Pernahkah anda terfikir bahawa ubat gigi yang anda gunakan setiap hari mengandungi racun tikus, pembersih lantai dan ejen-ejen berbahaya yang lain?

Sekiranya anda tidak mengetahui tentang bahan dalam ubat gigi yang ada pada hari ini dan bahaya yang boleh disebabkannya, maka senarai ini mungkin membuka mata anda.

Walaupun diluluskan oleh semua organisasi makanan dan ubat-ubatan besar seperti Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA), namun ubat gigi moden masih terlepas dari ujian yang mendalam.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Selepas penyelidikan yang dijalankan oleh banyak penyelidik, didapati bahawa ubat gigi mengandungi agen penyebab kanser, bahan kimia yang keras yang boleh menjejaskan buah pinggang dan hati anda.

iluminasi.com kongsikan 8 bahan berbahaya yang terkandung dalam ubat gigi.

1. Triclosan – racun perosak kimia

ubat gigi beracun

Triclosan adalah racun perosak kimia dalam salah satu ubat gigi yang paling popular dan terlaris di pasaran.

Triclosan dikenali dengan ciri anti-kulat, anti-bakteria dan antimikroba. Tetapi, penyelidikan yang dilakukan ke atas tikus telah menunjukkan bahawa Triclosan menyebabkan penurunan kepada tahap kesuburan, risiko kanser dan masalah pembangunan janin.

Walaupun, masih belum ada laporan untuk membuktikan kesannya terhadap manusia. Walau apa pun, triclosan sudah tentu merupakan bahan yang berbahaya dalam ubat gigi anda. 

2. Sodium Lauryl Sulphate (SLS) – Ejen pembersih toksik

sodium lauryl sulphate

Sodium Lauryl Sulphate atau SLS adalah bahan yang terkenal dalam sabun, syampu, detergen, ubat gigi dan produk kosmetik lain.

Bahan ini digunakan untuk menghasilkan buih ketika anda menggunakan produk yang mengandunginya. SLS adalah antara salah satu bahan yang paling berbahaya yang terkandung dalam ubat gigi.

Kajian menunjukkan bahawa SLS boleh menyebabkan ulser, kerengsaan kulit dan yang paling penting adalah ia adalah karsinogenik (boleh menyebabkan kanser).

Apabila SLS bersentuhan dengan florida, ia boleh membentuk deposit dalam enamel gigi anda.

3. Natrium florida – Racun pembunuh tikus dan lipas

natrium florida dalam ubat gigi

Natrium florida dikenali kerana anti-pereputan dan sifat perlindungan rongga juga mempunyai beberapa kesan yang berbahaya.

Pendedahan yang tinggi terhadap bahan ini diketahui dapat menyebabkan fluorosis.

Bahan kimia toksik ini juga berpotensi menyebabkan fluorosis rangka, masalah tiroid dan juga dikaitkan dengan kanser tulang apabila digunakan.

4. Propylene Glycol – Sejenis poliester dan plastik

propylene glycol dalam ubat gigi

Jika ditanyakan, sudah tentu tiada siapa yang mahu memakan produk yang mempunyai poliester atau plastik di dalamnya.

Propylene Glycol adalah sejenis plastik yang digunakan sebagai agen jel untuk ubat gigi.

FDA dan WHO telah meluluskan Propylene Glycol bahawa ia selamat untuk digunakan dalam kosmetik dan makanan.

Tetapi, penyelidikan telah mendakwa bahawa bahan kimia ini diketahui menyebabkan hati, buah pinggang dan otak terjejas.

5. Titanium Dioksida – Digunakan dalam cat dan pengilat kayu

titanium dioksida bahan bahaya dalam ubat gigi

Plastik toksik ini dikenali dengan ciri pewarna untuk makanan, cat, pigmentasi kosmetik dan digunakan dalam produk pelindung matahari.

Titanium dioksida digunakan dalam ubat gigi untuk membuat gigi anda putih dan untuk memberikan sinar.

Penyelidikan ke atas tikus telah menunjukkan bahawa bahan kimia ini diketahui menyebabkan kanser paru-paru kronik dan kanser lain.

Walaupun, penyelidikan ke atas manusia tidak dapat disimpulkan dan belum terbukti.

6. Sodium Saccharin – Pengganti gula berasaskan petroleum

sodium saccharin bahan bahaya dalam ubat gigi

Sodium Saccharin adalah bahan biasa dalam minuman ringan, ubat gigi, pelembap bibir dan makanan diet lain.

Saccharin adalah pemanis buatan yang dihasilkan daripada berasaskan petroleum.

Penyelidikan bahan ini ke atas manusia dan tikus diketahui dapat menyebabkan kanser.

7. Silika terhidrat – Bahan kimia yang merosakkan enamel 

silika terhidrat bahan bahaya dalam ubat gigi

Silika terhidrat pada dasarnya adalah agen pembasahan untuk ubat gigi dan penghapus plak.

Ia biasa digunakan dalam ubat gigi dan FDA mengesahkan ia selamat untuk digunakan dalam produk makanan.

Tetapi, pendedahan berterusan kepada silika terhidrat ini diketahui dapat menyebabkan kerosakan kepada enamel gigi.

8. Polietilena – Bentuk plastik paling biasa

polietilena bahan bahaya dalam ubat gigi

Polietilena adalah bentuk kimia untuk plastik yang paling biasa yang kita gunakan setiap hari seperti penutup plastik dan beg plastik.

Dalam bentuk polietilena yang paling biasa, bahan ini adalah tidak terbiodegradasi. Syarikat ubat gigi diketahui menggunakan polietilena (manik-mikro) dalam bentuk tidak terbiodegradasi. 

FDA tidak meluluskan penggunaan polietilena manik-mikro ini. Manik mikro ini didapati masuk ke dalam celah antara gigi dan gusi anda.

Ia memerangkap zarah makanan dalam jangka panjang dan menyebabkan kaviti, gingivitis dan masalah gusi lain. Malah, plastik tidak dihasilkan untuk dimakan kerana ia adalah karsinogenik.

Rujukan:

1. Mercola

2. Livestrong

3. Experience Life




Hakcipta iluminasi.com (2017)