Oleh pada 14 Nov 2017 kategori

Teknologi menjadi semakin canggih dari semasa ke semasa dan ini memberi peluang kepada penjenayah-penjenayah untuk menjalankan kegiatan jahat mereka kerana senjata dan alat yang mereka gunakan juga semakin canggih. Kes jenayah semakin berleluasa di seluruh dunia dan Malaysia juga tidak terkecuali dalam isu ini kerana kita juga berada dalam tahap yang buruk.

Disebabkan kes-kes jenayah sering berlaku, ini menyebabkan sesebuah negara itu tidak selamat untuk didiami. Ini juga menambahkan kegelisahan rakyat negara tersebut kerana mereka tidak dapat menjalankan kehidupan seharian tanpa menjaga bahu mereka. Apa yang lebih menakutkan ialah keselamatan anak-anak kecil yang tidak berdosa juga berada dalam risiko.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Senarai ini disusun berdasarkan peratusan kadar indeks jenayah bermula dari 0 dan berakhir dengan 100. 0 bermaksud tempat itu selamat dan tiada jenayah berlaku manakala 100 menunjukkan bahawa negara itu sangat tidak selamat untuk anda tinggal.

7. Brazil

Semasa berlangsungnya Piala Dunia 2014, Brazil menghabiskan banyak duit untuk membaiki dan menambah baik fasiliti-fasiliti seperti stadium dan ini telah menyebabkan aspek lain diabaikan. Disebabkan masalah kewangan yang dihadapi oleh penduduk rakyat negara mereka, ramai yang mengambil jalan mudah untuk mendapatkan wang seperti merompak dan jenayah lain.

Terdapat klip video yang menunjukkan bagaimana kanak-kanak di Brazil menyelup poket dan mencuri pelbagai barangan berharga seperti dompet dan telefon bimbit. Kebanyakkan daripada mangsa ini merupakan pelancong yang datang ke Brazil contohnya semasa berlakunya Piala Dunia. Walaupun pada usia yang muda, kanak-kanak ini sangat licik untuk mencuri wang anda. Kadar jenayah negara ini ialah 70.45% berdasarkan indeks jenayah.

6. Syria

gettyimages 475275678 0 0 1542153458 0

Umum mengetahui tentang peperangan yang berlaku di Syria yang menyebabkan ramai rakyat di negara mereka melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan. Syria sudah menjadi antara negara pelarian utama di dunia kerana situasi yang berlaku di Syria. Disebabkan peperangan ini, banyak kes-kes jenayah yang berlaku. Kadar jenayah di negara ini juga agak tinggi iaitu 70.63%

Sebelum ini, Syria bukanlah negara yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi tetapi sejak peperangan pada 2011, ia terus mengubah keadaan suasana di negara tersebut. Mereka yang tinggal di Syria akan berasa khuatir apabila keluar dari rumah kerana dikhuatiri mereka akan dirompak, rumah mereka dipecah oleh penjenayah dan macam-macam lagi. 

5. Trinidad and Tobago

trinidad and tobago berbahaya

Negara di benua Afrika ini mempunyai kadar jenayah yang tinggi kerana banyak berlakunya kes pembunuhan yang melibatkan gang. Gang ini merupakan perkara biasa di negara mereka dan ia merupakan punca utama jenayah di negara ini semakin berleluasa. Jika anda terserempak dengan gang ini, anda sudah pasti akan lari tidak cukup tanah. Kadar jenayah di negara berada di tahap yang buruk iaitu 71.18%

Selain itu, gang-gang ini juga banyak dikaitkan dengan penyeludupan dan penjualan dadah. Ini merupakan cara utama mereka memperoleh wang dan polis sendiri tidak mampu membendung masalah ini. Daripada tahun 1999 hingga 2008, kes jenayah meningkat banyak sehingga mencatatkan kes pembunuhan seramai 529 orang pada tahun 2008 iaitu jumlah tertinggi yang pernah tercatat.

4. Afrika Selatan

pick pocketing and bag snatching e1567568358168

Dalam artikel kadar kemalangan trafik yang ditulis tempoh hari, Afrika Selatan juga berada dalam senarai tersebut. Kes pembunuhan yang berlaku di negara ini meningkat mendadak dan mencatatkan kadar terburuk antara 1990 hingga 1993 iaitu hampr 80 orang daripada 100,000 dibunuh. Jika tidak mati dibunuh, orang awam juga berisiko untuk diserang oleh penjenayah.

Pembunuhan bukan satu-satunya kes jenayah utama di negara ini kerana kes rogol juga merupakan jenayah utama yang berlaku di Afrika Selatan. Kes rogol ini tidak mengira umur kerana kanak-kanak dan bayi yang tidak bersalah juga dirogol. Ini menunjukkan betapa bahaya keadaan di negara ini. Kadar jenayah di negara ini merupakan antara yang tercorot dengan nilai 75.39%.

3. Honduras

image

Honduras merupakan sebuah negara yang padat dengan kes-kes jenayah seperti pembunuhan dan penyeludupan dadah kerana banyak gang yang wujud di negara ini. Pada tahun 2012, ia telah mencatatkan kes pembunuhan terburuk dalam sejarah negara tersebut dengan 20 kes pembunuhan dalam masa sehari. Bayangkan setiap hari kita hidup ada 20 orang yang terbunuh dan ia diburukkan lagi dengan kadar indeks jenayah iaitu 77.58%

Honduras terkenal dengan kes penyeludupan dadah yang melibatkan negara Amerika Syarikat, Colombia dan lain-lain. Ini telah menyebabkan presiden Amerika, Bill Clinton untuk melancarkan Plan Colombia iaitu sebuah undang-undang yang dikeluarkan pada tahun 2000 untuk membanteras kes penyeludupan dadah.

Walau bagaimanapun, ia memburukkan lagi keadaan buat negara Honduras kerana ini meningkatkan kadar jenayah di negara mereka. Ini disebabkan oleh ramai penjenayah yang berasa tidak senang dengan undang-undang tersebut dan ekoran masalah ini mereka terus memberontak dengan melakukan lebih banyak jenayah.

2. Papua New Guinea

pg crime vioelence blog 0

Papua New Guinea yang berada di benua Oceania ini terletak di tempat kedua kerana tahap bahaya yang tidak boleh dibawa berbincang.. Negara ini juga mempunyai gelaran untuk gangnya sendiri iaitu Raskol Gangs. Kemunculan gang-gang inilah yang menyebabkan jenayah di negara ini semakin bertambah dan juga menyebabkan negara ini tidak selamat untuk rakyat negara mereka sendiri. Kadar jenayah negara ini berada di tahap kritikal iaitu 81.87.

Raskol Gangs ini muncul pada zaman 1970an dan ia muncul di kawasan terpencil. Sebab utama kemunculan gang ini kerana penggangguran yang tinggi selain ditambah lagi dengan masalah peluang pendidikan yang terhad. Gang ini wujud kerana remaja-remaja ini berkongsi satu kehidupan yang serba kekurangan antara satu sama lain. Disebabkan persamaan tersebut ditambah lagi dengan pengaruh dadah, mereka menjadi lebih berbahaya buat polis-polis Papua New Guinea.

1. Venezuela

2016 wr venezuela 0

Venezuela merupakan salah satu negara yang sangat bahaya bukan sahaja kerana jenayah, tetapi kerana kemalangan juga kerap berlaku. Dalam artikel kemalangan trafik dan penjara berbahaya, Venezuela tidak terkecuali dalam senarai yang ditulis dalam artikel-artikel ini. Venezuela mempunyai kadar jenayah sebanyak 82.42 daripada 100 dan ini bermaksud jika anda tinggal di negara ini, hanya 17% kebarangkalian anda akan terselamat.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menerangkan bahawa faktor utama kadar jenayah di negara ini ialah kerana politik yang lemah selain keadaan ekonomi di negara itu sendiri. Jenayah-jenayah yang berlaku di negara ini adalah seperti pembunuhan, penculikan, rompakan oleh gang dan macam-macam lagi yang anda sendiri boleh namakan. 98% kes jenayah di negara ini tidak didakwa menyebabkan kes-kes ini terus berleluasa.

17. Malaysia

jenayah di malaysia

Kadar juga jenayah di negara kita sendiri juga tidak boleh diambil remeh kerana kita  berada di tempat pertama Asia Tenggara dan ke-3 Asia selepas Bangladesh dan Mongolia. Kadar jenayah di negara kita ialah 63.57 dan ini menunjukkan tahap yang  tidak selamat untuk dibiarkan. Setiap hari di berita dan akhbar akan memaparkan kes-kes pembunuhan, rompakan dan yang paling kerap berlaku baru-baru ini kes rogol dan cabul.

Kes cabul semakin meningkat di negara kita dan dalam minggu ini sahaja terdapat dua kes pencabulan yang tersebar di akhbar. Dan menurut statistik, kebanyakan kes cabul atau rogol yang berlaku di Malaysia, adalah melibatkan orang yang dikenali mangsa. Berhati-hatilah.

sumber: 

  1. Numbeo
  2. Wikipedia



Hakcipta iluminasi.com (2017)