iluminasi bekalan sumber dunia7

Permintaan manusia tidak ada batasnya sama ada dari segi fizikal malahan juga dari segi rohani. Manusia memang dilahirkan dengan mempunyai tahap kemahuan yang tinggi tetapi tanpa sedar kita sebenarnya sedang menghabiskan sumber-sumber bumi yang ada untuk memenuhi permintaan kita.

Sumber-sumber ini pula bukan semuanya boleh diperbaharui dan jika kehabisan, ini bererti tidak ada lagi bahan yang kita guna sewenang-wenangnya selama ini.

Berikut adalah 5 bahan yang berada di atas muka bumi yang akan kehabisan jika kita semua tidak mengubah keperluan kita.

1. Helium

iluminasi bekalan sumber dunia2

Helium adalah gas yang diisi ke dalam belon yang membuatkan belon mampu terapung sendiri kerana helium mempunyai berat yang cukup ringan. Tidak ramai rasanya yang mengetahui gas helium sebenarnya datang dari sisa-sisa radioaktif uranium yang dikumpulkan dan sumber ini tidak boleh diperbaharui. Bukan sekadar peminat belon perlu risau, helium juga digunakan dalam mesin MRI dan helium juga digunakan untuk memeriksa kebocoran pada tangki-tangki tekanan tinggi.

2. Minyak

iluminasi bekalan sumber dunia3

Tidak dapat dinafikan satu hari nanti dunia akan kehabisan minyak. Sama ada waktu kita masih hidup atau generasi anak cucu kita, hakikatnya pada satu hari nanti minyak akan habis. Pada tahun 2008, pengkaji meramalkan bekalan minyak dunia mencukupi untuk 40 tahun lagi sementara syarikat petroliam BP mengumumkan pada tahun 2014, bekalan minyak dunia ada sehingga tahun 2067. Kita doakanlah dalam tempoh beberapa puluh tahun ini, teknologi kenderaan dan penghasilan elektrik tanpa menggunakan minyak benar-benar terhasil.

3. Gas asli

iluminasi bekalan sumber dunia4

Tidak cukup dengan ancaman kehabisan minyak berasas fosil, gas asli juga berkemungkinan akan kehabisan satu hari nanti. Ramalan setakat ini menganggarkan yang bekalan gas asli cukup sehingga tahun 2070 jadi besar kemungkinan ada antara kita bertuah untuk melihat sendiri detik tersebut. Walaupun begitu, kerajaan Amerika Syarikat menganggarkan untuk bekalan dalam Amerika Syarikat, mereka mempunyai bekalan yang cukup sehingga 86 tahun.

4. Air tawar

iluminasi bekalan sumber dunia5

Kajian penyelidikan oleh NASA memberikan gambaran kurang elok mengenai tahap bekalan air yang tersimpan di dalam aquifer-aquifer seluruh dunia. Aquifer ini adalah lapisan air yang tersimpan di dalam bahagian tanah dan setakat ini, 21 daripada 37 aquifer terbesar di dunia sudah mencapai tahap kekurangan bekalan akibat jumlah penggunaan yang tidak mampu ditampung. Yang lebih memburukkan keadaan, permintaan untuk bekalan air bersih tidak pernah menurun dan sektor pertanian sahaja menggunakan hampir 70% bekalan air dunia. Apabila bekalan air berkurangan dan sektor pertanian juga terjejas, tidak dapat dipastikanlah apa yang akan berlaku selepas itu.

5. Fosforus

iluminasi bekalan sumber dunia6

Fosforus adalah elemen ke 11 paling mudah dijumpai di Bumi. Fosforus amat penting sebagai bahan asas kepada semua hidupan manusia kerana fosforus adalah bahan makanan tumbuhan paling penting dalam tanah yang tidak boleh dihasilkan atau dimusnahkan, cuma boleh dikitar semula menerusi proses penyahtinjaan.

Dengan anggaran penduduk bumi seramai 9 billion pada tahun 2050 dan memerlukan sumber makanan sebanyak 70% lebih berbanding sekarang, kawalan ke atas sumber fosforus amat diperlukan untuk memastikan tumbuhan dapat hidup dengan baik dan untuk setiap tumbuhan tumbuh dengan baik, setiap satu memerlukan bekalan fosforus yang mencukupi.


tags : , , , , , , ,











Hakcipta iluminasi.com (2017)