Terdapat beberapa patung besar yang popular di dunia antaranya Statue of Liberty di Amerika Syarikat dan Sphinx di Mesir, namun kedua-dua ini jauh lebih rendah jika dibandingkan dengan beberapa lagi patung tertinggi di dunia.

Patung-patung ini tidak semuanya dibina untuk tujuan keagamaan, ada antaranya yang dibina sebagai tugu peringatan dan penghargaan kepada tokoh-tokoh tertentu. Kali ini, mari lihat senarai 7 patung paling tinggi yang wujud di seluruh dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

7. Guishan Guanyin, China - 99 Meter

guishan guanyin

Guishan Guanyin terletak di Ningxiang, wilayah Hunan, dan merupakan patung keempat tertinggi di China dan ketujuh tertinggi di dunia dengan ketinggian 99 m. Patung ini boleh ditemui di Kuil Miyin, sebuah kuil Buddha Chan.

Ia adalah monumen gangsa berlapis emas yang menggambarkan manifestasi Bodhisattva Guanyin yang dikenali sebagai Shiyimian Qianshou Guanyin. Kerajaan Daerah Ningshan dengan bantuan perniagaan tempatan dan organisasi keagamaan, melabur 260 juta yuan untuk menyiapkan pembinaannya pada tahun 2009.

6. Sendai Daikannon, Jepun - 100 Meter

sendai daikannon

Sendai Daikannon secara rasmi dikenali sebagai Sendai Tendou Byakue Daikannon, ialah sebuah patung besar Byakue Kannon yang mempunyai tangan dan terletak di Sendai, Jepun. Kini, patung ini menduduki tempat ke 6 dalam senarai patung paling tinggi di dunia.

Menariknya, dengan ketinggian 100 meter, patung ini pernah menjadi patung paling tinggi di dunia sebaik sahaja siap pembinaannya pada tahun 1991. Walau bagaimanapun, kedudukan tersebut berubah apabila beberapa patung baru yang lebih tingg siap dibina.

5. Ushiku Daibutsu, Jepun - 100 Meter

ushiku daibutsu

Ushiku Daibutsu ialah sebuah patung yang terletak di Ushiku, Prefektur Ibaraki, Jepun. Disiapkan pada tahun 1993, ia mempunyai ketinggian 120 meter termasuk tapak 10 meter dan platform 10 meter. Patung ini pernah memegang rekod untuk patung tertinggi dari 1993 hingga 2008 dan kini berada di tangga ke 5 dunia.

Sebuah lif membawa pelawat menaiki 85 m ke tingkat untuk menikmati pemandangan sekeliling. Patung ini menggambarkan Buddha Amitabha dan diperbuat daripada gangsa. Ia dibina untuk memperingati kelahiran Shinran, pengasas Jōdo Shinshū "True Pure Land School" agama Buddha.

4. Statue of Belief, India - 106 Meter

patung paling besar tinggi di dunia

Patung ini merupakan patung terbaru yang siap dibina pada tahun 2020. Patung ini kini merupakan yang keempat tertinggi di dunia dengan ketinggian 106 meter dan merupakan patung shiva tertinggi di dunia.

Patung ini menggambarkan Shiva yang sedang duduk dan terletak di Nathdwara, Rajasthan, India. Pembinaan patung ini bermula sejak April 2013 dan struktur ikonik ini dibina dengan 2,500 tan keluli, dilapisi dengan tembaga berkualiti tinggi.

3. Laykyun Sekkya Buddha, Myanmar - 116 Meter

laykyun sekkya

Laykyun Sekkya Buddha adalah patung ketiga tertinggi di dunia pada ketinggian 116 meter. Patung Buddha Gautama ini berdiri di atas takhta setinggi 13.5 meter yang terletak di kampung Khatakan Taung, berhampiran Monywa, Myanmar.

Pembinaannya bermula pada 1996 dan siap pada 21 Februari 2008. Ia merupakan patung tertinggi di dunia selama beberapa bulan sehingga sebelum, siapnya Spring Temple Buddha pada September 2008. Patung Laykyun Sekkya ini menggambarkan Buddha Gautama yang berdiri.

2. Spring Temple Buddha, China - 182 Meter

spring temple buddha 133

Spring Temple Buddha ialah patung besar yang menggambarkan Buddha Vairocana yang terletak di Zhaocun di Daerah Lushan, Henan, China. Ia dibina dari 1997 hingga 2009. Patung ini mempunyai ketinggian 153 meter jika ditolak ketinggian tapaknya. Keseluruhan tinggi termasuk tapaknya adalah 208 meter.

Projek ini secara keseluruhan dianggarkan menelan belanja sekitar $55 juta dimana $18 juta daripadanya dibelanjakan untuk patung ini sahaja. Ia pada asalnya dirancang terdiri daripada 1,100 keping tuangan tembaga, dengan jumlah berat 1,000 tan.

1. Statue of Unity, India - 182 Meter

statue of unity 611

Statue of Unity ialah patung tertinggi di dunia dengan ketinggian 182 meter dan terletak di negeri Gujerat, India. Ia menggambarkan patung ini merupakan binaan yang menyerupai negarawan India, Sardar Vallabhbhai Patel (1875–1950), salah seorang bapa pengasas India.

Beliau yang merupakan Timbalan Perdana Menteri pertama dan Menteri Dalam Negeri India merdeka dan sangat dihormati kerana kepimpinannya dalam menyatukan negeri-negeri membentuk sebuah negara India. Pembinaannya bermula pada tahun 2013 dan siap pada tahun 2018 dengan kos sekitar $422 juta.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)