Sedar atau tidak, sebenarnya kita mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan nenek di sebelah ibu. Ya, walaupun jaraknya agak jauh, tetapi nenek di sebelah ibu sangat unik bagi kita.

Mereka memainkan peranan penting dalam kehidupan kita, baik dari segi emosi emosi hinggalah ke peringkat genetik.

Walaupun anda tidak menghabiskan banyak masa dengan nenek di sebelah ibu anda malah ada yang tak sempat bertemu, namun ikatan antara anda dan nenek tidak akan hilang sampai bila-bila.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini disebabkan anda mewarisi DNA, sifat, cita rasa, dan emosinya!

Seorang penulis esei Chile bernama Alejandro Jodorowsky telah menulis sebuah buku bertajuk "Metagenealogy: Self-Discovery Through Psychomagic and the Family Tree", di mana beliau menerangkan pengaruh genetik nenek moyang terhadap cucu-cucu, disebabkan genetik boleh diturunkan terus daripada seorang nenek kepada cucu secara langsung. 

hubungan rapat antara cucu dan nenek wajah sama

Menurut Alejandro, gen yang diterima oleh anak-anak di dalam rahim ibu mereka datang terus dari nenek mereka. Di antara semua datuk dan nenek moyang, nenek di sebelah ibu adalah orang yang paling bertanggungjawab untuk warisan gen.

Gen tidak selalu diturunkan secara langsung kepada generasi akan datang, tetapi ia boleh melangkau generasi.

Inilah sebabnya mengapa berlakunya kemungkinan di mana sesetengah kanak-kanak mempunyai paras rupa seperti ibu atau bapa saudara, dan datuk serta nenek mereka berbanding ibu bapa sendiri. 

Dalam kes-kes yang lain, cucu-cucu mungkin tidak kelihatan seiras dengan nenek mereka, tetapi akan sentiasa ada tanda-tanda pada mereka seperti tahi lalat, senyuman, warna mata, cara mereka bergerak dan berjalan.

Kadang-kala, cucu akan mewarisi struktur tulang, otot atau pun penyakit genetik dari datuk nenek mereka.

persamaan wajah antara nenek sebelah ibu dengan cucu

Secara purata, cucu berkongsi 25% DNA dengan datuk dan nenek.

Para saintis dari University of Cambridge telah menerbitkan kajian tentang ikatan antara nenek di sebelah ibu dan cucu mereka.

Menurut kajian ini, hubungan ini berlaku kerana kromosom X, di mana nenek menurunkan 25% daripada kromosom-X nya kepada cucu, yang membolehkan mereka mewarisi gennya.

Nenek di sebelah bapa hanya menyebarkan kromosom X mereka kepada cucu perempuan, tidak kepada cucu lelaki.

Walaupun nenek di sebelah bapa mempunyai hubungan 50% dengan cucu perempuan, namun mereka biasanya tidak mempunyai kaitan genetik dengan cucu lelaki.

persamaan antara nenek dan cucu 2

Jangan risau, ini tidak bermakna cucu tidak rapat dengan datuk nenek mereka. Perkara yang paling penting untuk diingati adalah mengekalkan hubungan yang rapat dan kehadiran dalam kehidupan anak-anak sejak kecil.

Ini akan meningkatkan ikatan penting yang diperlukan untuk membina hubungan kekeluargaan yang mesra, tanpa mengira gen atau jantina.

Menurut Alejandro, anak-anak juga mewarisi pengalaman emosi nenek di sebelah ibu mereka.

Emosi yang dirasakan nenek apabila dia hamil anak perempuannya boleh disampaikan kepada cucu di masa depan. Ini kerana maklumat ini boleh direkodkan dalam DNA dan kekal walaupun ia melangkau satu generasi.

Rujukan:

1. Cambridge

2. Slate

3. The Tech




Hakcipta iluminasi.com (2017)