Oleh pada 11 Dec 2017 kategori

korupsi merosakkan negara

Umum tahu, rasuah dan korupsi adalah musuh negara nombor 1. Dengan wujudnya masalah ini, tiada mana-mana organisasi yang mampu beroperasi secara efektif dan akan rebah. Ya, adalah mustahil untuk menghapuskan korupsi 100%, namun ia harus dibanteras sekerasnya untuk kebaikan semua.

Ia bukan sahaja memberikan impak negatif kepada organsisasi itu sendiri, malah kepada masyarakat setempat. Jika kerajaan sesebuah negara itu dibelenggu rasuah dan korupsi, rakyat lah yang akan menjadi mangsa.

iluminasi.com ingin berkongsi 9 negara dengan rasuah dan korupsi paling rendah di dunia.

9. Kanada (CPI : 82)

kerajaan kanada

Perdana Menteri : Justin Trudeau

Dengan CPI 81, Kanada adalah negara ke-10 di dunia dengan korupsi terendah. Apa yang membuatkan Kanada kurang rasuah adalah kerana ia adalah negara terbuka dan mengamalkan sistem parlimen demokratik. Parlimennya mempunyai 3 cabang iaitu raja, senat dan rumah bangsawan, dan Raja bagi Kanada ketika ini adalah Ratu Elizabeth II.

Selain itu, kanada sangat dikenali dengan kualiti hidup yang tinggi dengan sistem pendidikan dan kerajaan yang telus. Undang-undang di kanada dilaksanakan oleh cawangan eksekutif. Ia terdiri daripada ratu, perdana menteri dan juga kabinet.

justin trudeau

Ia juga merupakan cawangan perundangan yang bertangunggjawab menggubah undang-undang, dan jika diluluskan, akan melalui proses pentafsiran oleh mahkamah tertinggi Kanada.

8. Belanda (CPI : 83)

kerajaan belanda

Perdana Menteri : Mark Rutte

Seperti Luxembourg, Belanda juga adalah negara di bawah perlembagaan monarki dengan sistem parlimen bersatu. Raja berhak memilih Datuk Bandar dan ahli politik kerajaan, dan perdana menteri adalah ketua kerajaan.

Dalam ucapan perdana menteri Belanda di Mesyuarat Majlis Menteri, beliau menegaskan semua negara perlu memberi perhatian kepada pentadbiran yang baik, peraturan dan undang-undang, langkah-langkah anti-rasuah dan pasaran yang berfungsi dengan baik.

perdana menteri belanda mark rutte

Kerajaan Belanda menggunakan dan mengikut sistem kehakiman yang telus dan program anti-rasuah yang berkesan dalam usaha mengekalkan tahap korupsi serendah yang boleh.

7. Singapura (CPI : 84)

parlimen singapura

Perdana Menteri : Lee Hsien Loong

Denga CPI 84, Singapura merupakan negara pertama di Asia, dan ke-7 di dunia dengan korupsi paling rendah. Negara kecil dengan penduduk seramai 5.6 juta ini juga merupakan negara ke-5 di dunia dengan pembangunan manusia di belakang Norway, Australia, Switzerland dan Jerman.

Singapura mempunyai sistem parlimen bersatu dengan sistem Westminster. Sistem perundangan di Singapura yang sangat kuat sangat terkenal secara global kerana kesahihan dan kesaksamaan undang-undangnnya.

perdana menteri singapura lee hsien loong 207

Terdapat satu agensi khas yang diberi nama Biro Penyiasatan Amalan Rasuah (CPIB) bagi menyiasat dan mengambil tindakan terhadap rasuah dan korupsi di Singapura.

6. Norway (CPI : 85)

pemimpin kerajaan norway

Perdana Menteri : Erna Solberg

Monarki adalah ketua negeri di Norway manakala kerajaan diterajui oleh perdana menteri. Di Norway, badan kehakiman tidak mempunyai kaitan dengan cawangan eksekutif dan badan perundangan. 

Norway sangat terkenal dan mempunyai undang-undang anti-rasuah yang sangat cekap dan ketat. Undang-undang ini membantu mengekalkan standard yang tinggi dalam sektor awam Norway.

perdana menteri norway erna solberg

Badan kehakiman Norway adalah bebas daripada cawangan eksekutif dan badan perundangan. Norway juga mempunyai undang-undang anti-rasuah yang ketat dan cekap. Ia membantu mengekalkan standard yang tinggi dalam sektor awam Norway. 

Norway adalah negara dengan tahap perkembangan manusia paling tinggi di dunia.

5. Switzerland (CPI : 86)

bangunan kerajaan switzerlaand

Presiden : Doris Leuthard

Di tangga ke-5 dengan CPI 86, kerajaan Switzerland menggunakan sistem republik demokratik. Rakyat Switzerland mempunyai hak untuk mempengaruhi aktiviti kerajaan melalui rujukan yang tepat. Dengan cara demokrasi secara langsung ini, kerajaan Switzerland menjadi salah satu sistem demokrasi yang paling stabil di dunia.

Pemerintah tertinggi Switzerland adalah Presiden di mana jawatan ini bertukar setiap tahun bermula 1 Januari dan berakhir 31 Disember setiap tahun. Giliran itu bertukar-tukar dalam Majlis Perseketuan yang mempunyai 7 anggota. Ketika ini, Presiden Switzerland adalah 

presiden switzerland doris leuthard 52

Rangka kerja perundangan yang tegas dan undang-undang anti-rasuah yang sangat berkesan juga menjadi penyumbang kepada kedudukan Switzerland dalam senarai ini. Perudangan ini sangat membantu kerajaan mereka dalam mengekalkan sistem yang bebas rasuah dalam sektor awam.

Switzerland berkongsi kedudukan ke-2 dunia dengan Australia dari segi perkembangan manusia.

4. Sweden (CPI : 88)

pemimpin tertinggi kerajaan sweden

Perdana Menteri : Stefan Lofven

CPI Sweden meningkat sebanyak 1 mata dari 87 ke 88 daripada tahun 2015 hingga tahun 2016. Negara yang terkenal secara global dari segi kualiti hidup tinggi, kesaksamaan, pembangunan manusia, pendidikan dan kesihatan yang baik ini mempunyai sistem parlimen demokratik dengan perlembagaan monarki.

perdana menteri sweden stefan lofven

Penyumbang terbesar kepada CPI yang tinggi adalah kerajaannya yang sangat telus dan stabil. Sweden mempunyai unit anti-rasuah yang sangat efisyen dalam menyiasat dan mendakwa aktiviti rasuah. Agensi kerajaan Sweden menganggap korupsi adalah sebagai penyalahgunaan kuasa.

3. Finland (CPI : 89)

bangunan kerajaan finland

Perdana Menteri : Juha Sipilä

Finland diterajui oleh perdana menteri sebagai ketua kerajaan dan mengamalkan parlimen republik. Di Finland, pemimpin politik mempunyai komitmen yang sangat tinggi menentang rasuah dan kerajaannya juga mengekalkan sistem ketelusan dan berintegriti.

Selain itu, rangka kerja undang-undang yang sangat kukuh dan badan kehakiman yang bebas daripada mana-mana agensi kerajaan mengurangkan peluang rasuah dalam negara ini.

perdana menteri finland juha sipila

Korupsi yang sangat rendah juga menyumbang kepada kestabilan negara termasuklah tahap pendidikan yang terbaik, di mana sistem pendidikan Finland berada di tangga pertama dunia.

2. New Zealand (CPI : 90)

banguan kerajaan new zealand

Perdana Menteri : Bill English

Berkongsi tangga pertama dengan Denmark sebagai negara paling kurang rasuah di dunia dengan CPI 90 adalah New Zealand. Negara kiwi ini mempunyai sistem parlimen dengan perlembagaan monarki, dan ketua negara New Zealand adalah Ratu Elizabeth II.

perdana menteri new zealand bill english

Sama seperti Singapura, kerajaan New Zealand juga menggunakan model Westminster dalam pemerintahannya. Badan kehakiman New Zealand dapat mengekalkan akauntabiliti dan kesaksamaan dalam beroperasi dengan bergerak berasingan dan bebas dari cawangan eksekutif dan badan perundangan.

1. Denmark (CPI : 90)

kerajaan denmark

Perdana Menteri : Lars Løkke Rasmussen

Di Denmark, rasuah dalam pentadbiran, perniagaan dan lain-lain jenis korupsi adalah sangat jarang berlaku. Antara sebab Denmark menjadi negara paling kurang rasuah di dunia adalah kerajaannya sangat telus, berintegriti, badan kehakiman yang bebas, aktivisma sivik dan kepercayaan sosial oleh rakyatnya.

Undang-undang jenayah Denmark melarang segala jenis dan bentuk rasuah. Dengan mempunyai tahap korupsi yang rendah, ia menyumbang kepada taraf kehidupan yang tinggi, penyesuaian sosial yang tinggi, kadar celik huruf yang sangat tinggi dan kesaksamaan yang baik.

perdana menteri denmark lars l kke rasmussen

Denmark juga mempunyai tahap perkembangan manusia yang baik iaitu di tangga ke-5 dunia berkongsi kedudukan dengan Singapura.


55. Malaysia

putrajaya 718

Perdana Menteri : Dato Seri Najib Razak

Di manakah negara kita? Malaysia berada di kedudukan ke-55 dengan CPI sebanyak 49, di bawah negara-negara Afrika seperti Bostwana, Rwanda dan Namibia. CPI tersebut turun 1 mata dari tahun 2015 iaitu 50, dan turun 2 mata dari tahun 2014 iaitu 52. 

perdana menteri malaysia najib razak 814

Corak penurunan CPI ini membuktikan bahawa kadar rasuah di Malaysia agak membimbangkan. Ia juga dikuatkan dengan kes-kes penyelewangan dan penyalahgunaan kuasa yang semakin berleluasa. 

Jika mata untuk lulus ada 50, dengan 49 mata, Malaysia boleh dikatakan sedang "gagal" dari segi kadar rasuah.

Sumber : Transparency


tags : , , , , , , ,




Hakcipta iluminasi.com (2017)