Pasukan polis pertama kalinya dibentuk semasa zaman pemerintahan Khulafa ar-Rashidin Umar al-Khattab R.A. dan dikenali sebagai "al-Syurta". Seperti mana yang diketahui umum, polis adalah penguasa undang-undang dalam sesebuah masyarakat.

Tugas mereka adalah untul mengawal keadaan, menangkap penjenayah dan membendung keganasan. Mereka biasanya mengikut undang-undang dan perlembagaan yang ditetapkan. Ini bermakna, mereka tidak boleh menghukum seseorang penjenayah itu kerana ia di luar bidang kuasa mereka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Namun, terdapat kes di seluruh dunia di mana polis telah melakukan sesuatu yang di luar peranan mereka. Mereka menggunakan kuasa yang ada untuk melakukan kekerasan dan kekejaman yang tidak perlu terhadap masyarakat. Berikut adalah senarai beberapa negara dengan kekejaman polis paling teruk di dunia.

7. Haiti

polis haiti 429

Kekejaman polis di Haiti adalah perkara biasa. Ia boleh dilihat menerusi bagaimana kerajaan menukarkan pulau Ile-a-Vache menjadi tarikan pelancong. Daripada mengikut proses pemilikan, pemindahan dan pembangunan yang betul, mereka merobohkan rumah penduduk dengan bantuan polis.

Polis akan menggunakan kekerasan bagi sesiapa yang membantah atau membuat protes. Malah, paderi dan kaum wanita juga tidak terkecuali dipukul pihak berkuasa. Ketua Polis di pulau itu telah digantikan dengan orang yang lebih tegas bagi menangani orang-orang yang membantah kerajaan.

Amat menyedihkan apabila melihat cukai yang dikutip oleh kerajaan digunakan semula untuk menekan rakyat secara haram. Banyak lagi bukti yang dikumpulkan oleh aktivis hak asasi manusia mengenai kekejaman polis di Haiti.

6. Kenya

polis kenya 351

Kenya adalah negara Afrika yang mempunyai banyak masalah dan rasuah yang berleluasa. Pada tahun 2016, rakyat Kenya telah membuat protes jalanan terhadap kerajaan mereka yang korup itu.

Bukan sahaja permintaan dan suara mereka tidak diendahkan malah mereka ditangani dan dihukum oleh penegak undang-undang. Orang ramai yang melakukan protes telah dipukul menggunakan cota.

Mereka dikejar dan dipukul dengan kejam bagi menakut-nakutkan peserta protes yang lain. Polis memperlakukan rakyat negara itu lebih teruk daripada haiwan. Tidak hairanlah mengapa rakyat Kenya mahukan perubahan.

5. Rusia

polis rusia 792

Bukan sahaja kekejaman polis tetapi terbunuh ketika dalam tahanan polis juga adalah perkara biasa di Rusia dan ia jarang dilaporkan. Salah satu kes terkenal berlaku melibatkan seorang pemain dram yang popular pada tahun 1970-an iaitu Sergei Pestov.

Pestov ditahan polis di dalam garajnya sendiri ketika bermain dram kerana didakwan memiliki dadah. Pada keesokan harinya, isterinya dipanggil untuk membuat pengecaman mayat Pestov di hospital.

Walaupun pihak polis mendakwa telah melepaskan Pestov pada malam sebelumnya, aktivis hak asasi manusia percaya ia adalah tidak benar. Salah seorang rakannya yang ada bersama Pestov ketika dia ditahan mendakwa polis telah memukul Pestov sebaik sahaja mereka menyerbu masuk sehingga menyebabkan kecederaan teruk.

4. Somalia

polis somalia

Pasukan polis Somalia adalah sama seperti negara itu sendiri yang berada dalam kemusnahan teruk akibat perang saudara. Lebih daripada 1,000 pegawai polis terlatih dilaporkan hilang dan didakwa menyertai militia Islam pada tahun 2009.

Pasukan polis itu dikatakan menerima bayaran tidak setimpal dan mengambil jalan sendiri untuk meningkatkan pendapatan. Menyerang kawasan persendirian dan meminta rasuah adalah perkara biasa di Somalia.

Terdapat juga laporan bahawa polis menutup mata atas kes jenayah dan menyokong ketidakadilan apabila diberi rasuah. Pelbagai percubaan untuk memulihkan korupsi polis di sana tetapi tidak banyak menemui kejayaan.

3. Mesir

polis mesir 54

Pada tahun 2004, seorang pegawai CIA mendedahkan bahawa sekiranya anda ingin seseorang itu hilang dari muka bumi maka dia mesti dihantar ke Mesir. Situasi di Mesir semakin buruk selepas berlakunya Arab Spring atau Kebangkitan Arab.

Dikatakan kelonggaran yang diberikan Presiden Mubarak adalah penyebab dia digulingkan. Oleh itu, pihak polis Mesir merancang untuk menjadi lebih tegas dan ganas. Menurut laporan oleh Nadeem Centre, terdapat lebih 40,000 pengangkapan yang dibuat pihak polis pada tahun 2015.

Dalam jumlah itu, 600 kes melibatkan penyeksaan tahanan, 1,265 orang tahanan hilang dan 267 lagi maut. Semua ini dikatakan berlaku bagi menyokong rampasan kuasa yang diketuai oleh Abdel Fattah Saeed Hussein Khalil el-Sisi.

2. Afrika Selatan

polis afrika selatan 504

Afrika Selatan mendapat julukan sebagai Pusat Kekejaman Polis Dunia. Laporan menunjukkan bilangan orang yang terbunuh ketika menjadi tahanan polis meningkat setiap tahun.

Selain itu, kes tahanan yang dirogol dan diseksa oleh polis juga meningkat setiap tahun. Pada tahun 2016 sahaja, terdapat sebanyak 244 kematian tahanan, 145 kes penyeksaan dan 124 kes rogol melibatkan polis tanpa seragam. 

Amat menyedihkan apabila melihat penegak kebenaran melakukan perkara seperti itu. Kebanyakan polis-polis korup ini juga akan menutup semua laporan ini kerana jika semua kes dibawa ke mahkamah, kerajaan negara itu akan kehilangan sejumlah wang yang besar untuk membayar ganti rugi kepada mangsa.

1. Pakistan

polis pakistan

Polis di Pakistan sememangnya terkenal kerana sering melanggar undang-undang dan kes korupsi yang teruk. Selain itu, mereka juga terkenal kerana sering menjatuhkan hukuman sendiri tanpa perbicaraan yang adil.

Menurut data Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pakistan,  sebanyak 6,610 lelaki, 23 wanita dan 12 orang kanak-kanak menjadi mangsa kekejaman polis dari 2014 hingga Mei 2018. Dalam jumlah itu, seramai 3,345 orang dilaporkan telah terbunuh.

Polis Pakistan dilaporkan sering melakukan kekejaman terhadap penunjuk perasaan. Ramai penunjuk perasaan telah terbunuh ketika bertempur dengan pihak polis. Pada awal tahun 2018, seorang pegawai polis telah menembak mati empat orang termasuk seorang bapa, isterinya, anak perempuannya berusia 13 tahun dan seorang jiran mereka di hadapan tiga kanak-kanak lain yang menyaksikan kejadian itu.

Rujukan:

1. Negara dengan kekejaman polis paling tinggi

2. Negara dengan keganasan polis yang tinggi

3. Negara dengan kekejaman polis paling teruk dunia




Hakcipta iluminasi.com (2017)