Dalam zaman telefon pintar dan Facebook kini, kita merasakan bahawa dunia sudahpun menuju ketamadunan maju dan meninggalkan adat kuno. Akan tetapi, di kepulauan Sumba, Indonesia, masyarakat di sana masih mengamalkan korban darah yang melibatkan pergaduhan, berlawan tombak dan penyembelihan haiwan korban. 

korban darah kaum sumba pasola lawan lembing atas kuda kepercayaan indonesia korban haiwan

Masyarakat Sumba terdiri daripada pelbagai puak dengan 12 jenis bahasa dan amalan yang berbeza. Namun dalam perbezaan itu, mereka juga berkongsi beberapa persamaan. Mereka adalah petani yang bergantung kepada hasil tanaman dan mereka percaya korban darah memainkan peranan penting untuk memastikan hasil tuaian yang baik.

Menurut salah seorang penduduk tertua di Sumba, mereka memerlukan darah untuk menyempurnakan upacara ritual. Maka, mereka sering menyembelih anjing, ayam, kerbau dan khinzir untuk mendapatkan darahnya. Hinggakan adakalanya manusia pun dijadikan korban untuk memperoleh kekayaan dan nasib yang baik. Ritual ini merupakan sebahagian daripada kepercayaan warga Sumba yang menganut kepercayaan animisme dinamakan Marapu.

korban darah kaum sumba pasola lawan lembing atas kuda kepercayaan indonesia pawang bomoh

Kepercayaan Marapu ini berkonsepkan pemberian penghormatan kepada roh-roh orang yang telah lama meninggal dunia. Kepercayaan ini juga boleh dilihat pada tempat ibadatnya, struktur rumahnya dan juga ritual berkomunikasi dengan alam roh orang yang sudah mati.

Kepala haiwan korban darah biasanya akan dipotong dan disimpan. Begitu juga adat mereka dahulu kala apabila mengalahkan puak musuh, mereka akan memenggal kepala dan menyimpannya sebagai piala dengan mencucuknya pada batang-batang kayu. Adat memotong kepala ini diukir pada kain atau batu nisan mereka.

korban darah kaum sumba pasola lawan lembing atas kuda kepercayaan indonesia rambu 256

Perayaan korban darah bagi suku kaum ini diadakan pada bulan Februari dan Mac setiap tahun dan dimulakan dengan korban haiwan yang mengerikan. Kemudian disusuli dengan acara tinju yang boleh membuatkan Mike Tyson sendiripun berasa ragu-ragu untuk menyertainya.

Acara tinju yang dikenali dengan nama Pajura ini akan mengumpulkan para peninju dari pelbagai puak pada suatu malam yang gelap. Mereka akan mengikat tulang dan tanduk haiwan di tangan sambil dihayunkan ke arah pihak lawan. Para peninju ini akan bertarung dari jam 12 tengah malam sehingga 4 pagi diterangi cahaya bulan semata-mata kerana tidak ada sesiapapun dibenarkan membawa obor atau lampu.

korban darah kaum sumba pasola lawan lembing atas kuda kepercayaan indonesia tinju pajura 2

Akan tetapi, Pajura hanyalah sebahagian kecil daripada upacara perayaan Pasola. Semasa menyambut perayaan ini, satu acara pertarungan menggunakan lembing sambil menunggang kuda akan diadakan.

Pada malam sebelum festival Pasola berlangsung, pawang dari setiap puak akan berkumpul dan melakukan upacara nyale untuk menyeru cacing laut sehingga matahari terbit. Setelah itu, mereka akan menuju ke pantai beramai-ramai untuk menangkap haiwan itu bagi meramal hasil tuaian mereka berdasarkan warna cacing tersebut.

korban darah kaum sumba pasola lawan lembing atas kuda kepercayaan indonesia nyale tangkap cacing laut

Setelah itu, upacara diteruskan dengan perayaan pasola. Pada zaman dahulu, masyarakat Sumba menggunakan lembing dengan hulu yang ditajamkan untuk bertarung. Namun, setelah kemasukan Belanda ke tanah jajahan itu, penggunaannya diharamkan dan digantikan dengan lembing yang tumpul. Walau bagaimanapun, itu sudah cukup untuk mematahkan tulang dan mengerat leher sesiapa sahaja yang terkena sasaran. Dipercayai jika lebih banyak berlaku kematian, maka lebih melimpahlah hasil tuaian mereka. Jika ada peserta Pasola yang mati, kudanya juga akan dijadikan korban darah.

korban darah kaum sumba pasola lawan lembing atas kuda kepercayaan indonesia 2

Kadang kala, ribuan penonton yang menyaksikan perlawanan boleh bertukar menjadi huru-hara sehingga keadaan bertukar menjadi seperti sebuah rusuhan. Apabila dihalang pihak polis, mereka akan membaling batu sambil terjerit-jerit bersorak.

Walaupun pihak polis bersedia sepanjang masa mengawasi perjalanan festival ini atas dasar "keselamatan", namun sekiranya berlaku kematian semasa upacara berlangsung, tidak ada sesiapa yang akan didakwa atas kesalahan membunuh.

korban darah kaum sumba pasola lawan lembing atas kuda kepercayaan indonesia

Batu-batu nisan besar di sebuah dataran menandakan tempat bersemadinya pahlawan yang terkorban semasa upacara Pasola. Kaum Sumba percaya sekiranya mereka mati semasa berlangsungnya perayaan ini, ia adalah satu penghormatan paling besar buat mereka.


tags : , , , , , , , , , , , ,

web counter



Hakcipta iluminasi.com (2017)