Dengan taraf kehidupan manusia yang semakin meningkat disebabkan oleh kemajuan teknologi, ramai yang berlumba-lumba untuk menjadi jutawan apatah lagi bilionaire. Jumlah bilionaire di atas muka bumi ini bertambah seramai 437 orang berbanding tahun 2017 menjadikan jumlah keseluruhannya adalah 2,694 orang.

Di Malaysia sahaja jumlah bilionaire adalah seramai 12 orang menurut Hurun Global Rich List 2018. iluminasi.com ingin berkongsi 7 negara dengan jumlah bilionaire paling ramai di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

7. Rusia - 71 orang

alexei mordashov negara paling banyak billionaire

Agak pelik bagi negara paling luas di dunia ini berada di tangga ke-7 jumlah bilionaire paling ramai di dunia. Dengan jumlah penduduk seramai 144.3 juta, 71 daripadanya adalah individu bergelar bilionaire.

62 orang daripada bilionaire Rusia tinggal di ibu negara, Moscow. Namun apa yang mengagumkan adalah kesemua 71 orang ini adalah self-made bilionaire, bermakna tiada seorang daripada mereka yang bergelar bilionaire melalui kekayaan yang diwarisi keluarga.

Jumlah kekayaan bilionaire Rusia adalah sebanyak RM1.26 bilion, naik 22%. Alexei Mordashov adalah individu terkaya di Rusia dengan kekayaan RM79.6 bilion.

6. Switzerland - 83 orang

jorge paulo lemann negara paling banyak billionaire

Switzerland berada di tangga ke-6 senarai negara paling ramai bilionaire iaitu seramai 83 orang, yang mana kebanyakan daripada mereka tinggal di Geneva, seramai 22 orang. Di antara mereka, yang paling kaya adalah Jorge Paulo Lemann, yang juga manusia ke -29 terkaya di dunia RM123.3 bilion.

Jumlah kekayaan bilionaire Switzerland naik sebanyak 39% kepada RM1.31 trilion, dengan pertambahan 6 orang lagi bilionaire berbanding tahun 2017.

5. Jerman - 114 orang

georg schaeffler negara paling banyak billionaire

Jerman adalah salah satu negara yang mempunyai lebih daripada 100 orang bilionaire, iaitu 114 orang. Kebanyakan daripada mereka tinggal di Hamburg iaitu seramai 10 orang, dan selebihnya tinggal di merata dunia.

Individu terkaya di Jerman dengan kekayaan RM113.9 bilion adalah Georg Schaeffler. Jerman berada di tangga ke-3 pada tahun 2017 namun jatuh ke tangga ke-5 disebabkan 34 bilionaire berpindah dari negara ini.

4. United Kingdom - 118 orang

leonard blavatnik negara paling banyak billionaire

Dengan jumlah bilionaire seramai 118 orang, United Kingdom berada di kedudukan senarai ini. Seperti yang anda jangkakan, majoriti daripada mereka tinggal di ibu kota London iaitu seramai 70 orang.

Manusia terkaya di UK adalah Leonard Blavatnik seorang ahli perniagaan dan pelabur. UK berada di tangga ke-4 selepas bertambahnya lagi 29 orang bilionaire dan gabungan kekayaan mereka menjadi RM1.65 trilion, naik 41%.

3. India - 131 orang

mukesh ambani negara paling banyak billionaire

Negara kedua dengan populasi tertinggi di dunia iaitu 1.324 bilion ini berada di tangga ke-3 jumlah bilionaire paling ramai di dunia, dengan 131 orang. 55 daripada jumlah ini bandar Mumbai.

Negara ini naik ke kedudukan ini dengan kekayaan gabungan jutawan yang meningkat sebanyak 49% sepanjang tahun 2017, kepada RM1.8 trilion. Individu terkaya dalam 131 orang ini adalah Mukesh Ambani dengan kekayaan sebanyak RM178.8 bilion.

2. Amerika Syarikat - 571 orang

jeff bezos negara paling banyak billionaire

Sebelum ini Amerika Syarikat adalah negara yang mempunyai bilionaire paling ramai di dunia, namun telah dipintas oleh China. Jumlah bilionaire di negara ini adalah seramai 571 orang dan bandar yang paling banyak didiami oleh bilionaire ini iaitu seramai 92 orang adalah New York.

Walaupun berada di tangga ke dua, namun peratusan jumlah bilionaire di Amerika Syarikat adalah 3 kali ganda daripada China. Purata umur bilionaire di Amerika berusia 66 tahun, 3 tahun lebih daripada purata umur global.

Jumlah kekayaan bilionaire AS bernilai RM11.9 trilion, lebih daripada KDNK Perancis. Bilionaire terkaya di AS adalah Jeff Bezos dengan kekayaan RM555.6 bilion, yang juga manusia terkaya di dunia.

1. China - 819 orang

pony ma huateng negara paling banyak billionaire

Dan negara yang memiliki bilionaire paling banyak di dunia adalah China iaitu seramai 819 orang. Kebanyakan bilionaire di degara dengan populasi paling tinggi di dunia ini berada di Beijing iaitu seramai 131 orang.

Dan individu terkaya di China adalah Pony Ma Huateng yang merupakan pengasas, pengerusi dan CEO Tencent yang mengeluarkan produk seperti WeChat dan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG).

Dengan Beijing dinamakan sebagai "Billionaire Capital of the World", nilai bersih gabungan kekayaan bilionaire-bilionare di China adalah RM9.94 trilion atau 3.2 peratus daripada KDNK global.




Hakcipta iluminasi.com (2017)