Industri pembinaan adalah antara salah satu industri yang tak akan pernah "mati", malah semakin berkembang hari demi hari. Oleh sebab itu, pelbagai jenis mesin pembinaan dihasilkan, termasuklah yang mempunyai saiz yang begitu besar dan dahsyat, bagi memudahkan serta mempercepatkan proses pembinaan.

Namun, tak ramai yang tahu dan dapat menyaksikan mesin-mesin ini "beraksi" kerana ia bukanlah sesuatu yang biasa dilihat. Oleh itu, iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda antara 5 mesin pembinaan yang paling besar di dunia yang pernah dihasilkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Mesin pelombong Bucyrus - Amerika Syarikat

bucyrus 2570w walking dragline mesin ciptaan manusia paling besar di dunia

Bucyrus 2570W Walking Dragline merupakan mesin pelombong yang paling besar di dunia, dengan berat mencecah 4.7 juta kilogram dan panjang 95 meter.

Mesin yang dihasilkan oleh syarikat yang berpangkalan di Ohio, Amerika Syarikat ini mampu mengorek tanah sedalam 42.7 meter, namun mempunyai kelajuan yang tersangat perlahan iaitu 241 meter per jam.

Diberikan nama gelaran "Old Glory", mesin ini dimiliki dan dikendalikan oleh syarikat Peabody Energy dan kini digunakan di lombong yang terletak di Indiana, Amerika Syarikat

4. Mesin pengangkut roket NASA - Amerika Syarikat

nasa crawler transporter mesin ciptaan manusia paling besar di dunia

Dengan saiz 40 meter panjang dan 34.7 meter lebar, mesin pengangkut yang juga dikenali sebagai Missile Crawler Transporter Facilities ini adalah antara mesin yang paling besar di dunia.

Mesin ini mempunyai berat 2.72 juta kilogram dan pada asalnya digunakan untuk mengangkut roket Saturn IB dan Saturn V semasa program Apollo, Skylab dan Apollo-Soyuz. Ia kemudiannya digunakan untuk mengangkut kapal angkasa dari tahun 1981 hingga 2001 dari Bangunan Pemasangan Kenderaan (VAB) NASA ke Kompleks Pelancar 39.

Disebabkan terlalu besar dan berat, mesin ini mampu bergerak dengan kelajuan 1.6 kilometer sejam.

Salah satu daripada pasangan mesin ini telah bergerak sejauh 3,551 kilometer yang mengambil masa 2,207 jam.

3. Big Bertha (TBM) - Jepun

  mesin penebuk terowong bertha mesin ciptaan manusia paling besar di dunia

Gelaran mesin penebuk terowong paling besar di dunia dipegang oleh Big Bertha, yang mempunyai diameter sepanjang 17.37 meter.

Mesin gergasi ini dibina oleh syarikat Jepun, Hitachi Zosen Sakai Works dan dipasang di Seattle, AS pada tahun 2013, khas untuk projek penggantian terowong Alaskan Way Viaduct, kendalian Jabatan Pengangkutan Washinton (WSDOT).

mesin penebuk terowong bertha mesin ciptaan manusia paling besar di dunia

Mesin ini diberi nama "Bertha" bersempena nama Bertha Knight Landes, Datuk Bandar wanita yang pertama di Seattle. Ia mempunyai panjang 99 meter dan berat 6,100 tan dengan bilan pemotong bersaiz 17.5 meter. Kos penghasilan Big Bertha mencecah RM315 juta.

Projek tersebut bermula pada 30 Julai 2013 dan dijangkakan siap pada Disember 2015.

Namun, mesin ini dilaporkan rosak pada Disember 2013, yang membuatkan projek ini tergendala seketika.

2 tahun masa diambil untuk menggali lubang dari permukaan, untuk mengakses dan mengeluarkan bahagian kepala mesin ini untuk dibaiki.

Projek menghasilkan 4 laluan bawah tanah sepanjang 3.2 kilometer ini dijangka siap pada Ogos 2018.

2. Bagger 293 - Jerman

bagger 293 mesin ciptaan manusia paling besar di dunia 67777

Bagger 293 bukan sahaja mesin jengkaut paling besar, tetapi juga memegang rekod sebagai kenderaan darat paling besar dalam sejarah dunia. Mesin yang juga dikenal sebagai MAN TAKRAF RB293 ini dihasilkan oleh syarikat Jerman, TAKRAF.

Dibina pada tahun 1995 dengan tinggi 96 meter (sama dengan Bagger 288) dan panjang 225 meter (sama dengan 287), Bagger 293 mempunyai berat 14.2 tan (2,000 gajah dewasa) dan memerlukan 5 individu untuk dikendalikan.

bagger 293 mesin ciptaan manusia paling besar di dunia

Mesin ini mampu memindahkan 76,455 meter padu tanah setiap hari menggunakan 20 "baldi berputar". Adalah menjadi perkara biasa bagi pekerja-pekerja di atas mesin ini untuk berjalan sejauh hampir 10 kilometer bagi setiap syif.

Kelajuannya pula adalah lebih rendah daripada 800 meter per jam, di mana perjalanan sejauh 21 kilometer mampu mengambil masa selama 3 minggu disebabkan oleh cabaran untuk menyeberangi jalan dan mengelak daripada wayar elektrik.

Sebanyak 16.56 megawat kuasa diperlukan untuk mengendalikan jentera ini, dan mampu memindahkan 76,455 meter padu tanah setiap hari menggunakan 18 baldi yang setiap satunya mempunyai diameter 21.3 meter.

1.  Large Hadron Collider - Switzerland

large hadron collider mesin ciptaan manusia paling besar di dunia

Large Hadron Collider adalah mesin yang paling besar di dunia yang pernah dibina oleh manusia, setakat ini. Apa yang menarik adalah mesin paling besar di dunia ini dibina untuk mengkaji benda yang paling kecil di dunia, iaitu zarah subatomik.

Ia dibina oleh Organisasi Penyelidikan Nuklear Eropah (CERN) dengan lilitan sepanjang 27 kilometer dan ditanam di dalam tanah sedalam 175 meter berhampiran Geneva, Switzerland.

Mesin ini menelan kos hampir RM40 bilion dan merupakan kemudahan penyelidikan eksperimen terbesar dan paling rumit di dunia.

Rujukan:

1. Construction Junkie

2. Total Jobs




Hakcipta iluminasi.com (2017)