Siapa tak kenal Supreme Leader ini? Kim Jong-un merupakan diktator yang sangat terkenal dengan pemerintahan yang sangat tegas dan kelantangannya menyuarakan sesuatu terhadap pemimpin sejawatan yang lain.

Ketegasan itu tidak terhad kepada rakyat-rakyatnya sahaja malah isterinya, Ri Sol-ju juga terkena tempias ketegasan Kim Jong-un. iluminasi.com kongsikan 7 peraturan yang harus diikuti oleh isteri Supreme Leader ini menurut Forbes.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Tidak dibenarkan bertemu ibu bapa

kim jong un dan insterinya sol ju gaya santai

Sebelum berkahwin dengan Supreme Leader, Ri Sol-ju bukanlah seorang rakyat biasa. Ibu bapa Sol-ju merupakan orang yang dikenali di Pyeongchang. Ibunya merupakan ketua ginekologi wad di sebuah hospital manakala bapanya pula merupakan seorang profesor.

Sol-ju mengenali Kim Jong Un melalui bapa saudaranya yang merupakan antara salah seorang penasihat tentera Kim. Namun selepas menjadi First Lady Korea Utara, Sol-ju tidak mempunyai banyak peluang bertemu ibu bapanya.

Terdapat laporan-laporan yang menyimpulkan bahawa Sol-ju tidak bertemu dengan ibu bapanya untuk sekian lama dan tidak diketahui sama ada anak-anaknya bertemu dengan datuk dan nenek mereka.

2. Pemakaian dan gaya rambut yang ditentukan

presiden korea utara bersama wife cantik

Sol-ju merupakan figura yang unik dari di awal perkahwinan dengan Kim Jong Un. Beliau dipakai pakaian yang lain daripada pakaian tradional, menggunakan produk kecantikan dan aksesori.

Ini seolah-olah satu perubahan terhadap wanita di negara ini berbanding zaman pemerintahan lalu, dan ia tak mengambil masa yang lama. Pakaiannya perlahan-lahan diubah kepada lebih konservatif tahun demi tahun.

Kebebasannya dalam berpakaian seolah-olah bukan miliknya lagi.

3. Dilarang berada di khalayak ramai bersendirian

persidangan korea utara kim dan sol ju

Disebabkan penampilan Sol-ju di khalayak ramai yang tersangat terhad membuatkan dunia sukar untuk mengtahui mengenainya dan keluarganya. Keluarga ini mempunyai 3 orang anak dan hampir tiada langsung maklumat mengenai anak-anak mereka dikeluarkan.

Malah, tak ada seorang pun gambar anak-anaknya diambil atau berada di internet. Dan disebabkan kuasa pemerintahan diwariskan kepada anak lelakinya, agak masuk akal untuk Kim Jong-un mengharamkan pendedahan awam terhadap anak-anak perempuannya dan membataskan masa isterinya di luar istana.

4. Dipaksa berkahwin

pemimpin korea utara bersama isterinya

Sebelum Kim Jon-un naik takhta, bapanya Kim Jong-il merupakan diktator Korea Utara. Beliau merupakan seorang yang sangat tegas dalam memberikan arahan dan semuanya harus mengikut kata dan telunjuknya.

Disebabkan serangan strok pada tahun 2008, Kim Jong-il menjadi lebih tegas terhadap anaknya dan pewaris takhta. Dilaporkan bahawa Kim Jong-il mengarahkan anaknya untu berkahwin dengan Sol-ju dan Sol-ju sendiri tidak mempunyai hak untuk bersuara membuatkan kedua-duanya berkahwin setahun kemudian.

5. Disekat keluar negara

kim jong un dan isterinya sol ju

Sebelum bertemu dengan lelaki yang paling ditakuti di Korea Utara, Sol-ju sudah tentunya mempunyai hidupnya sendiri yang agak bebas. Namun hidupnya itu mungkin berakhir selepas berkahwin.

Terdapat sumber mengatakan bahawa Sol-ju pernah meninggalkan keluar daripada Korea Utara beberapa kali sebelum berkahwin. Beliau dilaporkan menyambungkan pengajian di China untuk seketika dan melawat Korea Selatan sebagai ahli pasukan sorak.

Namun selepas menjadi First Lady, beliau tidak mempunyai peluang untuk berbuat demikian dan kekal di Korea Utara hampir sedekad.

6. "Dipaksa" hamil sehingga melahirkan anak lelaki

gambar perkahwinan kim jong un dan sol ju

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2009 dan laporan mengatakan anak pertama mereka lahir pada tahun 2010. Sejak itu, Sol-ju hanya mempunyai 2 orang anak sahaja, dan kedua-duanya adalah perempuan. 

Dilaporkan bahawa Kim Jong Un tidak senang dengan situasi tersebut. Menurut sumber, anak ketiga mereka adalah lelaki, yang mungkin memberikan kepuasan kepada Kim dan memberikan rehat kepada Sol-ju.

Malah, anak-anak mereka tidak pernah dilihat keluar daripada istana.

7. Dipaksa menyembunyikan kehamilannya

sol ju dan kim jong un ketawa tepuk tangan

Setelah berkahwin, hidup Sol-ju berubah terutamanya dari segi kemewahan. Namun, tahap keselamatan dan pengasingan meningkat selepas beliau hamil. Untuk beberapa bulan, Sol-ju hilang dari pandangan orang awam.

Ketika mana orang awam risau akan situasi itu, namun beberapa gambar yang timbul menunjukkan bahawa beliau hamil dan disengajakan daripada muncul di khalayak ramai. 

Alasan kehamilan digunakan untuk menyembunyikan Sol-ju namun persoalan yang timbul adalah sama ada trend ini akan berterusan sejak beliau dilaporkan mempunyai anak lelaki.




Hakcipta iluminasi.com (2017)