Apabila sekumpulan manusia bergerak dari satu lokasi geografi ke lokasi lain, dunia berhadapan dengan fenomena penghijrahan besar-besaran. Penghijrahan besar-besaran adalah sesuatu yang biasa pada abad ke-15, 16, 19 dan awal abad ke-20.
Namun, sehingga hari ini masih terdapat rakyat daripada beberapa negara yang terpaksa melarikan diri daripada tanah air mereka disebabkan peperangan, pergolakan politik, masalan kewangan negara dan macam-macam lagi. iluminasi.com kongsikan dengan anda 7 peristiwa perpindahan manusia yang terbesar dalam sejarah manusia.
BESARKAN TEKS A- A+
7. Vietnam ke seluruh dunia - 1 hingga 2 juta orang
Berjuta-juta orang telah melarikan dari Vietnam apabila negara ini diambil alih oleh pihak komunis dalam peperangan mereka dengan Amerika Syarikat pada tahun 1975. Ramai yang tak mahu hidup diperintah oleh komunis manakala yang lain telah membantu Amerika.
Mereka melarikan diri terutamanya melalui laut dengan apa jenis kapal yang mereka mampu. Beeribu-ribu daripada mereka tenggelam dalam bot-bot kecil mereka yang mana mereka harus harungi ribut maut, kelaparan dan mengelakkan daripada lanun. Namun, ramai yang berjaya.
Anggaran jumlah adalah di antara 1 hingga 2 juta orang dan kini ramai di antara mereka telah berjaya hidup dengan baik di negara maju terutamanya di Amerika Syarikat. Anggaran PBB sebanyak 200,000 hingga 400,000 orang mati di laut.
6. Migrasi China ke Taiwan dan seluruh dunia - 2 juta
Apabila tentera komunis di bawah pemerintahan Mao Zedong mengalahkan kaum nasionalis dan menubuhkan negara komunis, berjuta-juta orang terutamanya tentera Nasionalis melarikan diri ke Taiwan yang mana diisytiharkan sebaga negara berasingan, dan mendakwa ia adalah negara China yang sebenar.
Industri kemudiannya berkembang dengan pesat di Taiwan dan negara ini menjadi kaya raya. Orang Cina yang lain kemudiannya melarikan diri ke seluruh dunia, dan disebabkan sikap berdedikasi dan rajin, mereka berjaya di mana sahaja mereka berada.
Penghijrahan di antara tahun 1948 hingga 1950 ini dianggarkan melibatkan 2 juta orang China ke Taiwan dan negara-negara lain.
5. Afghanistan to Pakistan - 2.58 juta orang
Afghanistan menjadi tidak stabil apabila Kesatuan Soviet menceroboh negara ini pada tahun 1979. Tidak dapat mengalahkan kuasa tempatan Mujaheddin yang didukung oleh gabungan CIA Amerika dan Pakistan, membuatkan Kesatuan Soviet terpaksa berundur pada tahun 1988 selepas perang berdarah.
Perang saudara yang berlaku di antara panglima perang tempatan selepas pengunduran Kesatuan Soviet dan kemarau yang teruk selamaa beberapa tahun menambah lagi kesengsaraan penduduk tempatan yang sudah menderita berdekad-dekad peperangan.
Ini memaksa berjuta-juta orang Afghanistan untuk melarikan diri dan berhijrah menjadi pelarian ke negara jiran iaitu Iran dan Pakistan. Sehingga kini, Pakistan menjadi antara negara yang menjadi lokasi pendatang dan pelarian antarabangsa, dianggarkan sebanyak 2.58 juta orang yang mana kebanyakannya adalah orang Afghanistan.
4. Migrasi Eropah dan negara lain ke Israel - 3.6 juta orang
Semenjak kewujudan penyebaran Yahudi terawal, ramai orang Yahudi bercita-cita untuk kembali ke "Zion" dan "Land of Israel". Harapan dan kerinduan orang Yahudi yang tinggal dalam pengasingan adalah tema penting dalam sistem kepercayaan Yahudi.
Selepas orang Yahudi diusir dari Sepanyol pada tahun 1492, beberapa kumpulan komuniti ini menetap di Palestin. Pada abad ke-16, komuniti Yahudi mula tersebar ke empat kota suci, Baitulmaqdis, Tiberias, Hebron dan Safed.
Penghijrahan ke tanah suci Palestin ini secara tradisinya dikenali sebagai "Aliyah" dalam bahasa Ibrani. Ia telah menjadi aspirasi ramai orang Yahudi dan juga salah stu doktrin kardinal ideologi Zionis. Tujuan utama pergerakan Zionis ini adalah untuk menubuhkan negara Israel, tanah bebas bagi orang Yahudi.
Ia telah menggalakkan orang Yahudi dari seluruh dunia untuk berhijrah memasuki tanah ini tetapi pemerintahan Uthmaniyah menghentikan mereka di Palestin.
Kemudian Perang Dunia Pertama telah mengubah senario ini dan pendatang mengalir masuk ke Palestin yang diamanahkan kepada British, dan ada yang didorong oleh agama dan yang lain melarikan diri daripada pergerakan antisemitik seperti pembunuhan beramai-ramai iaitu Holocaust. Pihak British pula sudah menjanjikan negara Israel untuk orang Yahudi dalam Deklarasi Balgour pada tahun 1917.
Bermula tahun 1919 hingga 1948, terdapat 493,149 pendatang, dan selepas pengisytiharaan negara Israel, angka ini meningkat kepada 687,624 (1948-1951). Bermula daripada ini, orang Yahudi terus memasuki tanah ini. Menurut statistik, jumlah penghijrahan sehingga kini mencecah 3.6 juta orang.
4. Pemindahan Penduduk Kesatuan Soviet - 6 juta orang
Perpindahan populasi penduduk di Kesatuan Soviet di antara tahun 1920 hingga 1951 adalah satu contoh penghijrahan paksa besar-besaran. Tujuan utama perpindahan ini adalah untuk mengisi wilayah-wilayah etnik yang telah dibersihkan dan memindahkan tenaga buruh ke kawasan yang kurang berpenghuni.
Menurut statistik, pemindahan paksa telah mencetuskan pergerakan kira-kira 6 juta orang yang mana 1.5 juta daripadanya terbunuh dalam proses ini.
3. Migrasi Mexico - 9 ++ juta orang
Bermula dari awal abad ke-20, populasi Mexico mula berhijrah ke negara jiran, Amerika Syarikat. Sebab utama adalah keperluan oleh Amerika Syarikat terhadap tenaga buruh dan juga pergolakan politik di Mexico.
Walaupun sudah bertahun-tahun undang-undang imigrasi Amerika telah mengalami perubahan bagi mengekang masalah ini, namun orang Mexico tetapi menjadi kumpulan imigran terbesar di negara itu. Jika dibandingkan dengan tahun 1980, di mana populasi Mexico di Amerika Syarikat adalah sekitar 2.2 juta, namun jumlah tersebut meningkat kepada 11.6 juta pada tahun 2013.
Walaupun selama ini, undang-undang imigrasi Amerika telah mengalami perubahan, orang-orang Mexico tetap menjadi kumpulan imigran terbesar di negara ini. Berbanding tahun 1980, apabila populasi Mexico dikira kepada 2.2 juta, jumlahnya meningkat kepada 11.6 juta pada tahun 2013.
2. Migrasi India ke Pakistan - 15 juta orang
Berikutan pemisahan British India, di mana British keluar daripada tanah itu dan mewujudkan dua negara bebas, Pakistan dan India, kira-kira 15 juta orang mendapati diri mereka berada di bahagian tanah yang "salah", iaitu Hindu dan Sikh di wilayah Pakistan dan Muslim di wilayah india.
Maka, berlakulah antara penghijrahan manusia paling besar di dunia dengan umat Islam berpindah ke arah timur dan barat Pakistan (kini Bangladesh), dan umat Hindu dan Sikh menyeberang ke India.
Emosi yang tidak stabil menyebabkan pelbagai keganasan yang dahsyat dilakukan oleh kedua-dua belah pihak mengakibatkan kerosakan harta benda, pembakaran dan juga pembunuhan. Malah pihak tentera juga mengambil bahagian dalam keganasan ini di bahagian-bahagian tertentu.
Pada 9 Ogos 1947, sebuah kereta api yang membawa pegawai-pegawai Islam dari Delhi ke Karachi telah dipintas dan 4 pegawai senior dan 150 yang lain telah dibunuh. Kereta api tersebut sampai ke destinasi dipenuhi dengan mayat dan karavan mereka yang mempunyai barangan telah dirampas.
Namun, pada hari ini, pendatang-pendatang ini telah becampur sepenuhnya dalam masyarakat Pakistan dan hidup sebagai masyarakat kelas tengah yang saling menghormati.
1. Krisis pelarian Syria - 158 juta orang
Dan perpindahan manusia paling besar dalam sejarah dunia, adalah krisis pelarian Syria. Ia merupakan krisis berterusan dan salah satu contoh penghijrahan besar-besaran yang disebabkan oleh peperangan. Jumlah pelarian yang melarikan diri dari Syria dan negara-negara jiran ke bahagian lain di Eropah mencecah 158 juta orang, menjelang September 2015.
Jumlah ini tersangat berbeza berbanding mana-mana jumlah pelarian dalam senarai ini. Ia juga 5 kali ganda daripada populasi di Malaysia dan separuh daripada populasi Amerika Syarikat.
Kebanyakan daripada 158 juta orang pelarian ini tidak berada di Eropah tetapi di negara-negara di sekitarnya. Negara-negara Eropah membahaskan bagaimana untuk menempatkan semula pelarian yang datang ke benua ini dengan cara jalan darat atau air.
Beribu-ribu nyawa terkorban semasa penghijrahan ini berlaku.
Rujukan:
1. Owlcation
2. Guardian
3. Economist