Manusia telah menggunakan petroleum atau minyak selama beribu-ribu tahun dalam bidang perubatan dan senjata perang.
Walau bagaimanapun, penggunaan bahan ini tidak benar-benar melonjak sehingga Revolusi Perindustrian, di mana minyak menjadi sangat berharga sebagai bahan api untuk pencahayaan dan pelincir.
Petroleum cecair mempunyai beberapa kelebihan yang signifikan berbanding sumber tenaga lain kerana ia pekat dan dapat diangkut dengan mudah dari satu tempat ke tempat lain.
BESARKAN TEKS A- A+
Akan tetapi, minyak juga boleh membawa kemudaratan kepada manusia dan alam sekitar jika terlibat dalam kemalangan, salah satunya adalah insiden tumpahan minyak.
Tumpahan minyak di laut dan darat menyebabkan kerugian yang tersangat besar dan juga membunuh haiwan serta tumbuhan sekeliling.
iluminasi.com kongsikan 7 tragedi tumpahan minyak paling dahsyat dalam sejarah.
7. Medan minyak Nowruz (1983) - 302 juta liter minyak
Pada 10 Februari 1983, sebuah platform minyak Iran di atas medan minyak Nowruz di utara Teluk Parsi telah dilanggar oleh kapal tangki.
Kesan itu menyebabkan platform itu condong 45 darjah. Hakisan dan gelombang tenaga telah menumbangkan platform dan memecahkan kepala telaga platform itu.
Telaga itu bocor dan melepaskan sekitar 240,000 liter minyak ke Teluk Parsi setiap hari sebelum akhirnya ditutup pada September 1983.
Semasa awal 1980-an, Teluk Parsi utara adalah zon perang dalam sebahagian daripada Perang Iran-Iraq, dan platform berdekatan yang berbeza diserang oleh helikopter Iraq hanya sebulan selepas perlanggaran tangki itu.
Kerosakan platform kedua ini menumpahkan kira-kira 117 juta liter minyak ke teluk itu sebelum ia dibendung lebih dari dua tahun kemudian.
Operasi penutupan dan pembaikan oleh Iran dilakukan selepas kemarahan rakyat Iraq membuak-buak dan kira-kira 20 orang terbunuh dalam usaha menutup telaga itu.
Anggaran menunjukkan bahawa kira-kira 302 juta liter minyak telah tertumpah akibat kedua-dua insiden ini.
Skimmer dan peralatan lain dapat membersihkan sebahagian minyak, namun anggaran dua pertiga dari jumlah keseluruhan jatuh ke dasar laut sebagai bola tar selepas pasir bercampur dengan minyak terapung di permukaan.
6. Tumpahan minyak Sungai Kolva (1994) - 318 juta liter minyak
Tumpahan minyak Sungai Kolva disebabkan oleh pelanggaran dalam saluran paip minyak yang terhakis di Arktik Rusia.
Minyak terkumpul di sekitar tapak yang pecah tersebut selama lapan bulan, yang terkumpul dalam sebuah telaga. Namun, telaga itu tidak bertahan dan menumpahkan kira-kira 318 juta liter minyak ke dalam Sungai Kolva.
Terdapat kira-kira 186 km persegi tundra dan tanah lembap yang tercemar oleh minyak ini.
Kebocoran minyak dari saluran paip di rantau ini terus melepaskan berjuta-juta liter minyak ke kawasan berdekatan, yang sebahagiannya mencapai Sungai Kolva.
5. Tumpahan minyak Mingbulak (atau Lembah Fergana) (1992) - 333 juta liter minyak
Pada 2 Mac 1992 di Uzbekistan, satu tumpahan minyak di darat terbesar dalam sejarah dan tumpahan minyak terburuk di Asia telah berlaku.
Ia disebabkan oleh suatu ledakan di sebuah telaga telah menumpahkan minyak ke lembah berhampiran bandar Fergana.
Minyak itu kemudiannya menyala dan terbakar selama dua bulan sebelum tekanan telaga tersebut reda. Anggaran jumlah minyak yang tumpah dalam insiden ini adalah sekitar 333 juta liter.
4. Tumpahan minyak Atlantic Empress (1979) - 340 juta liter minyak
Bencana Atlantic Empress telah menumpahkan anggaran 340 juta liter minyak ke Lautan Atlantik sekitar 16 km dari pulau-pulau Trinidad dan Tobago.
Perlanggaran antara kapal VLCC Atlantik Empress dan Aegean Captain pada 19 Julai 1979, semasa ribut tropika menyebabkan tumpahan tangki terbesar dalam sejarah.
Kedua-dua kapal itu terbakar dan api menyala lapisan minyak, tetapi Atlantic Empress mengalami kesan terburuk akibat perlanggaran itu.
Atlantic Empress dibawa jauh dari daratan dan terbaakr selama dua minggu sebelum ia tenggelam.
Sebaliknya, api di atas Aegean Captain berjaya dipadamkan dan kapal itu ditarik ke Trinidad.
Walaupun terdapat banyak minyak yang ditumpahkan semasa kemalangan ini, tumpahan menyebabkan kerosakan alam sekitar yang sangat kecil ke pantai di pulau-pulau berdekatan.
Ini kerana angin menolak sebahagian besar minyak ke laut, di mana ia tersebar. Walau bagaimanapun, 27 anak kapal mati dalam kemalangan itu.
3. Tumpahan minyak Ixtoc 1 (1979) - 530 juta liter
Insiden kemalangan Ixtoc 1 di Mexico telah menumpahkan sehingga 530 juta liter minyak mentah ke Teluk Campeche antara Jun 1979 dan Mac 1980.
Disebabkan ketidakpastian yang tentang berapa banyak minyak yang dilepaskan semasa bencana Deepwater Horizon, beberapa sumber mengatakan kemalangan Ixtoc 1 sebagai tumpahan minyak terburuk kedua sepanjang zaman.
Tumpahan itu bermula dengan letupan di atas platform Ixtoc 1, yang menggerudi telaga eksplorasi sekitar kira-kira 50 meter dalam air.
Letupan itu disebabkan oleh apabila lumpur penggerudian gagal untuk beredar, mengakibatkan pembentukan minyak dan gas dalam paip.
Apabila pekerja cuba untuk mengalihkan gerudi supaya bahan-bahan dapat mengalir semula dalam paip dan memasang lubang, lumpur, minyak, dan gas asli mengalir deras dalam paip dan memintas pencegah semburan, yang mana gagal berfungsi.
Apabila gas datang bersentuhan dengan motor yang sedang berputar di permukaan, ia menyebabkan nyalaan api.
Kira-kira 476 juta hingga 530 juta liter minyak dilepaskan ke bahagian selatan Teluk Mexico dalam tempoh sembilan bulan kemudian.
Sebahagian daripada minyak ini tersebar ke pantai dari Semenanjung Yucatan barat ke selatan Texas, yang mengakibatkan kerugian ratusan juta ringgit dalam bagi industri pelancongan dan memberi kesan kepada perikanan komersil di rantau ini selama lima tahun selepas itu.
2. Tumpahan minyak Deepwater Horizon (2010) - 780 juta liter minyak
Tragedi tumpahan minyak yang tidak disengajakan terbesar dalam sejarah bermula di Teluk Mexico pada 20 April 2010.
Dalam tragedi itu, lonjakan gas asli meletup melalui tudung simen yang baru dipasang untuk menutup telaga yang digerudi oleh pelantar minyak Deepwater Horizon.
Gas itu naik sehingga ke atas pelantar ke platform, di mana ia menyala dan membunuh 11 orang pekerja serta mencederakan 17 yang lain.
Platform minyak itu kemudiannya terbalik dan tenggelam dua hari kemudian.
Sebelum telaga itu ditutup beberapa bulan kemudian pada 17 September, sejumlah 507 juta liter minyak tertumpah (menurut penemuan Mahkamah Daerah AS), dan kira-kira 2,100 km dari Pantai Teluk Amerika Syarikat dari Texas ke Florida disalut dengan minyak.
Beberapa sumber mencadangkan bahawa jumlah minyak yang tertumpah ke lautan adalah lebih tinggi, sekitar 780 juta liter.
Di dalam tindakan undang-undang berkenaan kes ini, syarikat minyak BP yang disifatkan sebagai pihak yang bertanggungjawab telah membayar RM270 bilion pampasan kepada orang yang bergantung pada teluk itu sebagai tempat mencari rezeki mereka.
1. Tumpahan minyak Perang Teluk Parsi (1991) - Hampir 2,000 juta liter minyak
Tumpahan minyak terbesar di dunia ini bukanlah satu kemalangan.
Pada 2 Ogos 1990, pemimpin Iraq, Saddam Hussein, mengarahkan pencerobohan dan pendudukan Kuwait dengan matlamat yang jelas untuk memperoleh rizab minyak negara itu, membatalkan hutang besar Iraq terhadap Kuwait dan memperluas kuasa Iraq di rantau ini.
Amerika Syarikat mengumpul gabungan British, Perancis, Mesir, Saudis, Syria, dan lain-lain untuk menghalau Iraq.
Selepas kempen serangan udara dan tanah besar-besaran pada Januari dan Februari 1991, tentera Iraq berundur.
Namun, dalam proses itu, mereka membakar beratus-ratus telaga minyak Kuwait, yang terbakar selama berbulan-bulan.
Dalam usaha untuk menghalang pakatan AS daripada pendaratan marin dan tentera laut lain di Kuwait utara dan selatan Iraq, tentera Iraq melepaskan ratusan juta gelen minyak dari terminal Pulau Laut di Kuwait ke Teluk Parsi utara sebelum berakhirnya permusuhan.
Sesetengah sumber menganggarkan bahawa antara 1,438 juta dan 1,968 juta liter dilepaskan ke dalam teluk itu.
Rujukan:
1. Tragedi Tumpahan Minyak Terburuk Dalam Sejarah