Air minuman berkarbonat atau soda sangat mudah didapati dan dijual di hampir semua kedai runcit. Di pasaran, terdapat begitu banyak pilihan jenama dan perisa serta harganya juga boleh dianggap mampu milik.

Jangan terkejut kerana anda sesetengah individu yang begitu ketagih mengambil air minuman berkarbonat ini sehinggakan mereka akan mengambilnya hampir setiap hari. Selain tinggi kandungan gula, ada beberapa bahan lagi dalam minuman ini yang menjadikannya tidak baik untuk kesihatan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kali ini, mari lihat beberapa kesan buruk pengambil minuman soda dan berkarbonat kepada kesihatan anda. Kesemua kesan buruk ini merupakan dapatan daripada kajian dan bukannya berdasarkan andaian semata-mata. 

1. Aspartame penyebab penyakit berkaitan gangguan saraf

aspartame

Aspartame ialah nama lain untuk nama jenama NutraSweet, Equal, Spoonful dan beberapa jenama lain. Ia telah diluluskan untuk digunakan sebagai bahan tambahan makanan pada tahun 1981 walaupun ketika itu menerima banyak banyak laporan negatif.

Aspartam yang terdapat dalam soda diet mengandungi 40% asid aspartik yang apabila diambil dalam dos yang tinggi membunuh neuron tertentu dalam otak dengan membenarkan kemasukan terlalu banyak kalsium ke dalam sel. Kemasukan ini mencetuskan jumlah radikal bebas yang berlebihan, yang membunuh sel.

Aspartame turut mengandungi 50% fenilalanin-asid amino yang terdapat dalam otak- yang menyebabkan kemurungan kerana ia mengurangkan kuantiti serotonin dalam otak dengan meningkatkan kuantiti fenilalanin. Keadaan ini amat berbahaya bagi mereka yang mengalami gangguan genetik fenilketonuria (PKU) kerana mereka tidak boleh memetabolismekan fenilalanin.

2. Mempercepatkan proses penuaan

soda kesan penuaan

Di University of California, San Francisco, penyelidik menjalankan tinjauan di seluruh negara terhadap 5,309 orang dewasa AS antara 1999 dan 2002 dan menemui hubungan antara minuman cola  dan proses penuaan sel yang cepat. Ini disebabkan oleh pemendekan telomer - urutan DNA berulang yang menutup hujung kromosom kita.

Telomer memendek setiap kali sel membahagi tetapi dalam kajian itu, diperhatikan bahawa pengambilan soda secara berkala membawa kepada pemendekan melampau telomer ke titik di mana sel berhenti membahagi dan mati. Ini menunjukkan penuaan lebih pantas pengguna soda disebabkan pemendekan telomer lebih cepat.

3. Kesan ketagihan seperti ketagihan kokain

ketagihan gula 132

Apabila anda makan gula atau makanan ringan, hormon otak yang dipanggil dopamin akan dikeluarkan. Otak manusia berfungsi dengan cara yang mencari lebih banyak aktiviti yang membebaskan dopamin kerana hormon ini dikaitkan dengan "keseronokan".

Banyak kajian telah mendedahkan bahawa minuman soda yang diproses dan sarat dengan gula yang mengandungi jumlah berlebihan berfungsi sebagai "superstimuli" di mana sejumlah besar dopamin dilepaskan ke otak sehingga ia mula mengidamkan jumlah hormon keseronokan ini.

Ini membawa kepada ketagihan dan kesukaran yang melampau untuk mengelakkan pengambilan minuman soda. Ketagihan ini juga sama dari segi ketagihan kokain di mana otak menginginkan lebih dan lebih daripada itu kerana ia telah dibanjiri dengan dopamin. 

4. Risiko tinggi mendapat gout

penyakt gout

Gout adalah penyakit di mana kristal asid urik termendap dalam sendi yang membawa kepada kesakitan dan bengkak yang teruk. Pengambilan soda yang kerap dikaitkan dengan peningkatan gout seperti kajian pada tahun 2011 di mana ia diperhatikan bahawa bilangan penghidap gout pada tahun 1970-an adalah 20 setiap 100,000.

Jumlah ini meningkat kepada 45.9 bagi setiap 100,000 menjelang pertengahan 90-an.  Kaitan telah menemui kaitan antara pengambila soda dan gout kerana fruktosa yang merupakan sumber utama rasa manis dalam minuman meningkatkan kepekatan asid urik dalam badan yang membawa kepada pembentukan gout.

5. Peningkatan kadar kegagalan jantung

keburukan soda

Pada tahun 2015, pasukan penyelidik di Institut Karolinska di Sweden melakukan kajian menyeluruh terhadap 42,400 lelaki dalam tempoh 12 tahun dan kesan minuman soda terhadap kesihatan mereka dan membuat kesimpulan bahawa pengguna peluang untuk mencapai kegagalan jantung sebanyak 23% pada lelaki.

Kajian itu juga menyatakan bahawa keputusan yang sama turut terpakai untuk wanita. Antara sebabnya adalah kehadiran pemanis tiruan dalam soda yang diketahui boleh menyebabkan diabetes dan masalah berkaitan obesiti lain selain serangan jantung.

6. Peningkatan risiko kanser

penyakit kanser

Warna karamel yang terdapat dalam minuman soda sebenarnya adalah bahan kimia yang apabila diambil dalam kuantiti yang sedikit secara kerap, akan meningkatkan peluang anda untuk menghidap kanser. Kajian ini diterbitkan dalam kajian saintis penyelidik di Johns Hopkins Bloomberg School of Public Health.

Mereka mendapati bahawa bahan kimia karamel yang digunakan ialah 4-methylimidazole (4-Mel) dan 2-methylimidazole yang terdapat dalam kuantiti yang tinggi yang meningkatkan risiko kanser.

7. Boleh melemahkan sistem endokrin 

bahaya bpa

Tin soda biasanya disalut dengan resin yang dibuat dengan bahan kimia yang dipanggil bisphenol A (BPA). BPA adalah bahan kimia yang telah terbukti mengganggu proses pembiakan dengan melemahkan sistem endokrin dan mengubah struktur rahim dengan cara yang berbahaya dan boleh membawa kepada jangkitan yang teruk, seterusnya menyebabkan keabnormalan pembiakan.

Bukti kesan BPA ditemui oleh Penyelidik di Universiti Cincinnati pada tahun 2012, dalam kajian yang dibiayai oleh geran daripada Institut Sains Kesihatan Persekitaran Kebangsaan Institut Kesihatan Nasional di Amerika Syarikat. 

Kredit:

  1. Aspartame
  2. Science News
  3. The Independent
  4. Medical Daily
  5. Science Daily



Hakcipta iluminasi.com (2017)