mark zuckerberg jari tengah khaled mardam bey tom myspace

Rangkaian media sosial memainkan peranan yang sangat penting dalam hidup seharian kita pada zaman kini. Walaupun begitu, platform ini bukanlah baru dalam dunia internet dan telah wujud sejak zaman tahun 1990-an lagi.

Ada yang sempat memberikan impak kepada dunia dan ada yang langsung tak berpeluang bertapak dalam tempoh yang sepatutnya. Dan kini, Facebook dan Instagram dilihatkan memonopoli platform ini tanpa dicabar.

Namun, mungkinkah Facebook juga akan mengalami nasib yang sama satu hari nanti? 

iluminasi.com ingin berkongsi dengan anda antara beberapa rangkaian media sosial yang pernah wujud dan popular pada satu ketika dahulu namun kecundang setelah kemunculan Facebook.

1. Orkut

orkut rangkaian media sosial yang menemui kegagalan

Orkut adalah rangkaian sosial yang dihasilkan oleh seorang jurutera Turki yang bekerja di Google. Nama Orkut diambil bersempena namanya iaitu Orkut Buyukkokten. Disebabkan Google gagal untuk membeli Friendster, mereka membuat keputusan untuk menghasilkan rangkaian sosial sendiri, maka terhasillah Orkut.

orkut rangkaian media sosial yang menemui kegagalan 2

Walaupun ia tidak mendapat sambutan di Amerika Syarikat namun diterima dengan baik di Brazil dan India, dua pasaran utama mereka. Namun pada September 2010, Facebook yang melancarkan operasinya 2 minggu selepas pelancaran Orkut telah melepasi jumlah pengguna Orkut di India dan kemudiannya di Brazil.

Ia mempunyai 19 juta pengguna di India dan 34 juta di Brazil ketika tewas kepada Facebook sebagai rangkaian sosial nombor 1 di kedua-dua negara itu. Dan pada 30 September 2014, akhirnya Google menyerah kalah dan menghentikan operasi Orkut.

2. MySpace

myspace rangkaian media sosial yang menemui kegagalan 2

Bagi generasi Z, mereka mungkin tidak mengetahui akan nama Myspace. Namun bagi anda yang lahir pada tahun 1980 dan 1990an, pastinya ia merupakan sebuah memori yang tak dapat dilupakan. Sebelum Mark Zuckerberg menjadi popular, Tom Anderson atau lebih dikenali sebagai Tom Myspace lebih awal berada di posisi itu.

Dan tak dapat dibayangkan betapa besar dan hebatnya Myspace satu ketika dahulu. Malah, Myspace telah menewaskan Google dan Yahoo menjadi laman sesawang nombor 1 di Amerika Syarikat dari segi page view pada tahun 2006.

myspace rangkaian media sosial yang menemui kegagalan 85

Setahun sebelum itu, syarikat billionaire Rupert Murdoch, News Corp telah membeli Myspace dengan harga RM2.24 billion dan nilainya melonjak naik kepada RM46.3 billion pada tahun 2007 ketika mana ia mempunyai lebih daripada 300 juta pengguna.

Namun kejayaan ini tak lama selepas Facebook yang merapatkan kedudukan dengan Myspace dan menjadi laman sesawang rangkaian sosial terbesar di dunia. Pada Jun 2011, News Corp menjual Myspace pada pada harga RM135 juta.

3. Friendster

friendster rangkaian media sosial yang menemui kegagalan 2

Antara salah satu rangkaian sosial yang paling popular di Malaysia satu ketika dahulu. Hanya dalam masa setahun pelancarannya, Friendster sudah menarik seramai 3 juta pengguna.

Namun, kejayaan ini tidak lama selepas pelancaran Myspace pada 2003 dan Facebook pada Februari 2004. Menjelang Jun 2010, pengguna Friendster mencecah 8.2 juta.

friendster rangkaian media sosial yang menemui kegagalan 37

Selepas prestasi Friendster yang semakin merudum tahun demi tahun, laman sesawang ini akhirnya dijual dengan harga RM390 juta kepada MOL Global, sebuah syarikat dari Malaysia.

Friendster direkabentuk semula menjadi platform permainan atas talian pada tahun 2011 dan 4 tahun kemudian, ia tidak lagi beroperasi. 

4. Hi5

hi5 rangkaian media sosial yang menemui kegagalan 2

Pasti ramai di antara anda yang mempunyai akaun Hi5. Rangkaian sosial ini adalah antara yang paling terkenal di dunia satu ketika dahulu sejurus selepas dilancarkan. Hi5 berada di tangga ke-2 hanya berada di belakang Myspace pada tahun 2007.

Dan pada tahun 2008, ia menjadi yang ketiga di dunia berdasarkan pengunjung web sesawang di belakang Facebook dan Myspace.

hi5 rangkaian media sosial yang menemui kegagalan

Berpangkalan di San Francisco, California, Hi5 diasaskan oleh Ramu Yalamanchi pada tahun 2003. Bertahan selama 8 tahun disebakan tempias kejayaan Facebook, Hi5 telah dibeli oleh rangkaian sosial yang lain iaitu Tagged namun nilainya tidak diberitahu.

Namun kini kedua-duanya menjadi milik MeetMe yang dibeli dengan nilai RM232.6 juta.

5. Google+

google rangkaian media sosial yang menemui kegagalan 2

Mempelajari kegagalan mereka dalam cubaan untuk menubuhkan rangkaian sosial melalui Orkut dan Buzz, Google sekali lagi cuba untuk mencabar Facebook dengan penubuhan Google+. 

Disepadukan bersama Gmail, Google+ mencuba pendekatan yang sedikit berbeza terhadap rangkaian sosial berbanding Facebook. Google+ menawarkan pengguna pilihan untuk mengkategorikan rakan-rakan ke dalam "circles".

google rangkaian media sosial yang menemui kegagalan

Namun sekali lagi usaha Google tidak dapat memenangi hati pengguna dan hanya menjadi tambahan kepada rangkaian sosial yang sedia ada walaupun ia direka bentuk semula pada tahun 2015.

Tetapi pengguna tidak terlalu menendang mengenainya dan ia masih menjadi halangan dalam media sosial, walaupun reka bentuk semula pada lewat tahun 2015.

6. Classmates

classmates rangkaian media sosial yang menemui kegagalan

Classmates dilancarkan oleh Randy Conrads  sebagai satu medium untuk berhubung dengan rakan-rakan dari sekolah atau kolej. Kini setelah 22 tahun dilancarkan, ia masih beroperasi dengan tujuan yang sama dengan akses yearbook sekolah-sekolah di seluruh Amerika Syarikat.

classmates rangkaian media sosial yang menemui kegagalan 2

Pada tahun 2004, laman sesawang ini telah dibeli oleh United Online dengan harga RM390 juta, namun ia dijual semula tahun 2015 dengan harga RM130 juta.

Kini Classmates beroperasi sebagai sebahagian daripada PeopleConnect yang juga pemilik kepada Intelius.

7. mIRc

mirc rangkaian media sosial yang menemui kegagalan

Juga merupakan antara yang paling popular satu ketika dahulu. mIRC merupakan klien Internet Relay Chat untuk Windows yang dihasilkan pada tahun 1995 oleh seorang pengaturcara komputer British berasal dari Palestin dan Syria iaitu Khaled Mardam-Bey.

Beliau menghasilkan perisian ini pada hujung tahun 1994 dan melancarkan versi pertamanya pada Februari 1995. Khaled berkata beliau menghasilkan mIRC kerana berasakan IRC klien untuk Windows kekurangan ciri-ciri IRC.

mirc rangkaian media sosial yang menemui kegagalan

mIRC digelar sebagai antara klien IRC untuk Windows yang paling popular dan dimuat turun lebih dari 40 juta kali.  Disebabkan kejayaan mIRC, Khaled memberitahu beliau menjadi popular dan mendapat hasil lumayan. 

Pada era 90an, ramai rakyat Malaysia menggunakan aplikasi mIRC untuk bersosial dalam server pelayan seperti Dalnet, Webnet (Webchat), Undernet dan bermacam-macam lagi. Disebabkan zaman sudah berubah, medium IRC tidak lagi mendapat sambutan, namun masih wujud dan masih ada yang menggunakannya.

Kini kebanyakan forum-forum bawah tanah (underground) dan kumpulan penggodam sahaja yang masih menggunakan IRC sebagai medium perkongsian maklumat dan komunikasi. Bagi orang awam, IRC dan aplikasi mIRC sudah tidak relevan lagi di masa kini.


tags : , , , , , , , , , , , , , , , ,



Hakcipta iluminasi.com (2017)