Genetik yang dimiliki dalam diri kita menentukan pelbagai perkara selain daripada karekter.

Ia juga mempengaruhi perkara-perkara luar biasa seperti gaya hidup kita, tabiat perbelanjaan, pemilihan makanan, malah sehingga ke bau ketiak.

Bunyi macam pelik, tetapi benar. Ia merupakan hasil daripada evolusi. iluminasi.com kongsikan 5 perkara yang anda tak tahu dipengaruhi oleh genetik.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Gula dan lemak

kecenderungan terhadap makanan bergula dipengaruhi oleh genetik

Kita sukar untuk membendung masalah obesiti kerana genetik memainkan peranan penting dalam hal ini. Pada zaman dahulu di mana memburu merupakan satu-satunya cara untuk mendapatkan sumber makanan, manusia ketika itu makan secara tidak menentu.

Kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui bila dan berapa kali mereka akan makan dalam sehari. Kemudian manusia mula menyedari bahawa makanan bergula dan berlemak memberikan tenaga yang bertahan untuk tempoh yang lebih lama.

Ini kerana lemak mengandungi lebih tinggi kalori berbanding yang lain. Gula pula membekalkan tenaga yang berpanjangan kerana ia mudah untuk ditukarkan kepada lemak. 

Manusia yang hidup pada zaman kemudian yang mempunyai genetik "thrifty", bertahan hidup kerana mereka lebih cenderung untuk terus hidup ketika berlakunya kekurangan makanan atau kelaparan.

Genetik "thrifty" adalah genetik yang membolehkan individu mengumpul dan memproses makanan dengan efisyen untuk menyimpan lemak dalam bagi bersedia ketika kekurangan makanan.

Kebanyakan manusia tanpa genetik ini pada ketika itu, mati. Walaubagaimanapun, sebilangan kecil daripada manusia tanpa genetik ini berjaya bertahan dan masih wujud.

Namun bagi kebanyakan daripada kita, nenek moyang kita mempunyai genetik "thrifty", membuatkan kita juga memilikinya.

4. Tidur

tidur dipengaruhi genetik

Secara purata, manusia memerlukan kira-kira 7 jam tidur pada waktu malam. Tempoh tidur kurang daripada 6 jam biasanya akan menyebabkan keletihan, yang boleh mencetuskan masalah lain.

Orang yang letih biasanya lemah dari segi fizikal  dan mental serta tidak dapat menumpukan perhatian atau berfikir dengan betul.

Mereka juga cenderung untuk menjadi tertekan. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan individu yang berbeza yang hanya memerlukan beberapa jam tidur malam.

Golongan ini mempunyai genetik p. Tyr362HIS, yang dikenali sebagai "Thatcher gen." Ini dinamakan bersempena mantan Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher yang terkenal kerana hanya tidur beberapa jam setiap malam.

Para penyelidik mendapati hubungan antara p. Gen Tyr362HIS dan tidur semasa kajian melibatkan 100 set kembar. Mereka mendapati bahawa peserta dengan gen ini mempunyai kekuatan otak yang sempurna walaupun mereka tidak mendapat tidur yang cukup.

Sementara itu, peserta tanpa gen mempunyai kekuatan otak yang lebih lemah kerana mereka tidak cukup tidur.

3. Membeli-belah

genetik berbelanja wanita

Membeli-belah adalah sinonim dengan wanita. Tetapi menurut Geoffrey Miller dari University College London, lelaki sebenarnya adalah orang golongan yang lebih cenderung untuk berbelanja disebabkan oleh genetik.

Lelaki suka membeli-belah kerana mereka mahu wanita beranggapan bahawa mereka kaya dan menarik. Memiliki barangan mahal juga bermakna seorang lelaki cukup kaya untuk menjaga wanita.

Beribu-ribu tahun yang lalu, sebelum pakaian dan pakaian fesyen menjadi sesuatu yang penting, lelaki memakai kulit binatang dan melukis tubuh mereka untuk menarik wanita.

Semakin maju teknologi, lelaki beralih kepada pakaian, kereta, dan simbol status lain, termasuk makan malam yang mahal. Kini, kebanyakan lelaki tidak lagi membawa wanita keluar makan malam dan membeli bunga atau kemewahan yang lain.

Tanggungjawab untuk sentiasa kelihatan menarik beralih kepada wanita, bagi memastikan lelaki tetap bersama mereka.

Itulah sebabnya wanita kelihatan seperti berbelanja lebih banyak daripada lelaki. 

2. Muzik

muzik dipengaruhi genetik

Penyelidik sering membuat spekulasi bahawa orang yang terdedah kepada muzik pada usia yang lebih awal cenderung untuk mampu menyanyi dan menganalisis muzik dengan baik.

Walau bagaimanapun, mereka telah mendapati bahawa kebolehan ini sebenarnya boleh disebabkan oleh genetik. Mereka mencapai kesimpulan ini selepas menganalisis 568 kembar wanita Inggeris.

Penyelidik melakukan kajian dengan menambah beberapa nota yang salah kepada potongan 26 lagu termasuk "God Save the Queen," "Yankee Doodle," dan "Happy Birthday."

Pasangan-pasangan kembar diminta untuk mencari kesilapan tersebut. Satu daripada empat kembar tidak dapat mengesan kesilapan.

Menariknya, pasangan kembar seiras lebih cenderung untuk mengesan kesilapan yang ditemui oleh kembarnya.

Walau bagaimanapun, separuh daripada kembar lain tidak dapat mengenali kesilapan yang ditunjuk oleh kembar yang lain. [8]

1. Ketiak berbau

ketiak busuk berkait dengan genetik 284

Ketiak 98% daripada manusia berbau apabila berpeluh. Walau bagaimanapun, ketiak 2% golongan lagi tidak berbau kerana mereka mempunyai gen ABCC11.

Penemuan ini dibuat oleh penyelidik dari University of Bristol yang mengkaji 6,495 wanita dan mendapati hanya 117 orang (2%) mempunyai gen ABCC11.

Menariknya, para saintis sememangnya sudah mengetahui tentang gen itu. Walau bagaimanapun, mereka memfokuskan penyelidikan mereka mengenai kesannya terhadap tahi telinga.

Orang yang mempunyai gen ini sentiasa mempunyai telinga yang kering. Malah, tahi telinga kering adalah satu kaedah untuk mengesan kehadiran gen di dalam badan, yang paling biasa di kalangan orang-orang Asia Timur.

Para peneliti percaya bahawa gen ABCC11 menjadikan ketiak yang basah menjadi tidak berbau kerana ia membuatkan kita menghasilkan kurang asid amino daripada biasa.

Ini bersamaan dengan kurang bakteria dan kurang bau kerana bakteria adalah perkara yang membuatkan ketiak kita berbau. Menariknya, ramai orang dengan gen ABCC11 masih menggunakan deodoran.




Hakcipta iluminasi.com (2017)