ini 9 mitos dan salah tanggap terhadap introvert

Introvert adalah golongan manusia yang agak unik dan menarik disebabkan mereka agak lain daripada yang lain.

Introvert mempunyai personaliti yang agak sukar difahami dan ia menyebabkan mereka sering disalah anggap oleh masyarakat.

Dan melabel seseorang sebagai introvert adalah penilaian yang sangat cetek kerana ia adalah lebih rumit daripada yang disangkakan. 

Dengan itu iluminasi.com ingin kongsikan 9 mitos dan salahtanggap terhadap golongan introvert.

1. Introvert tak suka bercakap

ini 9 mitos dan salah tanggap terhadap introvert 0

Ini adalah salahtanggapan yang paling kerap melanda introvert. Sebenarnya introvert bukan tidak suka bercakap, tetapi mereka tidak bercakap melainkan mereka mempunyai sesuatu untuk diperkatakan atau diluahkan.

Mereka tak suka borak kecil atau omong kosong yang tak membawa apa-apa makna. Tetapi jika introvert mula bercakap mengenai perkara yang mereka minat, anda akan dapat melihat mereka bercakap tak henti-henti dan mungkin akan membuatkan anda berasa bosan. 

2. Introvert adalah pemalu 

ini 9 mitos dan salah tanggap terhadap introvert 5 709

Ramai di antara kita mempunyai persepsi automatik bahawa introvert adalah pemalu. Namun rasa malu tak ada kena-mengena dengan menjadi seorang introvert dan introvert tak semestinya takutkan orang lain.

Apa sebenarnya yang mereka perlukan dalah sebab untuk mereka berinteraksi. Mereka tidak berborak atau berkomunikasi hanya semata-mata untuk berinteraksi.

Jika anda ingin bercakap dengan introvert, anda hanya perlu memulakannya, dan tak perlu bimbang untuk bersikap sopan.

3. Introvert adalah biadap

ini 9 mitos dan salah tanggap terhadap introvert 3 242

Intovert tidak melihat sebarang keperluan untuk berpura-pura dan beramah mesra secara sosial. Mereka hanya mahukan semua orang untuk bersikap jujur dan menjadi diri sendiri.

Malangnya, ia tidak boleh diterima dan dilakukan dalam kebanyakan situasi. Oleh itu, kebanyakan situasi membuatkan introvert tertekan untuk menyesuaikan diri yang mana menyebabkan mereka berasa letih dan tidak selesa.

4. Introvert tidak sukakan orang lain

ini 9 mitos dan salah tanggap terhadap introvert 4

Amat sukar untuk mendapat kepercayaan daripada introvert, membuatkan orang ramai melihatkan mereka sebagai tidak menyukai orang lain. Sebaliknya, introvert lebih menghargai orang terutamanya rakan-rakan mereka yang tak berapa ramai.

Jika anda sangat bernasib baik yang dipilih dan dianggap sebagai kawan oleh individu introvert, maka kemungkinan besar anda mempunyai rakan yang setia untuk seumur hidup.

Sebaik sahaja anda dihormati oleh introvert sebagai seorang yang dilihatkan mempunyai nilai dan kepercayaan serta mampu menyumbang kebaikan, maka anda akan dianggap sebagai orang penting dalam hidup mereka.

5. Introvert tidak suka keluar ke tempat awam

ini 9 mitos dan salah tanggap terhadap introvert 1

Introvert sering kali dilihatkan sebagai mereka yang tidak sukakan dunia luar atau lebih tepat suka terperap di rumah.

Apa yang sebenarnya berlaku adalah introvert memproses maklumat dan pengalaman dengan sangat pantas dan hasilnya, mereka tidak memerlukan masa yang lama untuk memahami atau mendapatkan sesuatu.

Mereka bersedia untuk pulang ke rumah, "mengecaj" diri mereka dan memproses segalanya. Malah, mengecaj diri sendiri dengan melakukan aktiviti peribadi di rumah sangat penting bagi introvert.

6. Introvert sentiasa mahu bersendirian

ini 9 mitos dan salah tanggap terhadap introvert 2

Untuk pengetahuan anda, introvert sangat banyak berfikir dan mereka juga suka berangan-angan. Mereka suka untuk mempunyai masalah untuk diselesaikan membuatkan mereka kerap kali berakhir dengan bersendirian.

Namun, mereka juga boleh menjadi sangat keseorangan jika mereka tidak memiliki sesiapa untuk berkongsi apa yang mereka rasakan dan alami.

7. Introvert sangat pelik

ini 9 mitos dan salah tanggap terhadap introvert 8

Persepsi orang ramai terhadap introvert adalah mereka merupakan golongan yang agak pelik. Namun sebenarnya introvert mempunyai pandangan dan membuat keputusan dengan sendiri tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

Introvert tidak membuat keputusan berdasarkan apa yang dilakukan oleh kebanyakan orang atau mengikut perkara trendy, mereka membuat keputusan dengan hanya memikirkan diri mereka.

Jadi, ini membuatkan mereka kelihatan seperti mencabar kebiasaan yang dilakukan oleh orang lain, yang mana dianggap lain daripada yang lain.

8. Introvert tidak tahu berseronok

ini 9 mitos dan salah tanggap terhadap introvert 6

Disebabkan sering bersendirian atau berada di rumah, introvert kerap dianggap sebagai golongan yang tidak tahu menggunakan masa untuk berseronok.

Namun, sebenarnya mereka mempunyai definisi berseronok berbeza daripada orang lain. Bagi kebanyakan orang, duduk dan berehat di rumah adalah sangat membosankan namun bagi introvert, ia adalah perkara yang paling menggembirakan.

Oleh itu anda tak akan dapat melihat introvert pergi ke tempat yang sibuk dan bising, seperti mana disukai oleh kebanyakan orang.

Malah, introvert langsung tidak kisah jika mereka harus melakukan aktiviti-aktiviti tersebut berseorangan, kerana itu lebih mudah dan tak banyak kerenah.

9. Introvert boleh bertukar menjadi extrovert

ini 9 mitos dan salah tanggap terhadap introvert 7

Dunia tanpa introvert akan bertukar menjadi dunia tanpa saintis, pemuzik, pelukis, penyair, pembuat filem, doktor, ahli matematik, penulis, dan ahli falsafah. Oleh itu, masih terdapat banyak perkara yang extrovert dapat belajar untuk berinteraksi dengan Introverts.

Introvert tak boleh "membaiki" diri mereka sendiri tetapi berhak untuk dihormati disebabkan oleh perangai semulajadi dan sumbangan mereka kepada masyarakat.

Jika ada yang mengatakan ia boleh berlaku, namun di sudut hati introvert itu sendiri mereka akan berasa tidak tenang kerana jiwa mereka melawan norma.

Sama ada anda adalah introvert atau extrovert, ia berlaku sejak lahir dan bukan disebabkan oleh pengaruh sekeliling. Jadi sesuatu yang dimiliki sejak lahir adalah semulajadi yang lebih serasi dengan jiwa berbanding perkara lain.

Rujukan:

1. Carl Kindgom

2. Quiet Rev

3. Huffington

4. Psychology Today


tags : , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)