Olimpik di semua sisi. Sudah tentu, sebilangan besar botol ini dibeli, dibuka dan diminum. Walau bagaimanapun, satu daripadanya yang masih belum dibuka muncul di eBay satu ketika dahulu dan dijual secara lelongan dengan harga $2,500.

5. Botol ACL Coca-Cola Thailand

thailand coca cola acl bottle

Coca-Cola dahulu menggunakan teknologi botol label warna (applied color label - ACL) sejak tahun 1941. Ia digunakan sebagai ganti label kertas atau botol yang dibentuk khas yang mempunyai label yang dibina terus ke dalam gelas. Alasan ACL menjadi popular adalah kerana proses mencuci dan menghantar botol soda membuatkan label kertas itu terkelupas.

Pembuat botol menggunakan ACL untuk mengelakkan masalah ini. ACL terhad kepada 2 warna tetapi prosesnya menjadikan pengeluaran lebih mudah. Sebotol dengan ACL yang masih utuh seperti ini dari Thailand keluaran 1973 boleh dijual dengan harga lebih dari $3,000.

4. Botol Hutchinson

hutchinson bottles

Botol Hutchinson adalah botol pertama yang digunakan oleh syarikat Coca-Cola setelah kematian pemilik asalnya, Dr. John Pemberton yang meninggal pada tahun 1888. Dr. John Pemberton menjual sirap Coke ke kedai-kedai soda tempatan untuk dicampurkan dengan air berkarbonat. Penggantinya, Asa Candler, mempunyai rancangan yang lebih besar.

Pada tahun 1899, di Chattanooga Tennessee, mereka mula menggunakan botol Hutchinson untuk membotolkan minuman ini. Botol ini hanya digunakan selama 7 tahun sebelum ditukar tahun 1906. Botol Hutchinson yang asli sangat sukar ditemui  kini dan boleh dijual sehingga $4,000.

3. Botol Coke Dallas Cowboys

coke dallas cowboys

Untuk meraikan ulang tahun ke-25 Dallas Cowboys di NFL, Coca-Cola mengeluarkan botol Coke edisi terhad ini. Pada label itu, ia mencatatkan rekod permainan tahunan pasukan serta pencapaian terbesar mereka dari tahun 1960 hingga 1983.

Pencapaian ini termasuk menjadi Juara Bahagian pada tahun 1969, 1970, 1973, 1976, 1979 dan 1981. Botol Coke Peringatan Dallas Cowboys ini dijual di lelong pada tahun 2019 dengan harga $5,000. Harganya agak tinggi kerana botol ini belum dibuka dan masih dalam keadaan baik.

2. Botol Coca-Cola 1974

botol coca cola rare

Kadang-kadang, barang koleksi menjadi berharga bukan rekabentuk atau keluaran edisi khas, tetapi kerana keadaannya. Apa yang menjadikan botol Coca-Cola 1974 ini istimewa selain daripada air Coke asal yang masih ada di dalamnya adalah dakwaan  bahawa ia mempunyai jarum suntik di dalamnya.

Ada yang mendakwa ianya seakdar hoax. Botol ini dalam keadaan belum dibuka  berjaya dijual pada harga setinggi $29,900 di eBay pada tahun 2020. Tahun 70-an merupakan zaman keemasan bagi Coca-Cola kerana mereka bukan sahaja membuka operasi pembotolan pertama di Poland, tetapi membuat produksi di China untuk pertama kalinya dalam tiga dekad,

1. Botol Prototaip Coca-Cola Root Glass Co.

prototaip botol coca cola

Botol Coke yang paling jarang ditemui adalah botol prototaip yang diubahsuai Root Glass Co. Pada tahun 1915, syarikat pembotolan induk Coco-Cola di Atlanta mencadangkan reka bentuk untuk botol Coca-Cola kaca diseragamkan. Penyertaan diperlukan untuk dipertimbangkan sebagai prototaip.

Terdapat 8 jumlah penyertaan secara keseluruhan. Sebilangan besar botol ujian telah dijumpai di Birmingham dan syarikat pembotolan lain di tempat pembuangan sampah tetapi tidak ada yang hampir sempurna dengan botol ini yang lengkap atau tidak rosak.

Botol yang disenaraikan di sini dipercayai hanya satu dari dua botol ujian yang tinggal dari kilang pembotolan di Atlanta. Ia dijual secara lelongan pada tahun 2011 dengan harga $240,000.

Kredit:

  1. Laman Coca-Cola
  2. Daily Mail



Hakcipta iluminasi.com (2017)