Introversi dan gejala kebimbangan sosial sering diperkatakan sama ada dalam fikiran manusia atau pun di internet. Namun realitinya adalah sukakan masa bersendirian tidak sama dengan hidup mempunyai masalah mental.
Individu introvert atau introversi iaitu mereka yang suka bersendirian adalah satu sifat keperibadian. Kebimbangan sosial atau social anxiety pula adalah mereka yang fobia apabila ditonton atau dinilai orang lain, adalah satu masalah mental.
BESARKAN TEKS A- A+
Sudah tentu, anda boleh menjadi seorang introvert yang mengalami kebimbangan sosial. Namun, ramai di antara kita yang salah tanggapan bahawa kedua-duanya adalah perkara yang sama.
iluminasi.com ingin kongsikan 4 perbezaan utama di antara individu introvert dan juga mereka yang mengalami kebimbangan sosial.
1. Introversi berlaku sejak lahir dan social anxiety melalui pengalaman
Kebimbangan sosial dapat dilihat sebagai produk persekitaran seseorang menurut ahli psikologi Ellen Hendriksen. Sebagai contoh, ia boleh berlaku selepas seseorang itu dibuli atau melalui beberapa bentuk penolakan sosial awal.
Dengan kata mudah, kebimbangan sosial berlaku daripada pengalaman seseorang itu sendiri. Bagi mereka yang introvert pula, ia sememangnya berlaku sejak lahir lagi.
"Introversi adalah sifat, bermakna ia adalah sebahagian daripada keperibadian anda. Tetapi dengan kebimbangan sosial, anda mungkin mempunyai kecenderungan ke arah itu dan ia bukan berlaku sejak dilahirkan. Kemungkinan besar, banyak pembelajaran yang mempengaruhi perkembangannya," jelas Ellen Hendriksen.
2. Individu dibelenggu social anxiety takut akan majlis sosial
Memikirkan untuk berinteraksi secara sosial adalah sangat menakutkan bagi seseorang yang hidup dengan gangguan kebimbangan sosial, menurut Victor Schwartz, ketua pegawai perubatan Jed Foundation, satu organisasi pencegah bunuh diri.
Introversi adalah gaya watak dan ia membuatkan seseorang itu mungkin tak suka atau mungkin mengambil masa untuk bersedia menghadapi situasi sosial serta mengalami kebimbangan yang masih mampu dikawal.
Individu dengan kebimbangan sosial pula berhadapan dengan kebimbangan yang lebih dahsyat apabila berhadapan dengan situasi sosial. Mereka mampu berasa takut dengan hanya memikirkan tentangnya sahaja. Perkara ini berkemungkinan besar menyebabkan fungsi pada individu tersebut menjadi terhad, seperti bercakap dan sebagainya.
Sebagai contoh, individu introvert mungkin malu-malu atau mengambil masa untuk menyesuaikan diri dalam sesebuah majlis, namun bagi mereka dengan social anxiety, mereka berasa sangat takut untuk menghadirkan diri, atau langsung tidak menghadirkan diri.
3. Individu dengan social anxiety mudah diserang panik
Jika bakal berhadapan dengan penglibatan atau acara sosial, individu introvert akan menggunakan masa sebelum menghadirkan diri untuk "mengecaj diri" kerana mereka menambah tenaga mereka melalui bersendiri daripada berada di sekeliling orang ramai. Masa tersebut mungkin digunakan untuk membaca buku atau menonton televisyen.
Bagi individu dengan kebimbangan sosial pula, menjangkakan satu perhimpunan sosial mampu menyebabkan ketakutan yang melampau, panik atau tekanan.
Gejala kebimbangan sosial adalah sama seperti gejala kebimbangan secara umum. Apa yang berbeza adalah penetapan atau konteks, jelas Victor Scwartz.
Ia boleh merangkumi perasaan tertekan, kegelisahan, kesukaran untuk duduk diam atau menumpukan perhatian dan gejala-gejala fizikal seperti sesak di tekak atau dada, jantung berdegup pantas, tapak tangan berpeluh dan perut tidak selesa.
4. Introvert mampu berucap di khalayak ramai, individu dengan social anxiety tidak
Introvert tidak bencikan pembentangan atau bercakap di khalayak ramai, mereka hanya tidak sukakan perbincangan yang tidak memberikan apa-apa makna yang berlaku selepas itu.
Bagi mereka yang dibelenggu kebimbangan sosial pula, berdiri di hadapan kumpulan atau orang ramai sudah cukup untuk menjadi masalah besar kepada mereka. Kesempurnaan adalah kesan sampingan kepada keadaan itu, dan mereka yang berurusan dengannya kerap berasa takut bahawa mereka akan merosakkan majlis atau tersalah cakap.
Terdapat banyak tanggapan bahawa orang ramai akan tidak bersetuju atau mengejek-ejek mereka yang mengalami kebimbangan sosial. Orang ramai menjangkakan mereka akan memalukan diri sendiri atau malu dengan apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan.
5. Introversi adalah cara hidup, social anxiety merugikan hidup
Kebimbangan sosial didorong oleh ketakutan. Sebagai contoh, ia membuatkan anda meninggalkan majlis hari jadi di awal waktu kerana anda yakin anda membosankan, atau tidak dapat bergaul. Dan ini membuatkan anda tak sempat meraikan hari jadi dan makan kek. Kebimbangan sosial membuatkan anda terlepas banyak perkara dalam hidup anda.
Anda terlepas apa yang ditawarkan oleh orang lain kerana anda tak hadir secara fizikal atau terperangkap dalam mod pemantauan diri iaitu bimbangkan anda akan berkata sesuatu yang bodoh apabila berada di sekeliling mereka.
Bagi individu introvert pula, mereka juga mungkin meninggalkan majlis hari jadi tersebut awal, namun kritikan terhadap diri sendiri tidak berlaku. Malah, introvert akan pulang ke rumah, duduk di hadapan televisyen sambil makan keropok tanpa memikirkan apa-apa.
Tiada penghakiman atau pembohongan diri serta langsung tak ambil peduli. Mereka memilih untuk meninggalkan sesuatu yang mereka tak selesa dan ia dilakukan bukan kerana perasaan takut.
Konklusi, steroetaip yang tidak tepat boleh menyebabkan stigma salah - tidak kira sama ada seseorang itu adalah introvert, seseorang yang mempunyai kebimbangan sosial atau kedua-duanya.
Rujukan:
2. Quiet Rev
3. Good Therapy