ru 01 1

Generasi zaman sekarang mungkin kurang memahami apakah peranan sebenar badan di-Raja dalam sistem pemerintahan negara kita, apatah lagi apabila semakin banyak tanggapan negatif dilemparkan kepada Sultan dan Raja oleh pihak-pihak tertentu, atas dasar kepentingan peribadi mereka.

Legasi Sultan dan Raja sebenarnya bukannya hanya sekadar 'rubber stamp' seperti didakwa oleh sesetengah pihak. Peranan mereka sebenarnya merangkumi ideologi yang perlu dipegang oleh setiap rakyat Malaysia dan semua ideologi itu, disampaikan dengan cukup kemas dan cantik, melalui watikah 7 wasiat Raja-Raja Melayu.

Wasiat ini dimeterai pada tanggal 31 Ogos 1957 atas persetujuan kesemua Raja-Raja Melayu yang terlibat. Apakah isi kandungan wasiat tersebut?

Wasiat tersebut dimulakan dengan frasa pembukaan

“Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami 7 perkara, yang mana Jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya, selama itulah kamu akan aman damai dan selamat sejahtera."

7 Perkara tersebut adalah :

1. Nama Negara Kita

kl 940x580

Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung, PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama Malaysia);

2. Nisbah Tanah Simpanan Melayu

gunung jerai

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50%, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain;

3. Penubuhan pasukan keselamatan

7320849018 53f4b3f223 z

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kamu serta hak milik kamu, kami telah tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara;

4. Hak Kerajaan Terpilih dan Raja-Raja Melayu

pm2 malaysia

Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini;

5. Agama Rasmi Malaysia

zahir mosque night 452

Kami isytiharkan ISLAM ialah Agama Persekutuan;

6. Bahasa Rasmi Malaysia

sasterawan 3v

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU;

7. Hak dan Keistimewaan Orang Melayu & Bumiputera

bangsa melayu new

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).


Jelas di sini, melalui perjanjian yang telah ditandatangani dan dipersetujui, ada pelbagai perkara yang sepatutnya terus dikekalkan sebagai tradisi masyarakat kita tak kiralah kita daripada bangsa apa sekalipun.

Memahami wasiat ini sebenarnya cukup penting bagi seorang rakyat Malaysia faham dan kenal apa itu ertinya menjadi seorang rakyat Malaysia ketika ini. Tanpa pengetahuan yang cukup tentang perkara-perkara yang tak sepatutnya disangkal, pasti mudah untuk sesetengah pihak menimbulkan huru-hara dalam negara yang hanya akan menjurus kepada perpecahan.

Jika anda sayang Malaysia, tak kiralah apa saja agama dan bangsa anda, hayatilah wasiat ini dan tonjolkanlah sifat muhibah sesama kita agar negara kita dapat terus membangun dengan jayanya.


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)